CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fouziah Gous lebih tenang lari daripada tumpuan ramai - "Kalau masih ada gelaran selebriti, orang tetap cari salah"

12-6-2024 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1720| Komen: 3

Description: Hampir sedekad tidak aktif sebagai pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous mengaku selesa apabila tidak lagi terkait dengan kontroversi atau kisah sensasi selebriti.



Hampir sedekad tidak aktif sebagai pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous mengaku selesa apabila tidak lagi terkait dengan kontroversi atau kisah sensasi selebriti.

Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous lebih tenang dengan kehidupannya sekarang.

"Kalau masih ada gelaran selebriti, orang tetap cari salah. Jadi, saya ambil langkah berpada-pada dalam semua perkara.

"Sebagai contoh, saya akan berpada-pada kongsi kehidupan saya. Zaman sekarang, kita boleh buat apa sahaja untuk tarik perhatian orang.

"Saya takut hendak komen atau tarik perhatian orang. Semua perkara saya akan hati-hati. Bukan hendak tunjuk baik, cuma tidak mahu orang ambil satu poin pun dan jadikan ia perkara besar," katanya.


Fouziah masih menerima tawaran berlakon, namun, terpaksa menolak berikutan sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakan sejak 10 tahun lalu.

"Erma Fatima pernah tanya sama ada saya mahu berlakon lagi atau tidak. Ada juga yang pujuk untuk saya buat sekali sahaja projek mereka.

"Saya CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) syarikat. Jadi, banyak perkara yang saya perlu kendalikan. Jadi, belum sesuai masanya untuk untuk saya ambil tawaran berlakon.

"Lagipun, saya tidak mahu buat ala kadar. Saya hendak buat yang terbaik kalau 'come back'. Namun, saya belum bersedia tinggalkan syarikat saya," katanya.


Pelakon drama Tahajjud Cinta ini mengakui memilih naskhah yang sesuai degan dirinya jika mahu buat kemunculan semula.

"Saya harus pilih (watak) pada fasa ini. Saya bukan lagi aktif dalam industri. Sekarang, saya ada banyak perkara perlu diberi fokus.

"Rindu terhadap lakonan ada sahaja, tapi kalau dapat naskhah yang seronok, baguslah. Saya tidak mahu buat kalau naskhah tak bagus," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-6-2024 09:47 PM
Berapa banyak je yg dia berlakon memorable. Aku ingat sarakit.


Quote evlinne 14-6-2024 08:42 AM
Cantik sheols ni time free hair dgn bertudung
Eloklah pun lay low sbb caras ex bf ramona zamzam
Dah la mahal produk birdnest ko
Quote balakkampung 19-6-2024 07:37 AM
maju bisness dia kan..selalu ternampak dia promote sarang burung kat dalam tv

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035698 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top