CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana ada ciri wanita idaman Keith Foo - "Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula”

12-6-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1707| Komen: 3

Description: Isnin lalu, pelakon Riena Diana dan Keith Foo berkongsikan mereka kini menjalin hubungan istimewa sejak terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.


Isnin lalu, pelakon Riena Diana dan Keith Foo berkongsikan mereka kini menjalin hubungan istimewa sejak terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.

Riena turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cinta yang baru berputik itu kekal selamanya.

Riena mendedahkan dia sudah bertemu dengan anak aktor itu serta keluarganya. Katanya lagi, mereka baru saja berkenalan serta meminta mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Dalam pada itu, Keith berkata Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan kedua mereka seolah tidak percaya dengan apa yang dilalui.

“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini. Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.

“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan.  Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula,” katanya.

SUMBER: Harian Metro/Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 13-6-2024 01:01 AM
cuwittttnyeeeee
Quote jambatannetizen 13-6-2024 01:41 AM
I tak kenal perempuan ini. Tapi dorang ini nampak sweet lah. Gap umur pun cantik lelaki and perempuan. Nampak secocok.
Quote Ytee 17-6-2024 07:38 PM
tak kenal Riena ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.038476 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top