CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aedy Ashraf tak cemburu Sharnaaz post gambar dengan Amelia Henderson - “Janganlah marah Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia"

12-6-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3296| Komen: 21

Description: Pelakon Aedy Ashraf tidak rasa cemburu apabila aktor Sharnaaz Ahmad dilihat ada memuat naik gambar dengan teman istimewanya, Amelia Henderson dengan kapsyen pujian.


Pelakon Aedy Ashraf tidak rasa cemburu apabila aktor Sharnaaz Ahmad dilihat ada memuat naik gambar dengan teman istimewanya, Amelia Henderson dengan kapsyen pujian.

Memetik mStar Online, Aedy berkata dia menganggap Sharnaaz seperti seorang abang dan apa yang dilakukan oleh aktor itu adalah perkara biasa dan melihat ianya pujian yang membina.

“Janganlah marah Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina. Tak perlu nak marah-marah Sharnaaz. Saya dan dia pun dah seperti adik, abang. Kami juga ada berbalas komen di Instagram.

“Saya menghormati dia sebagai seorang pelakon dan juga abang. Kami semua sama-sama satu industri dan saya pun tak nampak maksud lain ketika dia posting pujian itu,” katanya.


Sementara itu, Aedy berkata dia tidak melihat perkara itu sesuatu yang negatif dan Amelia layak menerima pujian daripada rakan pelakon lain serta enggan peduli dengan apa diperkatakan netizen.

“Saya rasa biasalah, mereka (netizen) nak cakap apa pun mereka boleh cakap. Tapi saya tak nampak benda itu sebagai satu perkara yang negatif.

“Sebaliknya, bagi saya ia positif dan Amelia juga merupakan pelakon yang bagus. Jadi siapa-saipa yang mahu memujinya sudah tentu, dia layak menerima pujian itu,” katanya.


Sebelum ini, Sharnaaz dilihat ada memuat naik gambar bersama Amelia dan ada netizen mengatakan keduanya dilihat sesuai bersama. Namun ada netizen menuduh Sharnaaz seolah tidak menjaga hati Aedy.

SUMBER: mStar Online/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 12-6-2024 11:35 PM
Ok adik-abg boleh share pelok2
Quote I.K.A888990 13-6-2024 12:47 AM
lantak mu lah kepam mamu geli aku tgk

just nk komen pergh thn ni mmg memdonia habis abe syafik kyle...bintang popular sure boleh dpt ni eh..
Quote babynina30 13-6-2024 12:52 AM
Td i baca kt ig, lupa ig mana. Melia ckp dh bwk haluan memasing ? Tak rpt speti dlu ?
Quote akuHavocczz 13-6-2024 03:38 AM
Aedy sama je species si capik tu. Jenis cari pompuan untuk geli geli je. Takpun untuk coverina je.
Quote bambimo 13-6-2024 06:35 AM
Live ame ptg td ckp depa remain as friends..
Tp ye la Bila dgn ame..Aedy makin top kan..pas satu satu projek yg terkini dpt Jadi hero high council plak
Nway Aku terpandang syafiq Kyle .lepas dia under Iman tang...makin letop ya...3 movies on the row...
Quote anilanil 13-6-2024 07:30 AM
Dah putus kan si keli & ame asnaf ni. Dah kena friendzone. Ame ni nengok gaya mcm tak berminat nak kahwin je. Tak abis lagi ke trauma dia. Dok women empowerment sana sini.
Quote miz_hanne 13-6-2024 07:39 AM
bambimo replied at 13-6-2024 06:35 AM
Live ame ptg td ckp depa remain as friends..
Tp ye la Bila dgn ame..Aedy makin top kan..pas satu sat ...

I terpandang capik kt situ mcm bradley cooper..tp kt gambar tu jela..sekilas pandang..pastu dah x nampak iras sama..cuma capik nampak lain kt gambar tu
Quote marchikobonzo 13-6-2024 10:22 AM
Ewww..nanas tu malaysia top g actor ke? Caption tak menahan..
Quote Mary_jane 13-6-2024 10:53 AM
Amelia dah explain kan, dah tak serapat dulu. Bye2 aedy. And bila tengok shukri yahya & syafiq kyle berdiri sebelah menyebelah, nampak fresh & young je syafiq.
Quote bawaku_terbang 13-6-2024 10:55 AM
nenas pakai anting anting ke tu
Quote Cleocatra 13-6-2024 01:09 PM
Ame, kalau mamu ajak jumpa janda dia, jangan gi. Suey hidup mu bila dekat dengan sskjp…
Quote nfaaa 13-6-2024 01:47 PM
gedabak ek mamu ni. pakai earrings ke sesaja in character?

tp betullah sekilah Sapik Kyle nampak macam bradley Cooper sikit
Quote tulip-rain-2 13-6-2024 02:49 PM
Menyampah aku baca caption terpaling mamat perasan ni.
Mcm hebat sangat kau berlakon.
Quote gerbera.memopad 13-6-2024 09:33 PM
Aku je ke yang rasa caption ex Kak Nab ni cringe gila?
Quote bedahmenjuyah 13-6-2024 09:43 PM
Netz pun..artis kan. Bertepuk tampar tu biasa. Peluk pinggang tu normal. Tak habih2 nak tarbiah kat medsoc mcm la depa heran.
Quote cmf_summer_snow 14-6-2024 09:06 AM
anilanil replied at 13-6-2024 07:30 AM
Dah putus kan si keli & ame asnaf ni. Dah kena friendzone. Ame ni nengok gaya mcm tak berminat nak k ...

kali ke dua eh friendzone?

tapi aku rasa ame akan kawin dengan orang lain la
bukan dengan aedy

Quote Zeatyisaac 14-6-2024 12:24 PM
Patutlah tak kisah, dah friend zone.
Quote enot_sibudak 14-6-2024 06:41 PM
bawaku_terbang replied at 13-6-2024 10:55 AM
nenas pakai anting anting ke tu

Subang..gilerrr,tp dak nanas ni pesyen xleh tegur...
Quote kaedahnya 14-6-2024 11:02 PM
pemakaian aedi tu, baju hijau seluar hijau & spek mata tu, kalo pakcik umur 60-70 pakai mesti nampak macam rentua gatal kan hahhahaha.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055161 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top