CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya nak beri kenyataan ini sekarang pun sangat tertekan dan hiba" - Kes rumah tangga Nora Danish belum selesai, kongsi bila sesuai

12-6-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18673| Komen: 144

Description: "Kes rumah tangga saya masih belum selesai, tetapi 'slowly but surely' ."
"Saya nak beri kenyataan ini sekarang pun sangat tertekan dan hiba" - Kes rumah tangga Nora Danish belum selesai, kongsi bila sesuai



"Kes rumah tangga saya masih belum selesai, tetapi 'slowly but surely' ."

Demikian kata pelakon jelita Nora Danish mengenai perkembangan terkini kisah rumah tangganya dengan suami Nedim Nazri yang dilaporkan sedang bergolak.

Nora ketika ditemui berkata, buat masa ini tiada sebarang kenyataan baharu akan dibuat, sebaliknya bakal berkongsi perkembangan lanjut apabila sudah tiba masa sesuai.

"Baru-baru ini saya sudah memberikan kenyataan saya dan tunggu saja kata putus yang akan dibuat.

"Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa yang sesuai dan mendapat keputusan yang muktamad.

"Terus terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan ini sekarang pun sangat tertekan dan hiba.

"Tunggu sampai tiba waktu itu, sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian) semuanya masih dalam proses," katanya ketika ditemui Harian Metro.



Menurut Nora, dia sekali lagi menegaskan pergolakan yang berlaku tiada campur tangan insan ketiga, sebaliknya, berpunca daripada tiada persefahaman.

"Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan. Jadi tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.

"Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung. Semuanya berlaku orang kata dalam jalan cerita yang luar biasa," katanya.

Terdahulu Nora mengesahkan perkahwinannya dengan Nedim yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 12-6-2024 11:21 PM
Moga baik2 saja... saje test try komen.. nak tgk slow ke tak thread lain
Quote Cleocatra 12-6-2024 11:32 PM
Rasa rasanya…. Sodakallah hul azimmmm
Quote zuriey 12-6-2024 11:34 PM
Npk ned try hard nak memujuk
Quote sukacactus 12-6-2024 11:41 PM
Pompuan kalau dia dah mati rasa, that’s it
Quote cikperiukkera 13-6-2024 12:04 AM
Laki sheols dh semekin kot
Quote sharlenetexas 13-6-2024 01:11 AM
Adakah lepas ni bakalan cari badboi (anak vvip) juga?


Quote lolipopmanish 13-6-2024 01:14 AM
Hmmmmmmmmmmmm
Quote Mimo.mimo 13-6-2024 01:18 AM
Stay single ajalah
Quote lolipopmanish 13-6-2024 01:25 AM
Dah mcm no turning back je tuhhh
Quote CoffeeOverdose 13-6-2024 03:23 AM
I wish dia akan turn back dgn jejai.. hampon uols atas wish iol yinnih...
Quote Shayang 13-6-2024 06:10 AM
Mimo.mimo replied at 13-6-2024 01:18 AM
Stay single ajalah


Sblm ni pun lama juga dia single mother dekat 10 thn gak baru kahwin baru.
So aku rasa dia akan ok jer kalau still single lagipun dia ni bkn jenis dh kahwin terus benti keje, abdikan diri ngn laki sampai dah xde kawan2 duk kt umah tak jumpa org dh ke apa.

Quote matjerk 13-6-2024 07:52 AM
Untung dia ni, laki dan bekas laki, dari golongan orka.  So, anak2 tak kan miskin.  Pegi private school. Circle of friends dari golongan orka gak. So masa depan tu InsyaAllah baik2 sahaja.  Org2 dari golongan yg sebaliknya, kena berusaha keras sikit utk masa depan yg cerah.
Quote krustykrab 13-6-2024 07:57 AM
matjerk replied at 13-6-2024 07:52 AM
Untung dia ni, laki dan bekas laki, dari golongan orka.  So, anak2 tak kan miskin.  Pegi private sch ...

Anak dgn jejai sgt sgt disayangi mertua.
Tapi yg dgn botak ni macam idok je. udah le pak mertua dok ulit bini muda & anak kecik, dgn anak botak pun apak dh tk peduli.
Quote matjerk 13-6-2024 07:59 AM
Shayang replied at 12-6-2024 10:10 PM
Sblm ni pun lama juga dia single mother dekat 10 thn gak baru kahwin baru.
So aku rasa dia akan ok ...

Betul. Masa single dulu, bukan jenis galak n merenyam menceceh nak berlaki ajerrrr.... padahal masa tu masih muda... kena cerai masa mengandung... gi turun naik mahkamah uruskan penceraian bawak perut memboyot... aku yakin dia kuat n matang klu terpaksa hidup sebagai single mom pun..  

throwback masa dia handle penceraian dia yg terdahulu
http://fiq-life.blogspot.com/2008/07/kisah-nora-danish-di-ceraikan-talak-dua.html
Quote adra5028 13-6-2024 08:17 AM
sebab bapak mertua uols da xdpt jadi YB da ke puncanya..laki da semekin..
Quote sukanyanyi 13-6-2024 08:19 AM
CoffeeOverdose replied at 13-6-2024 03:23 AM
I wish dia akan turn back dgn jejai.. hampon uols atas wish iol yinnih...

Aritu iols pon wish gini jugep. Skali tringat sheols diserai waktu nandun, rasa kijam sgt plak.. so rasa mcm takyahla kot
Quote cm_vungtau 13-6-2024 08:28 AM
Try pergi instagram dia. Jadahnya si Jannah tu baru kawin setahun dah celebrate anniversary? Mengadanya
Quote Shayang 13-6-2024 08:36 AM
matjerk replied at 13-6-2024 07:59 AM
Betul. Masa single dulu, bukan jenis galak n merenyam menceceh nak berlaki ajerrrr.... padahal mas ...

Yup, dia ni jenis mcm stick ngan satu2 laki je bila dia bercinta pastu akan kawen ngn yg tu je la.
Takat ni mana penah kita nampak dia bertukar2 kapel.
Berlakon ngn mcm2 hero pun takde cinlok maybe juga dia tak taste ngn pelakon.

Dia ni antara artis yg bukan jenis suka merempan2 caption pun jenis pendek2 je tgkla post tu dia just tulis
“All in one day “ bila slide gambar baru tau rupanya dlm satu hari tu mcm2 dia hadap.Patutla komen2 duk doa permudahkan urusan bagai.
Event sekolah anak, shooting, pastu teman anak nak kena operate tgn patah.
Takda nk tulis karangan pnjang puji diri sendiri ibu terpaling blablablaa sambil sindir org tu itu ini.
Quote Prickford 13-6-2024 08:37 AM
zuriey replied at 12-6-2024 03:34 PM
Npk ned try hard nak memujuk

Betul, iolls tgk boned betul2 memujuk. Tapi kalau bini ni dah tawar hati, mmg habis la. Pujuk letak berlian pink panther pon tak jalan.

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048077 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top