CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Inspirasi Hijabi! Usahawanita Berjaya Layak Di Gelar Jutawan Muda? Ini Rahsianya!

13-6-2024 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5069| Komen: 38

Description: Noor Neelofa Mohd Noor, adalah seorang wanita yang berjaya bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah dia juga merupakan seorang usahawan tudung yang terkenal.



Noor Neelofa Mohd Noor, adalah seorang wanita yang berjaya bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah dia juga merupakan seorang usahawan tudung yang terkenal. 

Malah, Neelofa berjaya menjadi artis yang mempunyai pengikut paling tinggi di Instagram dengan 8.6 juta pengikut. Sudah pasti ramai yang mengikutinya ingin mengetahui perkembangan semasa wanita cantik itu kan?

Paling mengejutkan meski mengumumkan dirinya sudah berniqab dan berpurdah, nama juara Dewi Remaja 2009/10 itu tidak hilang bisanya, malah menjadi lan syarikat-syarikat antarabangsa yang mendambakan Neelofa sebagai model syarikat mereka.


Sehingga ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan Swarovski meletaknya antara yang paling berjaya dan disegani.

Di atas kejayaan itu juga, bekas pelakon dan pengacara cantik ini sering menjadi buah mulut apabila statusnya kini dikatakan layak digelar sebagai jutawan muda.

Menurut Neelofa, dia sentiasa amalkan empat perkara ini, jika ingin berjaya dalam perniagaan. Apa empat perkara itu? Jom semak!


1. Cabar Diri Sendiri
Adakah anda sering merasai kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru buat kali pertama? Namun, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, cabar diri untuk tidak berada di takuk yang sama.

2. Positif
Di dalam alam perniagaan sentiasa harus positif. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke  arah yang lebih baik. Jangan biar fikiran yang negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.

3. Self-Realisation
Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu di mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu.

4. Self-Talk
Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri.

Kejayaan milik semua orang, yang pasti haruslah berusaha!


Sumber: Hijabista.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 13-6-2024 03:58 PM
edisi bakalan1.jpg



cari internationl4.jpg



abpbh16.jpg







Quote slyfynx 13-6-2024 09:41 PM
Bugima apekah inneh?
Quote aikee04 13-6-2024 10:14 PM
...well what to say
Quote jihyomelly 13-6-2024 10:17 PM
Edited by jihyomelly at 13-6-2024 10:18 PM

harta 75billion usd kan mana tak kaya.. terpaling kaya ..suma terpaling jah sapu bersih!!! alhamdulillah berkat doa mama kentut utk anak sejuk beku seluruh alam semesta
Quote bedahmenjuyah 13-6-2024 10:35 PM
Artikel c&p tahun bila ni? Sapa je terinspirasi dgn jah? Takde sapa heran lah.
Quote Daftpunk_shine 14-6-2024 06:59 AM
Tudung satin, baju satin
Quote Rogue98 14-6-2024 07:09 AM
Laaaa...dah jatuh ke jumlah followers dia? Last tengok 8.7m skrg 8.6m.
Ctdk pulak dah cecah 9.1m...aku follow pun aku tak perasan...last aku tgk 8.8m
Quote Rogue98 14-6-2024 07:14 AM
Benak jer yg terinspirasi dgn jah...
Takkan lupa kata2 inspirasi 75biliyun dollar woman ..."Tolong Blok si Diana ni..serabut betul komen dia.."...
Quote mamapea 14-6-2024 08:14 AM
knp aku tak bangga pun?
Quote Aribaariba 14-6-2024 09:32 AM
Gamba nun di atas : tgn, jari, kuku dia sgt la x menyelerakan utk ditonton, sbg selebiribiriti. X lawa. Obviously kena hide. Pakai lawa camna pun, kasi hide la part yg x lawa tu
Quote bambimo 14-6-2024 09:37 AM
Edited by bambimo at 14-6-2024 09:39 AM

Xlengkap biodata ni...
Mana 9A SPM..

Suppose nya..part pengenalan...

Neelofa yg merupakan pelajar MRSM Langkawi telah mencapai keputusan cemerlang 9A dalam SPM sebelum terjun ke bidang seni
Quote Sazreena 14-6-2024 11:57 AM
Zaman tok kadok giler punya ceta
Quote Zeatyisaac 14-6-2024 12:13 PM
Ramai yang macam Loofa sebenarnya. Contoh terbaik, Khairul Amin. Dia Bina nama dahulu bertahun2 barulah dia bina produk sendiri. Sebab tu produk dia laku keras sebab dia ada nama yang besar dan berpengaruh.
Quote not_fatiyaEL 14-6-2024 04:15 PM
Zeatyisaac replied at 14-6-2024 12:13 PM
Ramai yang macam Loofa sebenarnya. Contoh terbaik, Khairul Amin. Dia Bina nama dahulu bertahun2 baru ...

Khairul aming is good. Hanya muncul bila time perlu je. Aku percaya KA ada ig lain which utk kawan2 n famili.
Quote aemon 14-6-2024 05:07 PM

Alkisahnyee mak billie dan abby dahulu kala..

hampir sewel
Quote NuansaBiru 14-6-2024 05:17 PM
Rasa loya2 pulak aku petang2 jumaat nih
Quote GegarVaganja 14-6-2024 05:26 PM
Edited by GegarVaganja at 14-6-2024 05:28 PM

Untuk mendapatkan inspirasi, boleh tonton interview Hajah di
MiSK - UNDP Youth Forum 2017 jam ke 6:59:10.
NPD dia jelas dan nyata ya.


[youtube]gYZqmpOyfDA[/youtube]
Quote caramel_cloud9 14-6-2024 05:30 PM
Kenapa ya....haihhh laaa...tak tau lah nak ckp apa.
Kenapa media memanjang nak memujii dia je
Quote Nozot 14-6-2024 06:09 PM
caramel_cloud9 replied at 14-6-2024 05:30 PM
Kenapa ya....haihhh laaa...tak tau lah nak ckp apa.
Kenapa media memanjang nak memujii dia je

Biasa lepas jamuan makan - makan reputz mesti ada cerita pasal jah lop

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060989 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top