CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin berani! Etnik Rohingnya bercucuk tanam di atas tanah kerajaan

13-6-2024 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2715| Komen: 10

Description: SEREMBAN – Sekumpulan etnik Rohingnya dikesan menjadikan tanah kosong milik kerajaan di Taman Jujur, Sikamat di sini sebagai lokasi bercucuk tanam pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran untuk keperluan ...

SEREMBAN – Sekumpulan etnik Rohingnya dikesan menjadikan tanah kosong milik kerajaan di Taman Jujur, Sikamat di sini sebagai lokasi bercucuk tanam pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran untuk keperluan sara hidup mereka.

Kegiatan etnik tersebut yang tinggal di kawasan berdekatan dipercayai dilakukan tanpa keizinan pihak berkuasa dan menyalahi undang-undang.

Tinjauan mendapati antara sayuran yang ditanam di tanah seluas lebih kurang setengah ekar (0.2 hektar) itu ialah cili, terung bulat, pisang dan kunyit.

Lebih berani, mereka turut memasang alat penyembur tanaman yang dipasang di bawah tanah bagi mengaburi pihak berkuasa, bagaimanapun punca sambungan air alat itu masih belum dapat dikesan daripada mana.

Hasil daripada aduan orang awam, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah melakukan operasi bagi membersihkan kawasan berkenaan daripada sebarang tanaman pagi tadi


Timbalan Pentadbir Tanah Seremban, Isnizawati Muhammad Khairudin berkata, pihaknya mengesahkan tanah berkenaan diwartakan sebagai kawasan lapang di bawah kawalan kerajaan negeri.

“Berdasarkan rondaan berkala daripada aduan yang diterima menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, kami sahkan berlaku pencerobohan.

“Susulan mesyuarat tergempar, kami dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), polis dan Pusat Khidmat Dun Sikamat melakukan pembersihan hari ini,” katanya ketika ditemui di Taman Jujur, Sikamat di sini.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-6-2024 04:32 PM
[youtube]Zq_BgdTC8qQ[/youtube]
Quote pokokmeranti 13-6-2024 04:34 PM
terpaksa berani....klu tak de makanan xkan nak mencuri pulak. patut mereka nie UNCHR yg tanggung sbb gatal tangan campur urusan negara
Quote sharlenetexas 13-6-2024 04:35 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-6-2024 04:32 PM

Bye bye rohingya.


Quote sharlenetexas 13-6-2024 04:35 PM
pokokmeranti replied at 13-6-2024 04:34 PM
terpaksa berani....klu tak de makanan xkan nak mencuri pulak. patut mereka nie UNCHR yg tanggung sbb ...

Unhcr lepas tangan. Dasar scammer.


Quote TeropongThaico 13-6-2024 04:53 PM
Puak diarg mmg le berani. Ingat nak dtg sini mudah2 je ke. Tu sbb diarg blh je buat mcm2 tak perlu endah local. Masalahnya camno saluran air blh dibekalkan pd diarg mudah2. Kena cari gak yg terlibat tu
Quote nono86 13-6-2024 06:55 PM
Kau punya staf satu pejabat tak keluar2 opis ke, sampai orang viral baru tahu apa yang berlaku..
Quote Decaffeinated 13-6-2024 10:43 PM
Dia tanam apa? Kalau tanam sayur biar ja lah.

ada lebih boleh jual.
Quote dani-rox 13-6-2024 11:48 PM
Mula2 bercucuk tanam, pastu claim tanah sendiri. kemudian pegi terrorize penduduk sekitar. Tak lama pastu jd tanah jajahan. Playbook zionist sangat
Quote MissVixen 13-6-2024 11:55 PM
Mula2 tanam sayur. Lepas tu buat jadi kampung halaman.
Quote Kurex 14-6-2024 02:54 PM
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047414 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top