CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beza Usia 57 Tahun, Gadis & Warga Emas Bertemu Jodoh Di Rumah Orang Tua

24-6-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10188| Komen: 23

Description: Kalau dah jodoh, tak kemana! Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan dengan kisah perkahwinan seorang gadis dengan warga emas berusia 80 tahun. Perbezaan umur 57 tahun tidak menghalang mereka membin ...


Kalau dah jodoh, tak kemana! Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan dengan kisah perkahwinan seorang gadis dengan warga emas berusia 80 tahun. Perbezaan umur 57 tahun tidak menghalang mereka membina rumah tangga yang bahagia.

Gadis yang dikenali sebagai Xiaofang, 23 tahun telah jatuh cinta dengan seorang lelaki berumur 80 tahun yang dikenali sebagai Li.

Detik-detik perkenalan itu berputik ketika Xiaofang berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat jagaan orang tua dan siapa sangka, di situlah cintanya dengan suaminya, Li berputik.

Hanya bermula sebagai kawan yang berkongsi hobi yang sama namun lama-kelamaan hubungan mereka semakin akrab sehingga akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Menurut Xiaofang, dia tertarik dengan warga emas itu disebabkan kematangan lelaki itu.


Meskipun hubungan mereka mendapat tentangan keluarga namun Xiaofang mengikut kata hatinya dan memilih untuk meneruskan kehidupan bersama Li.

Difahamkan, Li yang sudah tidak berkemampuan untuk bekerja hanya mengharapkan kepada wang pencen untuk kelangsungan hidupnya bersama isteri tersayang.

Sumber: Oddity Central/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 24-6-2024 09:01 AM
Oklah tu..ada duit pencen
Quote copy_paste 24-6-2024 09:06 AM
agaknya duit kwsp dia banyak kot,xluak2
Quote Thunderclouds 24-6-2024 09:07 AM
Last week dh bukak isu ni.
Mggu ni ada lg bukak tered menda yg sama.
Mggu depan dh bole expect tered recycle jugak.
Byk ngat mkn gaji buta lama² otak pn mereput.
Quote Maroon_nerds 24-6-2024 01:31 PM
Umur dah 80 tak matang jugak tak tahu la
Quote mamatjb 24-6-2024 03:24 PM
kau harapkan apa..hahaa
Quote Rogue98 24-6-2024 03:43 PM
Omg gelinye...
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 03:43 PM
ingatkan sampah jer di recycle. rupanya thread pun blh recycle berulang yach!
Quote supernaturalee 24-6-2024 04:22 PM
pisang salai


ewwwwwwwwww


Quote edayildiz 24-6-2024 04:27 PM
alahai kertu sgt
Quote menjad 24-6-2024 04:31 PM
Tingin duit pencen rentua tu lah. Tak de makna jatuh cinta haih. Kedut seribu dah tu.

Done speku
Quote manamana123 24-6-2024 04:56 PM
Ada daddy issue ke mcm mana
Quote dani-rox 24-6-2024 05:56 PM
cinta lah sangat. ai perasan dlm semua gambar, amoi tu posing pejam mata jah. kalau dlm dakapan Andy Lau, pasti ko terbeliak bijik mata kheeeenn
Quote Carcosa 24-6-2024 07:56 PM
Tahan napas ke tuuuu. Sampai tertutup mata.
Org tua kan bau busuk. Tu yg nmpk mcm.tahan napas sambil membayangkan duit kwsp yg bakal.Diwarisi
Quote lkick2113 24-6-2024 09:48 PM
Ye lah, Aku dah kurang aktif berporum Ni, Bila sesekali masuk Banyak thread2 sampah, mod buat apa?
Quote seri_mawr 25-6-2024 11:58 AM
ni kah di namakan cinta itu buta...???

dia yang kawen aku yang kembang tekak...hahaha
Quote sapeka 25-6-2024 02:15 PM
Kalau itu pilihan dia
Quote gideoncross 25-6-2024 11:42 PM
Double standard, klau pompuannya tua llakinya muda, d puja. Ni llaki tua pompuan muda d cemuh, puih
Quote green~tea 25-6-2024 11:44 PM
Jijikkkkk
Quote green~tea 25-6-2024 11:45 PM
lkick2113 replied at 24-6-2024 09:48 PM
Ye lah, Aku dah kurang aktif berporum Ni, Bila sesekali masuk Banyak thread2 sampah, mod buat apa?

Thread sampah kita kutip kacang je la

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.430479 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top