CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam baju budak PJ sekolah ke eh baju kontinjen olimpik ?

24-6-2024 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9998| Komen: 102

Description: PETALING JAYA – Pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 dikecam hebat orang ramai ekoran rekaan yang disifatkan agak ketinggalan.


PETALING JAYA – Pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 dikecam hebat orang ramai ekoran rekaan yang disifatkan agak ketinggalan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, rata-rata netizen bukan sahaja menzahirkan rasa tidak puas hati, malah ada yang mengatakan ia kelihatan seperti ‘baju budak sekolah’.

“Macam baju budak sekolah. Sejak bila jalur bendera kita warna kuning ni? Seriuslah diluluskan? Sedihlah, buruk tau. Ni Olimpik, bukan wakil sekolah,” komen @hana.

“Serius, macam satu kelas nak buat jersi untuk hari sukan. Bayar seorang RM30,” ujar seorang lagi pengguna.

“Sekurang-kurangnya guna la model atlit. Dah la rekaan ‘hauk’,” selar @najibxo.

Jumaat lalu, pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan iaitu baju berkolar, baju T dan jaket diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik, di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.


Namun, ia menerima kecaman hebat orang ramai dan netizen yang tidak berpuas hati dengan rekaan ditampilkan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya mengambil maklum pelbagai reaksi membabitkan reka bentuk pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Ahad lalu.

Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak memutuskan reka bentuk pakaian rasmi untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris kerana ia adalah di bawah bidang kuasa MOM.

“Penentuan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik adalah bidang kuasa MOM selaku Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (National Olympic Committee) yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee) sejak 1954.

“Pakaian rasmi Kontinjen Malaysia disediakan oleh syarikat Yonex yang mempunyai kontrak selaku penaja rasmi MOM dan rekabentuknya diluluskan oleh Lembaga Pengarah MOM yang mengambil inisiatif menggunakan rekabentuk baru khas bagi temasya di Paris nanti,” katanya hari ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 24-6-2024 11:16 PM
Yonex ke? Choii sgt dh miskin sgt ke x de bajet
Quote lostnfaun 25-6-2024 07:27 AM
Kaedahnya dah org nak bagi/taja terima jer la. Benda free. Hahaha
Quote Samerosie 25-6-2024 07:42 AM
Yonex mungkin bagi beberapa sample, MOM yg pilih. Oklah tu.  Karang yg ikut bodyshape, kaler terang pun kena kecam juga.
Quote shamsadis 25-6-2024 07:49 AM
yang pilih mesti orang2 tua.... dapat kepimpinan orang tua, macam tu lah hasilnya, takder kemajuan, takder idea, old school, tidak mengikut peredaran zaman....orang tua, tegur marah...
Quote polyx 25-6-2024 07:50 AM
Pada pandangan mata meols yg tak brapa nak kreatif ni ok je design mcm ni. Simple mcm ni meols suka
Quote CikNano 25-6-2024 08:26 AM
Mata i tgok ok ja, bukannya buat pertunjukkan fashion nak beriya sangat pun ahaha
Quote batmana 25-6-2024 08:39 AM
lor..
semua baju kontijen olimpik mana2 negara pun mmg dh mcm baju budak sekolah

ko nak bertanding olimpik ke? nak bertanding peragaan pakaian?

Quote Dwdrum 25-6-2024 08:42 AM
Design seperti dari era 90s and early 2k
Quote shi_jewel 25-6-2024 08:45 AM
don't judge a book by its cover...




kot ke jadi juara olimpik nanti
Quote capwayang 25-6-2024 08:58 AM
..hanya sesuai untuk fanclub, rombongan che kiah kus semangat pak belang harimau malaya boleh la pakai yang cenggini. Merah Biru Putih Kuning tu warna kebangsaan dan ia lebih berdaulat berbanding dengan corak celoreng Harimau Malaya yang hanya semangatnya aje yang kita bawa semasa bertanding..
Quote grouper 25-6-2024 09:05 AM
Sponsor Yonex kali ni nak bagi hint le tu kali ni msia akan dapat emas dalam cara badminton
Quote freyayong 25-6-2024 09:26 AM
design cam budak sek rendah. buruk betul
Quote sangbara2020 25-6-2024 09:29 AM
Bukan nak langkah berjimat cermat ke?
Quote dua_chzy 25-6-2024 09:40 AM
mojarean_X replied at 24-6-2024 03:16 PM
Yonex ke? Choii sgt dh miskin sgt ke x de bajet

Elok la kurangkan bajet bagi atlit2 ni sedar diri sikit. Asek flopped ja bila pi Olimpik.
Quote ifanonline 25-6-2024 09:44 AM
lostnfaun replied at 25-6-2024 07:27 AM
Kaedahnya dah org nak bagi/taja terima jer la. Benda free. Hahaha

betul tu..ada company nak sponsor pun patut bersyukur...melayu banyak sangat complainnya...kena lancap baru tau
Quote esbok 25-6-2024 09:48 AM
retro style korang apa tau
Quote _blackbird 25-6-2024 09:57 AM
ok la tu longgar patuh syariah, yonex dah buat r&d pon dah ukur ikut piawaian aurat netijen. kang sendat pendek modern korg juga menggelupur kata tak patuh syariah, dedah aurat. puiiiii
Quote Decaffeinated 25-6-2024 10:05 AM
Masalahnya apa, kaler ka? Aku suka ja tema harimau malaya black & orange tu. Dah sinonim dgn Malaysia. Kang buat merah putih orang konfius pulak dgn indon.
Quote otai_g 25-6-2024 10:07 AM
Yg pending menang. Baju cantik2 pun kalo kalah nak buat apa hanat..ini bkn pertandingan baju sapa paling cantik

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.175270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top