CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Forum Cari Masa Tu Agak Popular. 23 Pages Saya Baca Setiap Komen..." - Maya Karin Imbau Filem Ombak Rindu

25-6-2024 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13617| Komen: 136

Description: Pasti masih ramai yang terngiangkan penangan filem romantik Ombak Rindu lakonan hebat Datuk Aaron Aziz dan Maya Karin sekitar tahun 2011 dulu.


Pasti masih ramai yang terngiangkan penangan filem romantik Ombak Rindu lakonan hebat Datuk Aaron Aziz dan Maya Karin sekitar tahun 2011 dulu.

Aktres jelita Maya Karin, 45 tahun, dalam satu temubual bersama SIAR berkata, dia menerima banyak kritikan ketika mula-mula dipilih memegang watak Izah dalam filem tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok SIAR, Maya menceritakan banyak menerima kritikan di forum Cari ketika itu namun tidak mematahkan semangatnya untuk membuktikan bahawa dirinya mampu membawa watak tersebut.

"Masa orang dapat tahu saya yang dapat pegang watak Izah, pada ketika itu forum Cari sangat popular. Sekarang pun ada gosip, sembang-sembang semua sebelum ada Twitter, sebelum ada Instagram disitulah tempat untuk berbincang dengan orang lain" 

"Saya nampak satu window pasal saya jadi Izah dan disitu ada 23 pages. Saya baca setiap komen dan semua orang hentam, kecewa, sedih nak nangislah. Saya tak nak tengok filem ini lagi, hancurlah, habislah filem ini...haramlah Maya Karin jadi Izah"



Maya turut menjelaskan ketika itu dia hanya tebalkan hati dan bersabar ketika membaca setiap komen kerana tidak mahu semangatnya patah kerana sesetengah komen negatif itu.


Terdahulu tular di media sosial memaparkan pasangan filem tersebut melakonkan semula babak-babak yang menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, ternyata lakonan Aaron yang membawakan watak Hariz dan Maya pula sebagai Izah berjaya membuat netizen terubat kerinduan dengan kedua teraju utama filem tersebut.


Apa pun, Ombak Rindu yang merupakan sebuah filem drama romantik dibawah arahan Osman Ali yang diadaptasi dari sebuah novel terkenal, akhirnya menjadi fenomena di negara ini ketika itu malah jumlah kutipan meningkat kepada RM5.5 juta dalam masa tujuh hari tayangan. Meskipun pelbagai kontroversi melanda, filem ini masih segar diingati sehingga ke hari ini. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawaku_terbang 25-6-2024 06:13 PM
alamak dia mention porum ke haha habislah newbie ramai dtg jap lg
Quote Mary_jane 25-6-2024 06:19 PM
Cantik maya ni kan.
Quote honey_yayan 25-6-2024 06:19 PM
Rasanya ramai je retis yang baca gosip kat porem cari ni…setiap page tu maya baca haha mendonia cari
Quote sharlenetexas 25-6-2024 06:23 PM
Tak best bila ombak rindu difilemkan.


Quote ujio 25-6-2024 06:24 PM
Tahniah acikF
Quote pinksarah 25-6-2024 06:26 PM
acik forum mendonia disebut maya karin
Quote Kurex 25-6-2024 06:44 PM
mesti kau dah baca ketiak kau busuk kan? btw iols ternanti2 movie perigi suriram sheols
Quote lanacondor 25-6-2024 06:52 PM
Kurex: mesti kau dah baca ketiak kau  ...
sheolz xbaca kot part tu..[em:4:]
Quote takkizawa 25-6-2024 07:24 PM
Kurex: mesti kau dah baca ketiak kau  ...

Serius iols nk tau ni. Mmg keti dia masam ka? Tak kan banyak duit camtu tak bole beli deodarant ke, sabun tawas ke?
Quote noor2 25-6-2024 07:24 PM
Sekarang ramai acik2 FB masuk forum cari kan....
Quote noor2 25-6-2024 07:26 PM
Tp maya memang cantik lah....
Quote asfaz 25-6-2024 07:28 PM
Hahaha kami achik2 forum jujur
Quote asfaz 25-6-2024 07:29 PM
Sape punya komen "haramlah Maya Karin jadi izah"? terasa dia sampai sekarang
Mmg tak best pun. Kalau yg tak pernah baca novel OR ,boleh la kata best tpi kalau khatam OR,euwww merosakkan
Quote OsHiN_hOnEy 25-6-2024 07:32 PM
apa nama forum lagi satu yg lebih femes dari CARI eh
sebelum ada CARI mmg kat situ otai2 berkumpul
Quote I.K.A888990 25-6-2024 08:07 PM
adeh kesian hakak maya
agak2 lepas ni berbondong2 lah yg masuk sini hehe
kerlas
Quote msdummy.2018 25-6-2024 08:08 PM
OsHiN_hOnEy replied at 25-6-2024 07:32 PM
apa nama forum lagi satu yg lebih femes dari CARI eh
sebelum ada CARI mmg kat situ otai2 berkumpul

Low yattt ka?
Quote Acik2kepam 25-6-2024 08:13 PM
Forum cari sentiasa mendoniaaaa
Kat mana2 ada org mention porem
Tak senang gak nk berporem ngn aman2
Quote Skyline_84 25-6-2024 08:34 PM
Acik2kepam replied at 25-6-2024 08:13 PM
Forum cari sentiasa mendoniaaaa
Kat mana2 ada org mention porem
Tak senang gak nk berporem ngn  ...

dh berkali2 thread berpagar atau trbenamm
Quote Skyline_84 25-6-2024 08:35 PM
Kurex replied at 25-6-2024 06:44 PM
mesti kau dah baca ketiak kau busuk kan? btw iols ternanti2 movie perigi suriram sheols

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.083855 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top