CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Sah Autisme, Shila Amzah Mohon Doa Ramai - “Sekarang Dia Berada Pada Tahap 1 Dan Sedang Menjalani Rawatan Terapi"

25-6-2024 11:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25701| Komen: 213

Description: PENYANYI Shila Amzah berlapang dada apabila putera sulungnya, Seth Uwais, 5, disahkan autisme tahap satu.

PENYANYI Shila Amzah berlapang dada apabila putera sulungnya, Seth Uwais, 5, disahkan autisme tahap satu.

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, perkara itu sudah dijangkanya dan suami tercinta Ubai MZ.

Saya bersama suami dan Seth baru sahaja pulang dari hospital. Saya ingin kongsikan bahawa Seth telah disahkan autisme tahap 1. Alhamdulillah saya dapat merasakan sama ada autisme atau ADHD (Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan).

“Sekarang dia berada pada tahap 1 dan sedang menjalani rawatan terapi. Jadi doktor sarankan agar sesi rawatan terapi itu dapat diteruskan dan berusaha mencari sekolah yang menerima pelajar autisme,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Selamanya Cinta itu turut memohon agar masyarakat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, agar dapat menjaga Seth dengan baik.


Apabila dimaklumkan mengenai perkara ini, sudah pastinya sebagai ibu bapa saya inginkan yang terbaik dalam mendidik anak-anak.

“Setelah mengetahuinya secara rasmi, jadi kami sudah mengetahui langkah yang boleh diambil dalam mendidik dan membesarkan Seth.

"Saya mengharapkan agar kalian dapat mendoakan saya dan suami agar kami dapat menjaga dan mendidik dia (Seth) dengan baik selain Seth juga boleh membesar dan belajar dengan baik,” katanya.


Terdahulu Shila pernah berkongsikan keadaan anaknya mengalami kelewatan bertutur (speech delay) dan masalah deria (ensory issues) sehingga perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.


Untuk info, Seth merupakan anak pertama Shila menerusi perkahwinan pertamanya dengan Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022. Mereka kemudian berpisah empat tahun kemudian.

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-6-2024 11:57 PM
Bagus sheols terima anak seadanya dan buat treatment dari awal. Harap tak jadi mcm acik zz buat content anak smackdown.

Quote I.K.A888990 26-6-2024 12:12 AM
comel seth ni suka dgr dia bercakap..tgk shila ubai pun positif & terima keadaan seth ni..kdg ada ibuayah yg tak boleh terima anak2 depa yg autisme..semoga dipermudahkan ada baca kalau dikesan (autisme ringan) lebih awal & konsisten terapi boleh bantu perkembangan anak jadi lebih baik..
Quote kakasotong2 26-6-2024 12:25 AM
Suka tengok Shila dengan Ubai ni. Lepas baca ada orang spill tea pasal Ubai & family haritu, meols rasa Shila buat keputusan yg tepat jadikan Ubai ni sebagai suami sheols. Shila betul2 beruntung dapat suami yg positif & sentiasa supportive mcm Ubai ni. Mujur sheols xsambung balik dengan Nanas. Jauh beza personaliti Nanas dengan Ubai ni.

Meols percaya Ubai ni ayah tiri yg sangat baik & penyayang pd Seth. Perasan jugakla Ubai ni rajin layan Seth.
Quote oggy 26-6-2024 12:41 AM
Semoga dipermudahkan. Kalau tahap 1, mild, buat early intervention Insya Allah ok. Yang penting kena berlapang dada, tak indenial, kalau tak, kesian anak tu tak dapat support yang sepatutnya. Modal untuk terapi pun bukan murah, diorg ni kira mampu lah tak perlu nak hadap appointment kat gomen. Cuma pusat terapi kena cari yang sesuai. Famous & big name tak semestinya sesuai for your kid. Macam my kid hantar ke therapy center ke-3 baru nampak significant improvements.
Quote oggy 26-6-2024 12:44 AM
kakasotong2 replied at 26-6-2024 12:25 AM
Suka tengok Shila dengan Ubai ni. Lepas baca ada orang spill tea pasal Ubai & family haritu, meols r ...

Ya suka kan tengok they all, nampak Shila ni tone down banyak, dah ada yang boleh tenangkan dia. I terlepas  org spill pasal Ubai & family tu. Recap sikit boleh tak?
Quote doubleA 26-6-2024 12:48 AM
Nampak gak news ni tadi. Semoga baik2 je seth, muka seth sebijik xilalat
Quote kakasotong2 26-6-2024 12:55 AM
Edited by kakasotong2 at 26-6-2024 01:15 AM
oggy replied at 26-6-2024 12:44 AM
Ya suka kan tengok they all, nampak Shila ni tone down banyak, dah ada yang boleh tenangkan dia. I ...


Ada orang spill kat twitter baru ni, Ubai & family ni dulu duduk dekat dalam kawasan perumahan penuh dengan matpet a.k.a penagih dadah. Kira situ hotspot sarang penagihan dadah & deyols hidup membesar dengan dikelilingi matpet dadah. Tapi diorang satu family ni cekal hati, berjaya ubah nasib family sendiri, keluar dari situ & jadi manusia berguna. Uols tengok jela Ubai tu macammana, perangai molek, rajin kerja cari duit. Tengok adik beradik dia semua helok menjadi perangai. Latest baru ni pun adik dia dapat straight A’s SPM kan. Family Ubai ni dikira punya strong support system. Meols rasa sebab tu Shila memang sayang gila dengan family mertua dia. Jauh beza dengan family sendiri yg toksik.
Quote miss_perfect 26-6-2024 12:57 AM
oggy replied at 26-6-2024 12:41 AM
Semoga dipermudahkan. Kalau tahap 1, mild, buat early intervention Insya Allah ok. Yang penting kena ...

Autism ni ada berapa tahap?
Quote Carcosa 26-6-2024 01:44 AM
Meols tgk video Live dia tu sampai habis yach.
Seriously, meols mmg tak minat dia, tapi taktau knp, meols boleh melekat tgk video tu sampailah End.
Mungkin nmpk dia ikhlas, relax, tak menggedik, so chill. Muka dia licin ya ampunnnn.

Part dia nasihat jgn be in denial tu mmg sgt setuju yach. Sbb, dkt sekolah anak meols, ada sorang budak ni, mmg ada ciri2 autistic. No eye contact, pendiam, jalan tak brp betul, dan tantrum dia ya Allah.... Bukan nak mengata seriously, tapi time dia upset tu, gegak gempita satu sekolah hoiiii. Dan dia tantrum psl bende2 yg sgt trivial yach. Yg selalunya bebudak yg tak autistic tak kisah, atau boleh di slow talk.
Mak dia just brush that behaviour off with : Anak aku perfectionist, anak aku pemalu, anak aku mmg pendiam, anak aku introvert, anak aku tak brckp dgn org, etc.
Meols also ada nmpk anak dia sekali tu dok tekan2 ball of fingers dia dgn fingers lain. Faham tak. Susaah nak put into words sini.
Anyways, meols respect Shilalat ni sbb tenang je explain psl autism. And psl in denial tu, mmg close to home sgt lah. Dkt sekolah anak meols ada contoh nya.
Quote cawanmilosuam 26-6-2024 02:06 AM
Edited by cawanmilosuam at 26-6-2024 02:12 AM

bagus pos ni, sbb sharing pasal autism, kurangla dosa berantem sbb artis kesayangan.... aku ada kenal sorang otisem ni, dia boleh drive kelisa dgn sticker oku, maybe dia otis tahap 1 atau mild, sbb dia ada sijil komputer sebuah kolej, majikan dia kata dia fokus kerja, cuma tula bila naik sheh, dia jerit2, dia suka lagu2 omputih, lagu yg dia suka dia nyanyi kuat2 tanpa hirau sapa sblah dia.. aku salute la kat mak pak dia sbb bg dia jadi indipendent. dia pernah ya p kolej naik lrt sorang... tp mak dia keep in contact through phone...
Quote oggy 26-6-2024 02:28 AM
miss_perfect replied at 26-6-2024 12:57 AM
Autism ni ada berapa tahap?

Ada 3 tahap: mild, moderate, severe.
Biasanya mild ni kita nampak macam budak2 biasa je, sebab tu parents sendiri yang kurang awareness boleh terlepas pandang. But with therapy, yang mild ni boleh jadi macam budak2 normal. Cuma mungkin ada certain issue contoh mcm sensory, communication je yang kena buat lebih intervention.

Moderate lebih kurang mild,  dia boleh berdikari, tapi masih perlukan assistance dan support dari orang lain. Masih tak boleh totally handle everything sendiri.

Severe macam anak ZZ dan Adam anak Iman Wan tu, straight away kita boleh tau. Jenis yang memang perlukan perhatian dan jagaan.

Tapi autism ni pun ada banyak spectrum, ada lagi kategori Asperger, ADHD, gitu lah. Macam my kid masa diagnose as moderate ASD with ADHD. After 2 years therapy, Alhamdulillah kurang banyak jadi macam mild sikit walaupun ada issues yang masih belum overcome lagi.

I yakin Seth will get the best intervention since his parents pun nampak redha. Best of luck to them.
Quote oggy 26-6-2024 02:29 AM
kakasotong2 replied at 26-6-2024 12:55 AM
Ada orang spill kat twitter baru ni, Ubai & family ni dulu duduk dekat dalam kawasan perumahan pen ...

Alhamdulillah, suka baca kisah macam ni.
Allah suka orang yang berusaha.
Moga aman2 je family ni.
Quote allshares 26-6-2024 02:50 AM
Bertabah la shila. Moga yg baik2 je utk anak shila. Buang je toxic2 people dlm hidup u, focus kpd small family u jah. InsyaAllah moga hidup u lebih tenang tuhan bagi kemudahan.
Quote cawanmilosuam 26-6-2024 03:12 AM
lg 40/50 tahun, kita ada ramai warga emas yg otis, mcmana support system negara kita ya? jkm dh ada plan kut untuk derang, i je yg tlebih pikir... hehehe
Quote she 26-6-2024 04:56 AM
cawanmilosuam replied at 26-6-2024 03:12 AM
lg 40/50 tahun, kita ada ramai warga emas yg otis, mcmana support system negara kita ya? jkm dh ada  ...

Tertanya benda yang sama

Nisbah anak autism dalam 10 keluarga
Makin meningkat

Adik ipar macik pun ada sorang (anak tunggal)
Ex husband macik pun ada sorang (kawen baru anak baru)

Jadi risau
Nasib cucu2 kita nanti
Quote Lampuled 26-6-2024 05:53 AM
Autism ni boleh berlaku tiba² ke? Maksud I umur brp yg akhir symptoms akan akan keluar? Sbb ada yg ckp masa lahir semua ok, bila capai certain age tetiba wujud symptoms. Ada ke yg belasan tahun baru terjadi symptoms tu?
Btw dlm kes shilala ni ex dia dulu pun mcm ada ciri Autism juga gayanye.
Quote limau_lemon 26-6-2024 06:42 AM
Bagus shila positive..anak she dengan anak iols beza berapa Hari je ...anak iols pon speech delay...Ada jugak buat autism test ..result show tak fit criteria.

Iols tengok Seth xnampak autistic. Shila Ada explain ke seth ni autistic Dari segi apa?
Quote orkid_amani 26-6-2024 07:26 AM
Laaaambaaat jugak yaa detect autism tuu..kalau g kk seumur 2y dah detect..start dgn speech delay tuu lepas tu dia check behaviour & sensory. Kdg2 kk ni bagus jaga kebajikan ibu&ank tp tuu laa hazab beeetooiiii nk q utk service diorang. Always full house. Xmampu nk tunggu laaamaa.
Quote dua_chzy 26-6-2024 07:29 AM
Acik2 porom dah lamaaaaaa spekuuuuu kaaannnnnnnn

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.205016 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top