CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapor KPDN jika ditipu penjual durian

10-7-2024 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5667| Komen: 4

Description: Melaka: Orang ramai yang berdepan penipuan jualan durian diminta segera membuat aduan berbanding menularkan kejadian itu di media sosial supaya tindakan segera dapat diambil.

Melaka: Orang ramai yang berdepan penipuan jualan durian diminta segera membuat aduan berbanding menularkan kejadian itu di media sosial supaya tindakan segera dapat diambil.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar berkata tindakan itu juga bertujuan memastikan bukti berhubung penipuan yang dilakukan peniaga terbabit tidak dihapuskan.

Beliau berkata sebaik menerima aduan berkenaan, siasatan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam dan sekiranya penipuan itu dapat disabitkan, tindakan pendakwaan di mahkamah akan dilakukan sebagai pengajaran selain menyita durian yang dijual.

"Setakat ini, tiada aduan yang diterima KPDN Melaka berhubung penipuan itu tetapi menerusi pemantauan di media sosial terdapat komen daripada pengguna bahawa mereka ditipu peniaga durian termasuk daripada segi harga dan promosi mengelirukan.


"Sepatutnya isu tersebut tidak ditularkan sebaliknya aduan boleh dibuat secara terus kepada KPDN Melaka menerusi pelbagai platform seperti Pejabat KPDN Melaka di Wisma Persekutuan, media sosial rasmi kami antaranya Facebook dan TikTok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan di premis menjual durian sekitar Cheng sempena musim raja buah itu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Melaka Rohaimi Mohamed Zawawi.

Mengulas lanjut, Norena berkata tindakan boleh diambil antaranya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sementara itu, beliau berkata sejak musim durian bermula awal bulan ini, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di 28 premis jualan di sekitar negeri susulan promosi hebat peniaga di media sosial.

"Sepanjang pemantauan yang dijalankan, kebanyakan peniaga meletakkan tanda harga terlalu kecil dan kurang jelas sehingga mengelirukan pembeli.

"Bagaimanapun setakat ini, kita hanya memberikan nasihat dan advokasi kepada peniaga terbabit agar menambah baik aspek berkenaan agar tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 10-7-2024 09:59 AM
Tak dan beli asyik org bagi
Last weeek dpt black thorn
Tak sedap pun pd tekak aku
Durian kampung juga sedap
Quote Momohizan 10-7-2024 10:04 AM
Kalau bau durian tak terawal, boleh report JAS - pencemaran bau
Quote sayurmayur88 10-7-2024 11:24 AM
barang bermusim pastu ramai peminat dia, konpem ada jer org nak amek kesempatan jual mahal
Quote esbok 10-7-2024 05:16 PM
ada yang masa beli nampak cantik, balik rumah baru celik nampak buruk

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.150372 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top