CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Istilahnya, saya cakap tutup pagar, bukan tutup balai polis” - Saifuddin Nasution

10-7-2024 07:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22059| Komen: 25

Description: KUALA TERENGGANU: “Istilahnya saya cakap, tutup pagar, bukan tutup balai polis.”

KUALA TERENGGANU: “Istilahnya saya cakap, tutup pagar, bukan tutup balai polis.”

Berikut respon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika mengulas bersabit kenyataannya di Dewan Rakyat semalam menyebabkan ramai keliru.

“Hanya pintu pagar 810 balai polis ditutup di seluruh negara akan selepas  jam 10 malam  bukan tutup balai polis sebagai langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis dan potensi ancama susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.

“Kalau ada orang awam nak buat aduan, anggota bertugas akan bukalah pagar,” katanya.

Pos Kawalan di setiap balai akan terus diperketatkan selepas ini.

Langkah itu diambil sebagai mengimbangi keperluan untuk masyarakat dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas.

Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri Terengganu di Dewan Seri Kapas, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.


Sementara itu beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, selepas meluluskan peruntukan RM1 juta untuk membaik pulih 20 buah kuarters anggota IPD Marang yang rosak.

Sumber : Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 10-7-2024 07:55 PM
Samalah tu..tutup pagar tak bagi orang masuk...
Quote Firenzza 10-7-2024 08:51 PM
Camne nak masuk kalau balai yg xde pak gad.....kena tekan hon panjang ke?
Quote mawardia 10-7-2024 10:10 PM
Tutup je la pagar. Nanti nak masuk, guard tu mintak nama dan IC. Pastu masuk lah.

Selama ni memang macam gitu I ols rasa.
Sebelum masuk kena tahan pastu polis tanya datang balai/IPK nak buat apa.
Beza nya gate terbuka je.
Yg ni dia tutup gate.

Ada IPK yg tak kasi pun org awam bawak masuk kereta. Kena park kat luar seberang jalan, pastu jalan kaki ke dalam IPK.
Pi guard post dulu bgtahu dtg nak buat apa.
Kasi IC.
Amik tag.
Masuk ler komerr pi mengadu nasib kat kaunter tuww.

Entah. I ol rasa biasa je benda ni.

Ala cuba la dulu.
Kalau ada guard tak kasi kerjasama korang complain je ke JIPS.

Daripada nak kasi entah sesiapa masuk tetiba kena serang mcm Ulu Tiram lagi, tak ke nayaaa?
Quote matbad 10-7-2024 10:58 PM
Ok la tu..lps ni kalau bawak grab penumpang cari pasal rasa tak selamat trus nak pecut pegi balai sbb pintu pagar tutup..selalunya kalau boleh masuk trus,penumpang akan terjun ja sbb takut nk masuk balai..lps ni driver plak yg cuak sbb kita tak pasti kalau ke balai penumpang takut atau tak sementara nk tggu pagar bkk tu????
Quote MissYouSayang 11-7-2024 05:45 AM
Sampahnyeh pudin pokka ni.. Pasni walanon nak kena pi buat report dekat balai bomba or balai kedai mamak plak ke sebab situ je bukak 24 jam...
Quote kitmal 11-7-2024 06:24 AM
ntah nampak mengarut..tempat minta perlindungan pun dah macam ni
Quote Firenzza 11-7-2024 06:59 AM
Kes terpencil tak kan suma balai kna ttup pagar letak pak gad, byk la plk duit gomen nk byr Nepal bagai
Quote 3480 11-7-2024 07:36 AM
Elok bukak. Klu jd apa2 kat org awam bole lari masuk balai. Ni nak halo2 kat pagar lagi.. ish
Quote DukunSentet 11-7-2024 07:41 AM
Len kali cakap biaq terang..

Quote Radzor 11-7-2024 10:12 AM
Edited by Radzor at 11-7-2024 10:13 AM

Tutup pagar sbb polis pun dah tak dapat jaga kawasan dengan selamat. Buat la penggera alarm kat guard pos tu. Klu ada yang terus masuk tanpa diperiksa, terus tekan butang tu utk alert semua yg bertugas. Jangan la tutup pagar.
Quote esbok 11-7-2024 10:18 AM
tak mencapai motor nanti, pol dan marhaen tiada berpisah
Quote grouper 11-7-2024 10:23 AM
Ingat semua balai ada pak guard ke ..
Quote tagas 11-7-2024 10:55 AM
budaya mesia

Teori nampak cantik

pelaksanaan failed
Quote Decaffeinated 11-7-2024 01:17 PM
Pengalaman aku berkomunikasi dengan orang bendul ni memang tak cukup ko cakap apa 1 benda kena buat, kena juga cakap 10 benda jangan dibuat.

Eg.

Mat pls pergi beli garam tapi jangan beli garam masala, garam gunung, garam mandi atau segal jenis garam selain garam untuk memasak. Make sure otw jangan melilau singgah mamak, jangan lambat dan paling penting bawa balik jangan ko jual pula garam tu.

Gitu lah susahnya bercakap dengan orang bendul ni
Quote Decaffeinated 11-7-2024 01:27 PM
mawardia replied at 10-7-2024 10:10 PM
Tutup je la pagar. Nanti nak masuk, guard tu mintak nama dan IC. Pastu masuk lah.

Selama ni memang  ...

Bali polis ni ada banyak jenis. Dari yang ada guard post siap bersenapang, sampailah yang macam kaunter pos dalam bangunan tu. Yang bising2 tak faham ni tah2 pergi balai pun seumur hidup baru sekali.

Quote Samerosie 11-7-2024 02:01 PM
Decaffeinated replied at 11-7-2024 01:27 PM
Bali polis ni ada banyak jenis. Dari yang ada guard post siap bersenapang, sampailah yang macam ka ...

553.png

IPD aka Balai Polis Sepang ni ada guard kat pintu masuk, mmg kena bgtau and tunjuk IC sebelum dapat masuk.  pudin ni dia cakap pasal balai polis kecil macam kat Ulu Tiram tu dah kenapa pula nak hire guard nepal jaga balai polis, polis bantuan kan banyak.  Buat pondok tu lagi cheaper than more death le, karang ramai mati pun korang bising gak.
Quote sranua 11-7-2024 02:17 PM
Pandailah PDRM nak jaga keselamatan polis dan balai polis.Kalau dah itu peraturannya ikut je lah. Mungkin kalau IPD yg besar sikit siap ada pondok guard bersenjata. Tapi kalau yg kecil dgn anggota pun tak ramai, aku ok je kalau tutup pintu pagar. Bukan balai polis tu kedai speedmart ade je org dtg.
Apalah nasib 2 pelajar yg buat report kat balai pukul 3 pagi tu.
Quote lipans 11-7-2024 02:39 PM
Pelik pulak balai pakai pak guard. Pak guard pulak nepal.
Quote jihyomelly 11-7-2024 02:56 PM
tak semua balai polis ada pak guard kat entrance..byk yg xde..kawasan iols kat penang pun (pulau) byk xde guard betul2 tepi jalan..slalu bukak gate sebelah je..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054519 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top