CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PLKN bakal dilaksana semula seawal Jun 2025, bawa konsep dan format baharu

10-7-2024 07:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21469| Komen: 17

Description: KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diperkenalkan semula dengan konsep dan format baharu seawal Jun tahun hadapan.

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diperkenalkan semula dengan konsep dan format baharu seawal Jun tahun hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin, berkata Kementeriannya bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang memuktamadkan proses menyediakan modul latihan yang akan dilakukan secara berfasa.

“PLKN akan diperkenalkan di peringkat sekolah yang dipanggil fasa praPLKN sebagai persiapan mereka (pelatih) menjalani latihan khidmat negara selepas berusia 17 tahun, program ini akan melibatkan pelajar-pelajar di tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum.

“Pada fasa seterusnya (iaitu) fasa PLKN asas, remaja berusia 17 tahun dan ke atas akan dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 buah kem askar wataniah di seluruh negara, 20 buah universiti awam dan beberapa politeknik.

“Fasa latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Modul Asas Kenegaraan yang dibangunkan oleh KPT mengandungi Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri, Modul Kenegaraan Elemen cinta negara, dan modul kenegaraan elemen perpaduan.

Manakala modul asas ketenteraan pula dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.

“Pelatih akan dilatih untuk mempraktikkan budaya kehidupan tentera seperti disiplin, ketetapan masa tersusun dan mandiri

“Pelatih PLKN juga diberi peluang untuk menjalani latihan lanjutan mengikuti bidang yang mereka minati.

“Modul bagi setiap latihan khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan,” katanya.

Latihan itu katanya berbentuk intensif lapangan dan juga praktikal

Tambahnya, fasa PraPLKN di peringkat sekolah akan dilaksanakan bersama-sama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi Madani oleh KPM dan dijangka bermula pada Jun-Julai tahun hadapan.

Fasa PLKN asas yang melibatkan peserta 17 tahun dan ke atas di kem-kem askar wataniah selama 45 hari, dijangka akan dimulakan pada April 2026.

Fasa PLKN asas di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pula dijangka akan bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026/27.

Sumber : Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 10-7-2024 11:25 PM
Recycle je la mampu
Quote macaronidead 11-7-2024 11:52 AM
Program latihan Menteri Pertahanan Negara Datuk Seri Khaled Nordin sangat terperinci dan khusus untuk melatih dan melengkapkan modul latihan dalam setiap peringkat dengan cara yang paling tepat. geometry dash
Quote zuriey 11-7-2024 11:48 PM
Apa manfaat
Tgk kwn2 aku mengeletis bercouple je dlm tu
Quote AbukRokok 12-7-2024 08:54 AM
dah ada duit cut subsidi diesel petrol bru boleh buat semula plkn...
Quote duri_durians 12-7-2024 10:44 AM
come on la. lebih baik buat military training ke latihan askar wataniah ke.
tu lebih berguna dalam membentuk patriotisme, disiplin, dan jatidiri..
Quote duri_durians 12-7-2024 10:44 AM
come on la. lebih baik buat military training ke latihan askar wataniah ke.
tu lebih berguna dalam membentuk patriotisme, disiplin, dan jatidiri..
Quote goldcarrot 12-7-2024 11:53 AM
Aku masih bsyukur dpt escape plkn dulu
Quote gigahertz 12-7-2024 06:01 PM
zuriey replied at 11-7-2024 03:48 PM
Apa manfaat
Tgk kwn2 aku mengeletis bercouple je dlm tu

War happend senang nak kerah jadi infantry.
askar semua dah kena run operasi mesin & jentera.
Quote Sazreena 12-7-2024 08:54 PM
Takyah la kalau setakat acah-acah...abis tinggi pakai baju suar celoreng tapi aktiviti cam gi camping. Kalau nak ala-ala tentera buat la yg basic. Paling tidak kalau jadi apa-apa, yg memuda ni tau cane bertindak. Member aku dulu budak ROTU, subuh sepi'e dah pikul beg ngan senjata berkawad. Badan dia petite je tapi semangat power.
Quote edayildiz 12-7-2024 09:02 PM
nsb dulu terselamat..lps spm dh risauu..nasib baikkk..ayah i ckp kalau x pergi nnti masuk penjara..i dh nngis..pdhl xdpt pun plkn..
ni utk bdk bdk spm yh akan dtg la pulak kn..
xde maanfaat pun..dorg p bercouple je
Quote dua_chzy 12-7-2024 09:15 PM
duri_durians replied at 12-7-2024 02:44 AM
come on la. lebih baik buat military training ke latihan askar wataniah ke.
tu lebih berguna dalam m ...

Setuju. Setuju. Setuju.
Quote dua_chzy 12-7-2024 09:16 PM
gigahertz replied at 12-7-2024 10:01 AM
War happend senang nak kerah jadi infantry.
askar semua dah kena run operasi mesin & jentera.

Tapi PLKN bukan proper military training macam Singapore, SK buat. Patutnya buat camtu. Kasik wajib.
Quote gigahertz 12-7-2024 09:59 PM
dua_chzy replied at 12-7-2024 01:16 PM
Tapi PLKN bukan proper military training macam Singapore, SK buat. Patutnya buat camtu. Kasik waji ...

atleast basic asas dah ada. bila di jerit utk berkhidmat dah tahu
kena buat apa. walaupun tak berbaloi utk negara

tapi bagus utk diri sendiri dan masyarakat.

kita yang tak tahu apa-apa ni terpinga-pinga
Quote B40tastePosh 12-7-2024 10:07 PM
Edited by B40tastePosh at 12-7-2024 10:09 PM

Letakkan terus under Tentera Darat Malaysia dan Wataniah.

Zaman meols dulu banyak ikut Kem Kem macam Bina Negara kena nyanyi lagu Anak Kecil Main Api lagik..menangis dengar cerita sedih pasal mak ayah...tapi memang masuk dlm otak sampai sekarang tak suka arak dan judi.

Budak sekarang lembik.
Quote dua_chzy 12-7-2024 10:08 PM
gigahertz replied at 12-7-2024 01:59 PM
atleast basic asas dah ada. bila di jerit utk berkhidmat dah tahu
kena buat apa. walaupun tak ber ...


Hapo terpinga2. Keja kau dah cukup huntok prepare kau for war kalau perlu.

PLKN takda ajar basic military training lansung der...More to summer camp bina semangat ja PLKN ni. Military training lain wei. Terai pi kem askar, kem Pulapol tengok deme training camna.
Quote B40tastePosh 12-7-2024 10:10 PM
dua_chzy replied at 12-7-2024 10:08 PM
Hapo terpinga2. Keja kau dah cukup huntok prepare kau for war kalau perlu.

PLKN takda ajar  ...


Wajibkan je budak2 Melayu tu daftar Wataniah.

Yang bukan Melayu buat sekali satu kem tapi under unit lain.

Diorg kena Collab
Quote dua_chzy 12-7-2024 10:15 PM
B40tastePosh replied at 12-7-2024 02:10 PM
Wajibkan je budak2 Melayu tu daftar Wataniah.

Yang bukan Melayu buat sekali satu kem tapi under u ...

Kan. Lagik afdol.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.091353 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top