CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jangan Terkejut! Inilah Gambar-Gambar Rumah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

19-1-2017 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13623| Komen: 45|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Rodrigo Duterte mula dilantik sebagai Presiden Filipina ke-16 pada 30 Jun 2016. ..



Rodrigo Duterte mula dilantik sebagai Presiden Filipina ke-16 pada 30 Jun 2016. Semenjak dilantik sebagai Presiden, Duterte mula dikenali dunia dengan kelantangan dan sikapnya yang tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

Ketegasannya terbukti ketika baru sahaja empat hari dilantik sebagai presiden, Duterte sudah memenuhi janjinya untuk memerangi jenayah terutamanya melibatkan penyalahgunaan dadah. Jesteru, seramai 30 orang pengedar dadah di negara itu telah menerima hukuman tembak mati.

Terdahulu, Duterte turut mengumumkan peningkatan mendadak dalam bajet negara itu untuk tahun 2017 bagi membiayai kempen kontroversinya memerangi jenayah. Pasukan keselamatan juga turut menerima kenaikan gaji yang besar.

Selain itu, nama Duterte terus menjadi bualan apabila beberapa keping gambar kediamannya mula tersebar luas di media sosial. 

Baru-baru ini, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah meluangkan masa melawat Presiden Rodrigo Duterte di kediamannya di Davao City.

Kunjungan Abe, pemimpin negara pertama melawat Filipina sejak Duterte mengambil alih jawatan presiden, dirakamkan pembantu Duterte yang memuat naik gambar di Facebook menunjukkan kedua-dua pemimpin menikmati sarapan pagi.

“Kami juga menunjukkan kepada beliau bagaimana presiden menikmati keselesaan katilnya termasuk kelambu nyamuk lama yang masih diminatinya,” kata Christopher Go dalam Facebook, seperti dipetik portal berita Filipina, Inquirer.net.



Sementara itu, Reuters melaporkan gaya kehidupan sederhana Duterte menjadikan bekas datuk bandar yang terkenal dengan bahasa kesat itu popular di kalangan pengundi Filipina pada pilihan raya Mei tahun lalu.

Jom lihat gambar-gambar rumah Presiden Filipina yang hanya merupakan sebuah rumah 2 tingkat sederhana tetapi selesa.







Selepas perlantikannya sebagai Presiden, Duterte menolak untuk tinggal di kediaman presiden kerana mendakwa tempat itu berhantu.

Kediaman rasmi Presiden Filipina.

Bila melihat gambar-gambar rumah Presiden Filipina ini, tersangatlah jauh berbeza dengan kehidupan menteri dan ahli-ahli politik di negara lain. Semoga sifat kesederhanaan yang ada pada Presiden Filipina ini dapat dijadikan contoh buat semua. - CARI


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.



12

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tayam 19-1-2017 04:21 PM
kenapa la xdibelinya rak kasut
Quote kentel 19-1-2017 04:23 PM
tayam replied at 19-1-2017 04:21 PM
kenapa la xdibelinya rak kasut

bermula dari bawah...mungkin dia lagi selesa camtu...lgpun kasut dia tersusun jah...bkn mcm selipar kat masjid
Quote tayam 19-1-2017 04:26 PM
kentel replied at 19-1-2017 04:23 PM
bermula dari bawah...mungkin dia lagi selesa camtu...lgpun kasut dia tersusun jah...bkn mcm selipa ...

yang tu betul..tp mmg sempoi jer rmhnya
Quote CrowneGlory 19-1-2017 04:34 PM
motip bawak abam abe sampai ke bilik tidur?
Quote batman_2007 19-1-2017 04:36 PM
*terlepas pisang goreng*
Quote Gadis_sarawak 19-1-2017 05:06 PM
Rumah je sederhana kot..Entah2 aset lain kita tak tau..kadang orang camni jauh lagi kaya cuma taknak tunjuk,.
Quote sebu 19-1-2017 05:10 PM
tayam replied at 19-1-2017 04:21 PM
kenapa la xdibelinya rak kasut


Haha    ...tu semua duit rakyat tu dia x nak
Quote mrsLucky 19-1-2017 05:14 PM
I risau akan keselamatan keluarganya..sebab dia betul2 mahu menghapuskan penjenayah dadah..
Quote munchkin 19-1-2017 05:15 PM
Zuhud je.
Quote she 19-1-2017 05:22 PM
Alahhh bapak macik pn dok umah kampung ja..,rak kasut pn x beli...tapi harta? harta banyak tanah berbondang2..rumah berpuluh biji..lot kedai.,bisnes merata2

Bapak macik kate umah x penting.,,yg penting larik cukai dlu
Quote rastaf 19-1-2017 05:24 PM

ada gambar bini dia x? pakai cincin mahal ke murah
Quote siskepoh 19-1-2017 05:54 PM
very the humble
Quote wnwa05 19-1-2017 05:56 PM

bagus2... bersederhana lah dalam hidup. cuba tengok rumah arwah tok guru nik aziz


Quote aderaderker 19-1-2017 06:28 PM
Mesin basuh ngan peti ais ada?
Quote Mary_jane 19-1-2017 06:35 PM
Dia pakai kelambu. Wujud lagik eh
Quote MsKathryn 19-1-2017 07:21 PM
Simple life..
Quote boyagombak 19-1-2017 09:08 PM
Berbanding dgn PM Malaysia hrmmm umpama bumi dgn langit. Septtnyalah pemimpin2 hidup bersederhana shj krn mereka sememangnya bukanlah seorang ahli perniagaan, seorang ahli korporat yg dapat duit hasil titik peluh sendiri. Mampukah seorang pemimpin dgn gaji yg sederhana hidup bagai seorang jutawan. Bagaimanakah mrk memperolehi kekayaan kalau berdasarkan hanya pendapatan melalui gaji bulanan yg diterima.
Jadi Duerte ini mgkin x mahu gunakan wang hasil merampok duit rakyat mcm Marcos & Imelda dahulu. Sgt susah & sedikit mahu mencari pemimping yg hidup sederhana. Kebanyakkannya mahu hidup disaluti kemewahan
Quote samasam90 19-1-2017 09:27 PM
hebatnya family dia. macam tak takut langsung. dengan rumah macam tu, kalau ada drug dealer yg kecam mereka.... so scary noks.

abam ajib, tak malu kher? mohon abam ajib update tengah melawat kampong halaman sambil berpelikat, puhleaseee.
Quote samasam90 19-1-2017 09:27 PM
hebatnya family dia. macam tak takut langsung. dengan rumah macam tu, kalau ada drug dealer yg kecam mereka.... so scary noks.

abam ajib, tak malu kher? mohon abam ajib update tengah melawat kampong halaman sambil berpelikat, puhleaseee.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073248 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top