CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Makin Over Pula Ibu Bapa Mengarah Cikgu Dalam Grup Whatsapp Kelas Anak!

20-1-2017 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 23823| Komen: 137|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Beza, memang sangat berbeza kehidupan ibu bapa pada zaman ini yang mempunyai anak bersekolah, jika dibandingkan dengan ibu bapa dahulu.

Beza, memang sangat berbeza kehidupan ibu bapa pada zaman ini yang mempunyai anak bersekolah, jika dibandingkan dengan ibu bapa dahulu.

Sebenarnya lebih banyak kelebihan dan juga kemudahan yang didapati ibu bapa zaman ini termasuklah aplikasi Whatsapp yang memudahkan perbincangan bersama dengan guru.

Namun, dalam pada itu bila wujudnya grup Whatsapp yang disertai guru dan juga ibu bapa lain, nampaknya kelebihan ini telah disalahguna oleh sesetengah ibu bapa. 

Sering 'overshadow' tugas guru, mengarah guru sesuka hati dan pelbagai perkara lain yang sepatutnya tidak berlaku. 

Sayangkan, perkara baik namun telah disalahguna untuk kepentingan diri. Tak dinafikan semua ibu bapa risaukan anak mereka di sekolah namun jangan sampai memperhambakan guru seperti orang gaji anda pula. 

Mereka ini memegang amanah sangat besar namun bukan bererti anda boleh mengarah guru sesuka hati. Jangan lupa orang lain pun berkongsi guru yang sama, bukan anda seorang sahaja. 


Nah, seorang netizen berkongsi 6 'pantang larang' buat ibu bapa dalam grup whatsapp kelas anak. 


Ini pula antara respon orang ramai berhubung isu ibu bapa dan whatsapp kelas anak. 


Semoga ia membuka mata dan juga minda ibu bapa di luar sana. Tak mengapa, sama-sama kita perbaiki diri dan sama-sama bantu guru untuk kecemerlangan anak-anak. - CARI 
14

Bagus
20

Marah
39

Terkejut
20

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 20-1-2017 04:42 PM
Edited by siputsedut at 20-1-2017 04:46 PM

Tadika anak aku xde grup wassap... teacher broadcast je msg kpd parents... kalau reply.. kita personally reply kt teacher dan xdelah mak bapak lain tau kalau kita komplen or mintak tlg apa2... aku lg selesa mcm ni sbb bg aku grup wasap tu sesuai utk pengumuman info penting jah bkn tpt mak bapak menjemah dlm tu... bila ramai2 komen nnt tenggelam la jnfo penting tu.. kalau sempat star kan takpe gk... mcm grup wassap apartment aku dok.. haritu siap ada mak tersilap anta gamba dia tgh mengepam susu... bahaya oooi.. baik buat msg broadcast tu je


Kwn aku ada sorang ni citer grup wasap kelas anak dia(sekolah rendah)..mmg tpt mak bapak marah cikgu kalau result anak x bagus terus direct sound....sekolah tu sekolah kt bandar besor n mak bapak kerja helok helok...kesian plak aku dgr..kwn aku nk leave pon tkut x dpt info plak....

Aku sarankan semua cikgu cikgi broadcast je message demi kemaslahatan unmah sejagat

Quote Deidra 20-1-2017 04:55 PM
Instead guna wassap,better cikgu cikgi create group kat telegram.situ setting read only mode.means parents hanya boleh baca apa saja infos tanpa boleh nak respond publicly.
Quote WhiskeyScotch 20-1-2017 05:03 PM
Gasaklah kau cikgu kena handle mak bapak jenis yang over.
Quote brainbiru 20-1-2017 05:16 PM
Cikgu pun ada sikap yg sambil lewa..... anak2 mcm lost.... arahan x diberikan dgn jelas pada anak2.... buku apa nak ken bawak... garis biru ke... buku kotak ke... garis merah biru ke.... so bila anak2 x bawak buku... org lain buat latihan anak2 melopong.... sbb tu mak ayah bertanya di wassap.... nak pegi sekolah semata nak tanya bende tu kdg mak bapak dah smpai sekolah cikgu belum nampak rupa..... nak call cikgu x jawab fon... kesimpulannya kalau cikgu tu tau berkomunikasi dgn baik, bagi arahan dgn jelas... samada di wassap grup.. atau di mesej book anak2... mak bapak pun x hingin lah nak kacau cikgu selalu kat wasap.... ingat! Anak2 ni baru masuk alam sekolah... x faham lagi.... cikgu kena la guide.... bila kita tgk anak2 mcm lost.. masuk minggu ke 3 dah... bukuntak bertulis... homework tak berbuat... tanya anak.. ofkos lah jawapan x tau sokmo......
Quote cik-jaja 20-1-2017 05:29 PM
ayooo parah2 mak bapak sekarang
Quote seri_mawr 20-1-2017 05:29 PM
kalau aku jadi cikgu... x hingin aku buat group whatapps dgn parents....

tapi aku bukan cikgu....
Quote missinpiece 20-1-2017 06:10 PM
Setakat ni me just blast sms/whatsap je kt parents. Tapi ade jugakla sorg dua tergeliat. Sampai satu2 perkara yg sama tanya 2-3 org cikgu. Pening . Belum lg pesen yg jumpa personal membincangkan kertas soalan anak dia yg dpt sikit markah
Quote elnor_81 20-1-2017 06:10 PM
Aku x buat dh thn ni.serabut layan parent.x lrt nk lyn.kkdg benda kecik cthnya.."cikgu..esok pj.pakai baju pj ke??"
Aiyok..common sense la kot...haish...
Quote siskepoh 20-1-2017 06:19 PM
kemainnnnn. ibu bapa skrg ya
Quote aura77 20-1-2017 06:47 PM
elnor_81 replied at 20-1-2017 06:10 PM
Aku x buat dh thn ni.serabut layan parent.x lrt nk lyn.kkdg benda kecik cthnya.."cikgu..esok pj.paka ...

tu la kan...nk tergelak pn ada...apa punya soalan tah la..dh bertaun ank sek..tkkn tau lg  
Quote elnor_81 20-1-2017 06:51 PM
aura77 replied at 20-1-2017 06:47 PM
tu la kan...nk tergelak pn ada...apa punya soalan tah la..dh bertaun ank sek..tkkn tau lg

Pernah dulu dkt 12 mlm.byk kali call..x lrt nk lyn..jwb la..soklannya..cikgu..ank sy ad raptai amik hadiah sok..kena dtg ke??alahai..dh ank ko terima hadiah..kena la dtg...adussss
Quote imransulaiman 20-1-2017 07:26 PM
Hmmmmm....ada pula yang nak salahkan cikgu

Benda boleh direct PM, kenapa perlu buat open post?

Perkara remeh jadi isu besar. Patut ibu bapa perlu khuatir kualiti sistem permarkahan peperiksaan kita. Dapat 80 dah A+. Dapat 40 masih lulus. Kadang-kadang kalau ramai gagal, 35 dianggap lulus.
Di Korea, nak dapat A+ markah paling kurang 96. Kalau nak setakat lulus, paling kurang 70!
Quote zuri154 20-1-2017 07:31 PM
grup whatsup parents dgn teacher ni mmg disuruh buat oleh pihak skolah atau inisiatif cikgu tu sendiri?
Quote mommymonster82 20-1-2017 08:06 PM
brainbiru replied at 20-1-2017 05:16 PM
Cikgu pun ada sikap yg sambil lewa..... anak2 mcm lost.... arahan x diberikan dgn jelas pada anak2.. ...

Percakapan tu secara umum..so sila terima secara umum..jangan fikir anak kecik darjah 1...cikgu2 pon kalu budak darjah 1 ke sekolah rendah... xdelah xde hati perut sgt sampai tak nak tolong..ada sekolah cikgu siap tolong tulis dalam buku nota kecik budak lagi.keje2 sekolah apa...

Tapi bila soalan gitu ditanya pada cikgu sekolah menengah kan xkena gitu ... ada kawan pernah cerita..ada parents suruh kawan me tuliskan keje sekolah apa dalam buku nota anaknya.. baygkan budak tingkatan 1 maknya request gtu kat cikgu...bukan kelas pendidikan khas..kawan me terkedu tak dapat jawab..

Me kata kalu kena kat me..mmg me jawab..apa kata senang2 puan dtg sekolah sekali ngan anak puan duk sebelah dia salin semua untuk anak..buat keje sekolah anak..senang2 puan sajalh yg sekolah balik...anak tu masuk sekoah menengah kot... dan perkara2 yg ditulis tu mmg ada juga ibu bapa tanya pada cikgu anak sekolah menengah.....
Quote mommymonster82 20-1-2017 08:07 PM
zuri154 replied at 20-1-2017 07:31 PM
grup whatsup parents dgn teacher ni mmg disuruh buat oleh pihak skolah atau inisiatif cikgu tu sendi ...

Inisiatif sendiri..
Sebenarnya xjoin pon boleh..tapi biasa mmg paksa rela..pengetua punya idea.. n paksa cikgu2 masuk..
Quote mommymonster82 20-1-2017 08:13 PM
Edited by mommymonster82 at 20-1-2017 08:20 PM

Me dulu lepas parents ada cuba2 nak serang malam2..mmg me xpnh dah bg no fon pada murid..nasib masa tu dia xde no fon me..dia call cikgu lain..n cikgu tu pon bagusnya call me dulu bgtahu n minta kebenaran... dia kata bapak tu da ngamuk2 ... esok awal2 da dtg sekolah ugut2 nak samanlah nak report kpm segala..me kata silakan kalau betul saya salah..   padahal slah faham je..anak tu ok.bapaknya gelabah lebih.... pengetua pon malas layan sebab syg sgt anak...

Bila zaman wasap pulak me xizinkan sapa2 pon add.. kalu add me left je group tu..n mmg ada kes ibu bapa serang cikgu dalam group siap dengan maki hamun lagi... nasibla masa tu ibu bapa lain pon pakat back up cikgu n serang parent tu balik... siap dorg suruh dia bawak anak dia pindah sekolah kalu nak tuduh cikgu macam2.. kalau anak tu perangai semengah xpe jugak..ini parent tu tanpa usul.periksa terus maki hamun cikgu.. kawan me hampir2 jugak nak saman parent tu kalu dia xstop n terus lagi nak serang..
Quote exclusive_vvip 20-1-2017 08:22 PM
brainbiru replied at 20-1-2017 05:16 PM
Cikgu pun ada sikap yg sambil lewa..... anak2 mcm lost.... arahan x diberikan dgn jelas pada anak2.. ...

Kalu org lain boleh buat latihan, anak uols melopong...means, bukan salah cikgu tu hundred percent la..mungkin ank u yg problem nak faham kot...apa kata, u sediakan buku nota kecik mcm buku 555 tu..soh anak bagi pada guru matapelajaran untuk catit apa tugasan kerja rumah,muka surat berapa, nak bawak apa..mungkin bleh membantu...
Quote exclusive_vvip 20-1-2017 08:24 PM
mommymonster82 replied at 20-1-2017 08:06 PM
Percakapan tu secara umum..so sila terima secara umum..jangan fikir anak kecik darjah 1...cikgu2 p ...

Sama plak cadangan buku nota kecik tu...
Quote mommymonster82 20-1-2017 08:36 PM
exclusive_vvip replied at 20-1-2017 08:24 PM
Sama plak cadangan buku nota kecik tu...

Mmg ada sekolh rendah setiap budak diwajibkn beli buku nota kecik..pastu cikgu2 kutip n tolong tulis keje sekolah dalam tu bagi bawak balik.. sekolh rendah..sb  nk didik budak2 tu..bukan nk manjakn tp nk ajar n biasakan dorg ctt keje sekolah..

Benda ni pon kan patutnya parents la kena alert n ajar anak.. bukannya bila cikgu bantu ambil kesempatan pulak.. manjakan anak ... pastu nak suruh cikgu pon timang2 anak dia mcm dia buat.. me mmg terkedu bila kawan citer sampi gtu sekali mak bapak ni komplen salahkan cikgu bila anaknya xbuat keje sekolah..

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072130 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top