CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bukan Kami Tak Tegur Atau Larang," Luahan Anggota Polis Jadi Tular

20-2-2017 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10717| Komen: 38|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Kemalangan maut yang meragut nyawa 8 orang remaja berusia 13-16 tahun di Johor Bahru baru-baru ini menggemparkan seluruh Malaysia.
Kemalangan maut yang meragut nyawa 8 orang remaja berusia 13-16 tahun di Johor Bahru baru-baru ini menggemparkan seluruh Malaysia.

Susulan kejadian tersebut, ramai pihak yang mula menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain dalam mencari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam tragedi tersebut.


Sebuah status yang dikongsikan pengguna Facebook, Zulhazri Abu Bakar mungkin boleh membuka mata anda tentang apa yang berlaku.

Namun, sumber asal cerita di sebalik kebenaran ini sebenarnya datang dari orang yang tidak mahu namanya didedahkan kepada umum, tapi apa yang pasti beliau adalah seorang anggota polis.


Menurutnya lagi anak-anak itu bukan hanya datang dari Johor Bahru, bahkan dari seluruh Johor. Pada setiap hujung minggu, pihak polis sentiasa menegur dan melarang perbuatan menunggang basikal secara berbahaya itu.

"Bukan kami tak tegur atau larang, kami sentiasa menegur dan melarang menggunakan pembesar suara lagi, dan ada juga di antara kami yang hilang kesabaran dengan membuang basikal tersebut kerana bukan dengki, tapi nak memberi peringatan agar mereka takut dan tidak mengulangi lagi."

Lihat video berikut:



Bukan sahaja tidak diendahkan, malah kumpulan remaja tersebut mengejek kembali usaha yang dilakukan pihak polis.

Mereka akan menjerit-jerit dan mempermainkan pihak polis tanpa ada sedikit pun ketakutan beraksi secara berbahaya di tengah-tengah jalan.

Netizen yang membaca tentang kebenaran ini mempunyai pendapat mereka sendiri:

Memang benar umur sebegini jiwa masih muda dan sedang memberontak. Walau bagaimanapun, ibu bapa tetap memainkan peranan utama dalam mengawasi dan melarang anak-anak mereka dari terlibat dengan aktiviti sebegini.

Siapa kita untuk menyelahkan takdir, namun perkara ini sebenarnya mampu diubah dari awal lagi. Jadi menurut anda pula bagaimana?-CARI
25

Bagus
29

Marah
40

Terkejut
36

Sedih
26

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ffbeauties 20-2-2017 02:01 PM
Teringin nak tengok dan kenal parent budak budak ni.
Jenis bagaimana sampai anak boleh keluar sesukahati.
Sampai sekarang kat Malaysia tak ada lagi tindakan dan undang undang untuk ibubapa cuai ke..
Yang tinggal anak dalam kereta, bg boyfriend dera anak, biar anak tanpa pengawasan, mati naik escalator bg sebat je
Set2 yg beranak macam lembu pastu biar tapi lembu pon jaga anak di
Quote bellxx 20-2-2017 02:28 PM
tulah aku pun pelik camne parents boleh benarkan diorang ni kelur berbasikal pukul 3 pagi pulak tu ...
Quote fazamania 20-2-2017 02:59 PM
bellxx replied at 20-2-2017 02:28 PM
tulah aku pun pelik camne parents boleh benarkan diorang ni kelur berbasikal pukul 3 pagi pulak tu . ...

Pukul 3 pagi mak bapak dah tidor cik non . ada yg asyik melayan bahtera..ada yg keje syif malam...budak2 yg baru nak up apa lagi keluar rumah lah jalan2.

Quote HazeLJoseph 20-2-2017 03:09 PM
Sekarang ni family budak-budak ni dok la kata jangan kondem mereka. Jangan salahkan mereka, tapi mereka dok tunding jari kat pemandu kereta dengan penuh racist takpa pula.

Biar je lah polis siasat, cuba diam-diam dan admit salah kita biarkan anak keluar tengah malam. Sebab dah tentu2 anak tu tanggungjawab kita.

Quote leylapple 20-2-2017 03:17 PM
HazeLJoseph replied at 20-2-2017 03:09 PM
Sekarang ni family budak-budak ni dok la kata jangan kondem mereka. Jangan salahkan mereka, tapi mer ...

dr situ dh tau dah parent tu jenis mcm mana....


Quote idakamaruddin 20-2-2017 03:28 PM
skg ni nk menangis pn xberguna dh

Quote insulin 20-2-2017 03:32 PM
Apa la budak2 nih. Buang masa jah rempit di jalan2 raya. Baik merempit basikal di bukit2 dan gunung-ganang.
Quote jiji85 20-2-2017 03:39 PM
insulin replied at 20-2-2017 03:32 PM
Apa la budak2 nih. Buang masa jah rempit di jalan2 raya. Baik merempit basikal di bukit2 dan gunung- ...

laki ku cakap mmg dia org ni merempit d jln raya yg berbukit..sbb tu dlm video mcm x perlu nak mengayuh..tp yg ni thrill lagi la ala2 berlumba basikal mcm azizul tu..
Quote manehnya 20-2-2017 03:49 PM
memang lah salah ibu dan bapak

bapak sila tidur dgn anak sampai tua
Quote billionman78 20-2-2017 04:59 PM
kadang2 nak salahkan ibu bapa pun tak boleh jugak. biasanya anak2 nakal ni lahir dari keluarga yang kacau bilau. atau ibu bapa yang bekerja malam macam pengawal keselamatan, kerja syif malam dan sebagainya. kita takleh nak cakap diorang tak bertanggungjawab.

budak2 ni cari kawan dan keseronokan di luar. bila salah campur memang itu la makan dia.


Quote VuJiE 20-2-2017 05:02 PM
alaa nak salahkan siapa ni? driver  x salah. budak x salah. parent pun x salah. hmmm....
Quote cknoriz 20-2-2017 05:17 PM
semua x boleh nk disalahkan habis tu??? biarkan saja...ahhhh senang cerita mohon abam treller kasi lenyek licin budak2 ni...
Quote kenzou 20-2-2017 06:18 PM
Salah ibu bapa. Dosa kau dari kecik smpai baligh sape tanggung kalu bukan ibu bapa? Tanggungjawab mana tanggungjawab? Tugas sebagai ibu bapa tahu tak? Jangan nak salahkan orang lain, tgok diri sendiri dulu. Ada hikmah juga kejadian ini berlaku, baru la ibu bapa nampak apa yang anak anak mereka lakukan apabila keluar dari rumah. Aku yang 20-an ni tgok pun, istighfar dgn perangai budak budak zaman sekarang. Allah....
Quote RatuDunia94 20-2-2017 06:50 PM
VuJiE replied at 20-2-2017 05:02 PM
alaa nak salahkan siapa ni? driver  x salah. budak x salah. parent pun x salah. hmmm....

Salah tuhan sbb mencipta manusia.. Kihkihkih...
Quote manjalara_01 20-2-2017 08:04 PM
anggota polis buat luahan hati..manja pun nak buat luahan hati jgk

x tau kenapa, tp dlm masa 2,3 hari ni ttiber senyap sunyi sepi aman2 area rumah manja dari bunyi enjin motor budak2 (yes budak2 bwh umur/skolah rendah pun ade rasanye sbb kecik sgt) yg sebelum ni  x kira masa main2 motor bwk laju (like "i'm the king of the world ) x pakai helmet,  it got worst kadang tu ttiber pukul 12 midnight duk battle enjin motor ala2 fast & furious....

i wonder what happend?...uhuhuhuhuh..harap2 maintain mcm ni la yea sampai bile2.. insyaallah...

Quote batmana 20-2-2017 09:28 PM
salahkan penjualan basikal

basikal kene ada lesen la pasni, JPJ kene handle, kelas memandu kene buat lesen basikal..

sapa2 bwah umor 20 thun bawa basikal tanpa lesen, kene penjara sebulan, atau denda rm5k atau disebat di anu dengan 3 sebatan.

barula mak pak cmni dorg buka mata.



Quote missinpiece 20-2-2017 09:38 PM
Kalau pesen mak suri rumah bapak melepak kedai kopi siang malam biar anak berkeliaran, mmg patutla dipersalahkan 100%. Kalau mak sorg2 bertungkus lumus cari rzeki siang malam, balik2 penat nak terbongkang tido x boleh, nak mkn x lalu.  Anak keluar berjalan sampai pagi2 buta x balik2. Dilarang dpt tengking herdik, xpon keluar senyap2, xpon konon g kedai x balik2, umah sekangkang kera sempit. Yg tukang tgk pon penat, lagi2 yg mengalaminya. Pon xbleh jugak nak menyalahkan driver yg melanggar, sape2 kalau memandu pun minta sentiasa terselamat dari malapetaka. Pandang sesuatu benda tu dari semua sudutla.
Quote WhiskeyScotch 20-2-2017 10:21 PM
Baguslah anak kau mati sebab anak kau mmg jenis tak makan saman serupa iblis. Selayaknyalah.
Quote rempahkari 20-2-2017 10:32 PM
Mak bapak bz layan drama fattah amin

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052826 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top