CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Nak Bayar Lambat, Sewa Rumah Lain!" - Tuan Rumah

24-2-2017 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23774| Komen: 125|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Gara-gara lewat sehari bayar sewa, seorang lelaki dituduh tidak jujur dan culas dalam menjelaskan bayaran sewa rumahnya.
Gara-gara lewat sehari bayar sewa, seorang lelaki dituduh tidak jujur dan culas dalam menjelaskan bayaran sewa rumahnya.

Melalui akaun Facebooknya, Aidil Hj Haron memuat naik perbualannya bersama tuan rumah menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan bagaimana tuan rumah begitu marah dan bertalu-talu menuduh Aidil 'cakap tak serupa bikin'.




Dipercayai Aidil lewat membayar sewanya sehari meskipun tuan rumah sudah bertolak-ansur dan bersetuju untuk menerima bayaran pada setiap 5 haribulan.

Mungkin kerana tidak tahan dengan sikap culas penyewanya dalam melunaskan bayaran sewa, wanita itu terus membebel sehingga keadaan semakin keruh dan memaksa dia menyuruh Aidil mencari rumah sewa lain.




Merasakan diri seperti dihalau, Aidil difahamkan keluar dari rumah sewa itu selepas perbualannya dengan pemilik rumah yang 'keras kepala'. Malah, wanita terbabit bersikap acuh tak acuh apabila Aidil cuba menuntut kembali wang depositnya.



Menerusi statusnya di Facebook, Aidil meminta orang ramai yang mengenali tuan rumah berkenaan untuk menasihati wanita itu supaya selesaikan masalah antara mereka dengan cara baik.



Bagus Encik Aidil ni, masih berlembut dan bersopan santun walaupun dimarah sehingga dihalau keluar dari rumah berkenaan. - CARI


Foto: FB Aidil Hj Haron

11

Bagus
18

Marah
15

Terkejut
27

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skystrike 24-2-2017 11:24 AM
benda remeh camni ni pon nak viral ke? gi setel elok2 dah la....
Quote sabar_sabariah 24-2-2017 11:25 AM
heh! untunglah penyewa yg sewa rumah aku
kalau dorang tak reti bersyukur, tak tahulah
nasib lah aku tak macam tuan umah ni

Quote prettyuglybabe 24-2-2017 11:26 AM
kena tengok la agreement macam mana..
kalau agreement kata bayar sebelum 7hb tiap bulan, yang owner nak meroyan apasal..
tapi kalau agreement kata bayar by 1hb tiap bulan, then tenant kena la ikut..
ko gaji 5hb ke, bukan masalah owner..
ikut budi bicara owner la..
kalau owner marah, hadap je la..
pandai-pandai la buat arrangement utk bayar on time..
melainkan takde agreement, then owner dgn tenant sama je bongok..
Quote kaspar0v 24-2-2017 11:39 AM
kalau ko bayar ikot agreement kan tak jadi hal. dapat owner terdesak dgn duit ko hadap la. ni siap nak viral. jumpa owner depan2. ni bincang smpai gaduh kat WA. serupa orang tak ada tulur
Quote missinpiece 24-2-2017 11:42 AM
Sewa umah pandai nak tangguh2. Loan bank xdenye nak ikut gaji 5hb ke 7hb ke. Kena pndai2 la
Quote VuJiE 24-2-2017 11:43 AM
hmm duniaaa
Quote manehnya 24-2-2017 11:45 AM
skystrike replied at 24-2-2017 11:24 AM
benda remeh camni ni pon nak viral ke? gi setel elok2 dah la....

ntahnye.. bleh bukak thread plak tu

katop jah, x dak paedah!
Quote CiliPadiSedap 24-2-2017 11:49 AM
kena ada black n white tenancy aggrement and budi bahasa..

silap kat tuan rumah ni sebab gagal kawal emosi dan kurang ajar.. benda ni baru berlaku sekali.. jadi tuan rumah kena ada budi bahasa.. belajar reply mesej penyewa selepas keadaan cool.

penyewa tu bekerja bukannya penganggur.. tak culas bayar.. jadi budi bahasa tu kenalah jaga.. tak berkenan dengan kapitalis hartanah macam ni.. orang lain pun ada berpuluh biji rumah ada je budi bahasa..
Quote siputsedut 24-2-2017 11:58 AM
Silap penyewa... kadang org x phm tuan rumah nak kene bhr loan kt bank juge.. kekadang penhewa byr lambat dr tarikh akhir kene byr installment dgn bank.. so kita byr dgn duit kita dlu.. habih tu ko expect tuan rumah nak makan apa kalau dah dia pon dh dahulukan duit makan dia utk byr loan tu... kalau perjanjian before 5hb.. make sure la bayar pada 5hb.. namat ni dpt gaji by cash ke kol 11 mlm nr dpt gaji? Kalau gaji masuk ikut bank.. bkn biasa kol 530 dh masuk ke?

Pastu kalau agreement dia nak keluar sebulan notis.. x boleh la tuntut deposit tu sbb dia pon langgar agreement

Penyewa rumah aku so far ok.. dlm setahun ada la sekali atau dua kali lewat byr.. tp x pernah lg berturut2 lewat byr..loan kene byr before 26hb... tp sbb bdk2 tu dpt biasiswa on 30hb.. so aku suh byr sblm 5hb..in between 26-5hb tu aku jimat cermat..kalau lewat drpd 5hb ..aku pon hangin jgk sbb dr 26hb aku dah kene catu perbelanjaan... aku bertolak ansur sbb pikir dorang student je...
Quote mey12 24-2-2017 11:58 AM
kalau takde black and white agreement memang susah, kena ikut budi bicara. even black and white tapi takde cop legal pun susah nak fight kalau jadi hal cemni, even polis pun tanak layan sebab takde cop legal. sekarang apa apa better ada black and white and cop legal utk apa apa kemungkinan in future.

tapi kalau akak owner ni berbudi bahasa sikit rasanya okay je, si aidil bayar malam 5hb or 6hb pun takkan jadi masalah? budi bahasa budaya kita uolls!
Quote neo_5050 24-2-2017 12:01 PM
Kau tak kesian kat rakyat malaysia di luar sana ke dik? Dahlah harga barang makin naik, penduduk pun makin ramai mental (contoh - sampai penguatkuasa dbkl pun kena cium), nak  hadap ancaman radiasi dari korea utara lagi. Rakyat selangor pulak nak kena praktis sembah ratu kat bakal queen baru. Dah cukup-cukup laa masalah yang ada. Ni nak kena pikir masalah duit deposit rumah sewa kau pulak!!  

:::::
Quote forumcari777 24-2-2017 12:12 PM
salah penyewa. ikut je lah. patutnya ko kena fikir boleh tak nak ikut terms tuan rumah. ni ko sendiri dah langgar byk pulak cekadak. Boleh pulak share kat FB lagi la sengal. Motif?
Quote vanillaninja 24-2-2017 12:21 PM
Edited by vanillaninja at 24-2-2017 04:22 AM

Yang penyewa pun kalau dah janji 5hb, 5hb la bayar. Tuan rumah pun nak pakai duit, sheols pun ada commitment kan. Dah cukup tolak ansur dekat situ.

Penyewa kena la pandai manage duit, katakan dapat gaji on 5/1, cepat2 set aside duit sewa rumah RM360 tu. So 5/2 dah boleh terus bayar. Ni dapat2 gaji tak set aside duit sewa untuk following month siap2. Memang haru la.
Quote Artemesiaa 24-2-2017 12:23 PM
Lain kali tapis dulu sebelum bagi sewa.  Kalau tak boleh nak sewakan pada penyewa yang hanya boleh bayar pada sekian2 haribulan elok elakan supaya tak jadi masaalah dimasa depan
Quote mieymiey 24-2-2017 12:30 PM
Sekarang ni semua benda nak diviralkan
Quote Siputjelly 24-2-2017 12:35 PM
ehhh bising lah tuan rumah ni lewat sehari je pun. tolak ansur lah sikit. macam kau sorang ada masalah.
Quote neo_5050 24-2-2017 12:40 PM
Edited by neo_5050 at 24-2-2017 01:02 PM

- double post -
*tenet lembap  
Quote syadq 24-2-2017 12:50 PM
Tak sepatutnye jadi isu pon
Quote pearl.silver 24-2-2017 01:01 PM
Alaa...dah tau tuan umh nk duit awal, gaji ko lepas tarikh dia, pandai2 laa simpan duit gaji bln lps utk sewa bln dpn
Rumah sewa i kutip tiap 1 hb, so i dah memang allocate duit umh dr income bln lepas.sbb gaji masuk tgh bulan.
Family planning tu penting wei..

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.214602 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top