CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Tan Abu Al-Quran Dilupus Di Perairan Pulau Kendi

24-2-2017 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2507| Komen: 9

Description: Rabu lalu, sebanyak lima tan abu daripada al-Quran yang dibakar, dilupuskan di perairan Pulau Kendi kira-kira 12 batu nautika dari Batu Uban, Pulau Pinang.
Rabu lalu, sebanyak lima tan abu daripada al-Quran yang dibakar, dilupuskan di perairan Pulau Kendi kira-kira 12 batu nautika dari Batu Uban, Pulau Pinang.

Abu itu dibawa dari jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban menggunakan bot milik pasukan penguatkuasaan itu kira-kira 9 pagi tadi ke kawasan laut berkenaan.

Memetik laporan Bernama, mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, proses membakar al-Quran dan membuang abunya ke laut merupakan kaedah yang tertib bagi tujuan pelupusan al-Quran demi memelihara kehormatannya.

Beliau berkata, kaedah lain bagi melupuskan al-Quran ialah dengan menanamnya dalam tanah.

“Namun, kaedah itu dilihat kurang bersesuaian kerana dikhuatiri tapaknya dipijak dan menimbulkan rasa tidak senang.” 

Sementara itu, Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pula memaklumkan al-Quran itu dibakar menggunakan mesin pembakaran khas di Pusat Pelupusan al-Quran Pulau Pinang di Seberang Perai Selatan, sebelum dibungkus dan dibawa ke laut.


“Proses pelupusan hari ini adalah kali kedua diadakan sejak pusat pelupusan di bawah pengurusan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan beroperasi dua tahun lepas.” 

Proses pelupusan al-Quran di laut itu akan menjadi operasi tahunan bagi melupuskan kitab suci umat Islam itu secara tertib, jelas beliau.- CARI

sumber foto: www.kosmo.com.my


8

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 24-2-2017 04:38 PM
Okay...........
Quote luvemedaa 24-2-2017 04:43 PM
Alhamdulillah. itu sebaiknya
Quote edee_91 25-2-2017 11:41 AM
kesah pulak aku kalau kau buang dalam loji taik indahwater sekali pun?
Quote seramado 25-2-2017 12:01 PM
alhamfulilah
Quote samasam90 25-2-2017 12:12 PM
nak kutip tacang sat...........
Quote MissNigga 25-2-2017 12:28 PM
mana mana alquran yang dah lusuh tu .. tak leh nak dipakai ... serah kepada pihak surau dan masjid utk tujuan perlupusan
Quote jazaa100 25-2-2017 03:39 PM
edee_91 replied at 25-2-2017 11:41 AM
kesah pulak aku kalau kau buang dalam loji taik indahwater sekali pun?


Dorang buat mcm tu pun bkn susahkn kau pun kann.....

Dok senyap senyap dah le....


  
Quote edee_91 25-2-2017 03:42 PM
jazaa100 replied at 25-2-2017 03:39 PM
Dorang buat mcm tu pun bkn susahkn kau pun kann.....

Dok senyap senyap dah le....  

iyalah........
Quote ainmatt 1-3-2017 04:45 PM
edee_91 replied at 25-2-2017 11:41 AM
kesah pulak aku kalau kau buang dalam loji taik indahwater sekali pun?

Pehh bahasa kau

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.257339 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top