CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cabul Budak Berumur 7 Tahun, Lelaki Dibelasah Penduduk

25-10-2017 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4976| Komen: 18

Description: Memetik laporan mStar, seorang lelaki cedera dibelasah orang awam selepas mencabul seorang pelajar perempuan di Apartmen Cheras Ria di Kuala Lumpur sebelum diberkas pihak polis semalam.

sumber : mstar


Saban hari, kes cabul serta rogol semakin menjadi-jadi dan sebahagian besar mangsa yang menjadi sasaran ialah golongan kanak-kanak serta gadis bawah umur. 

Peningkatan kadar jenayah seksual ini sekaligus membimbangkan ibu bapa.

Memetik laporan mStar, seorang lelaki cedera dibelasah orang awam selepas mencabul seorang pelajar perempuan di Apartmen Cheras Ria di Kuala Lumpur sebelum diberkas pihak polis semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu berlaku ketika kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu berada di dalam lif blok C apartmen berkenaan dan dia dipercayai baru pulang dari sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 25 tahun itu dilakukan pihak polis selepas bapa mangsa membuat laporan berhubung kejadian tersebut.


"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta 792 iaitu melakukan seksual fizikal atas kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu menyimpan bahan lucah." 

Terdahulu, suspek tidak mengaku mencabul kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum keluarga mangsa membawa mangsa bagi melakukan pengecaman terhadap suspek.- CARI


1

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • machiko

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 25-10-2017 05:47 PM
cmna laa nak buat supaya kes mcm ni kita xdgr lg? stress btol iols tgok berita sana sini mesti ada kes cabul laa rogol laa. .

dah xada benda lain ka nak buat??
Quote PEPPERMAN 25-10-2017 06:09 PM
Mari ramai2 salahkan mak bapaknya kerna izinkan budak 7 tahun jalan seorang diri.
Quote idakamaruddin 25-10-2017 06:14 PM
btl ke budak tu kene cabul?

bkn la nk memihak kt si jahat tp knowing rakyat msia kadang blm tentu sah cite org tu dh kene belasah smpai lunyai

Quote nisako 25-10-2017 07:01 PM
hish mcm mcm la kes skeg ni
Quote CiliPadiSedap 25-10-2017 08:06 PM
idakamaruddin replied at 25-10-2017 06:14 PM
btl ke budak tu kene cabul?

bkn la nk memihak kt si jahat tp knowing rakyat msia kadang blm tentu ...

kan ada kes dulu orang tu xcabul tp kena pukul sampai mati kt shopping complex. walhal betina sundal bolong tu wat cerita
Quote chaos_sweetly 25-10-2017 08:46 PM
Ni klu dibiarkan tak mustahil merogol budak pulak.Elok pukul sampai mampos aje!!!Jantan sial!
Quote batmana 25-10-2017 09:27 PM
siasat elok2

cctv dlm lif tarak ka?

cam gini, senang la bdk2 pmpn bwh umo

klu nk kenakn org lain, tuduh aja laki tu cuba cabul dia, wt muka sedey

lepas suspek kene belasah smpai mati, barula nk siasat, betul ke tk terjadi?

Quote DARSITA 26-10-2017 12:20 AM
batmana replied at 25-10-2017 05:27 AM
siasat elok2

cctv dlm lif tarak ka?


Bukan senang pada bebudak tapi senang bagi ibubapa nak aniya orang lain yg mereka jaki/dendam.

Quote kentel 26-10-2017 09:34 AM
idakamaruddin replied at 25-10-2017 06:14 PM
btl ke budak tu kene cabul?

bkn la nk memihak kt si jahat tp knowing rakyat msia kadang blm tentu ...

akak...tgk video tu tak? budak tu takut kot berhadapan dgn laki tu... ksian kot
Quote rainbowrainz 26-10-2017 10:37 AM
kan da kena
Quote Jorja 26-10-2017 08:24 PM
Dugaan orang ada anak ya.. anak dijaga baik2 brtahun tahun tapi sekelip mata aja boleh dirosakkan orang
Quote putehkundor 26-10-2017 08:28 PM
kalau 7 tahun tu jgn la kasi jln sorg2....
duduk kat flat pulak tu...macam macam setan ada.
kalau kat kg tak pa lah.....
Quote Manjahati 26-10-2017 08:37 PM
putehkundor replied at 26-10-2017 08:28 PM
kalau 7 tahun tu jgn la kasi jln sorg2....
duduk kat flat pulak tu...macam macam setan ada.
kalau ...

Kat memana pun ada jer setan yg nk ambik kesempatan... Nasib x baik dlm rumah sendiri pun ada musang berbulu ayam.. Itu lg dinamakan atok setan bapak setan
Quote misscendol 1-11-2017 02:49 PM
Pleaselah ibu ibu bapak2 jaga anak2 anda. Byk betol pedophile skrg T_T
Quote MH3707 1-11-2017 03:02 PM
yg lain pun sekor2 nak tunjuk kuat...call aje lah polis biar boleh settlekan...tah2 sekor2 yg konon2 belasah suspek tu pun tah2 lagi teruk perangai...tah2 peliwat /perogol tegar
Quote MH3707 1-11-2017 03:04 PM
tapi apapun,padan jugak muka suspek tu...bodoh sangat...harap2 dapat setimpal hukuman...
Quote munahminah 7-4-2018 06:58 PM
Jgn btindak sendiri.. nnt kng kalau mati pesalah tu dgn ko skali ke dlm yach
Quote Maideen. 8-4-2018 06:50 AM
Masyallah......  Manusia jenis apa kah yang boleh tegang koteynya dengan budak kecik berumur 7 tahun?

Nota: Untuk mengelakkan daripada adanya forumner yang merasa marah dan terhina, perlu drasanya diberitahu bahawa komen di atas hanyalah ditujukan kepada Pedo yang dibincangkan dalam thread ini sahaja  dan tidak termasuk Pedo Pedo lain samada yang masih hidup atau pon sudah mati.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.308017 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top