CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Sampai Bila Pun Suara Ko Takkan Merdu" - Ini Reaksi Bonda Kepada Aliff Syukri

28-5-2019 02:00 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 10839| Komen: 49|Original author: Oleh: SakuraJo

Description: Pengasas produk Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda semalam meluahkan rasa tidak selesanya apabila anaknya yang juga pengasas AS Legacy, Dato Sri Alif ...
Pengasas produk Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda semalam meluahkan rasa tidak selesanya apabila anaknya yang juga pengasas AS Legacy, Dato Sri Aliff Syukri tetap mengeluarkan lagu raya walaupun telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai. Dia turut memuat naik video pendek rakaman studio Aliff Syukri ke akaun Instagram miliknya. 



"Aku dah penat dah kriii (panggilan manja Aliff Syukri) hoi.. Dia ingat sedap lah tu," tulis Bonda di ruangan kapsyen dan secara berseloroh mengatakan yang lagu raya itu bakal menyebabkan kemurungan orang ramai sekiranya didendangkan pada hari raya. 


Tambah Bonda, semakin dia menegur Aliff semakin bertambah pula lagu dia dan ianya tidak akan mengubah hakikat yang suara anak lelakinya itu tidak merdu serta meminta Aliff menerima kenyataan.
 
Kredit foto : Ig Rozita Ibrahim

Bonda juga secara berseloroh menambah yang emosinya terganggu gara-gara lagu raya Aliff yang menjadi penyebab dia cepat menopaus. Haha!

Posting Bonda itu disambut dengan gelak ketawa netizen yang rata-rata terhibur membaca luahan bonda yang seolah-olah mengerti perasaan orang ramai yang 'terseksa' mendengar suara Aliff.

Kredit foto : Ig Rozita Ibrahim

Tak suka dengar lagu raya yang 'pelik'

Kredit foto : Ig Rozita Ibrahim

Macam-macamlah kan Aliff Syukri ni. Agaknya dia terlampau minat menyanyi sebab tu dia tetap teruskan hasratnya untuk mengeluarkan lagu raya walaupun mendapat kecaman. Apa pun sama-sama lah kita mempersiapkan mental untuk mendengar lagu terbaru keluaran Aliff Syukri kelak! -CARI
5

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn

  • MoFirdaus


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 28-5-2019 02:06 PM
Dlm kutuk2 anak sendiri tu, sempat lagi beliyau mempromote rmh hutan beliyau... 2x5 jah dgn anak
Quote kucingitam 28-5-2019 02:09 PM
betul ke bonda ni ada beli bukit kat belah2 selangor tu?
Quote chanteksekali 28-5-2019 02:09 PM
makneng replied at 28-5-2019 02:06 PM
Dlm kutuk2 anak sendiri tu, sempat lagi beliyau mempromote rmh hutan beliyau... 2x5 jah dgn anak

Khennnn aloh anak sendiri kann , anyway sapa penah urut kat rumah utan bonda ni? Bagus tak
Quote salmon-suki 28-5-2019 02:10 PM
makneng: Dlm kutuk2 anak sendiri tu, sempat lagi beliyau mempromote rmh hutan beliyau... 2x5 jah dgn anak

mmg marketing strategi dorg kot...promo smbil buat lawak..mostly marketing toklip kan gitu gk..ala2 mesra rakyat laa,lawak2 gitu..tu y ramai terpedaya beli gk produk dia..aiolzs ckp berdasarkan pengalaman laa..hahahaha

Now dah insofffffff,aiolzs kembali kpd y benar daa..marketing lawak caner pn,aiolzs dah tak terpedaya{:smile
Quote hatikudus 28-5-2019 02:11 PM
Nyanyi syok sendiri bolehlah
Quote makneng 28-5-2019 02:13 PM
chanteksekali replied at 28-5-2019 02:09 PM
Khennnn aloh anak sendiri kann , anyway sapa penah urut kat rumah utan bonda ni? Bagus tak

Tak pernah uolls. Mak pegi spa biasa2 je kat desa nan terchenta innih
Quote cikatilia 28-5-2019 02:15 PM
ooo
sbb tu perangai dia mcm tus

ikut mak dia
Quote DundalkA91 28-5-2019 02:29 PM
Hahaha kelakar lah 2 beranak ni, si anak indenial & confident level sky high while his mom selamba kritik si anak terus terang. But still si anak tak peduli.
Quote tunkoo 28-5-2019 02:35 PM
apa pun anak buat. si ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk anak anak dia. hebatnyaa ibu
Quote keds 28-5-2019 02:35 PM
Marketing kisahnya.....
Quote Acikgomen 28-5-2019 02:42 PM
chanteksekali replied at 28-5-2019 02:09 PM
Khennnn aloh anak sendiri kann , anyway sapa penah urut kat rumah utan bonda ni? Bagus tak

Acik penah
Pakej hat paling morahhhh
Rendam2 kaki kejap, lepas tu kena baring atas katil ape tah mcm panas2 tapi syiokkk, dorang sental2 daki dgn garam and herbs, wangiiii
Lepas tu mandi, baru urut2 kesedapan sampai tertido
Siap facial lagi
Quote slyfynx 28-5-2019 03:05 PM
Haish, perlu ke byk2 thread pasal lagu bdoh ni?
And ni semua marketing je, sebabkan nk tgk komen mak die, kene bukak video kan?
Quote armin 28-5-2019 03:14 PM
salmon-suki: mmg marketing strategi dorg kot...promo smbil buat lawak..mostly marketing toklip kan gitu gk..ala2 mesra rakyat laa,lawak2 gitu..tu y ramai terpedaya ...

Patutla dia buat marketing mcm ni. Ingat xde org beli
Quote chanteksekali 28-5-2019 03:58 PM
Acikgomen replied at 28-5-2019 02:42 PM
Acik penah
Pakej hat paling morahhhh
Rendam2 kaki kejap, lepas tu kena baring atas katil ape t ...

Alaaa yeke acik, urut kesedapan tu yg nak ahahahah camni lps raya nak p lah, duk pikir punya pikir punya pikir sampai laaa tak pegi haha
Quote putehkundor 28-5-2019 04:02 PM
anak beranak gila glamour ada saja thread kat forum. lagi sorg, yatie tu ok sikit kan...ke ting tong jugak sis?
Quote boojaat 28-5-2019 04:04 PM
Biar la dia nak nyanyi.. Xsuka jgn dgr.. I bkn karat dia tau
Quote Acikgomen 28-5-2019 04:05 PM
chanteksekali replied at 28-5-2019 03:58 PM
Alaaa yeke acik, urut kesedapan tu yg nak ahahahah camni lps raya nak p lah, duk pikir punya pikir ...

Kena book awai la cek oiii. Acik siap ambik cuti, me time punya pasal
Weekend manjang fully booked
Quote inspektoremos21 28-5-2019 04:06 PM
Jgn tertipu guys. Acah2 je diorg ni
Quote chanteksekali 28-5-2019 04:09 PM
Acikgomen replied at 28-5-2019 04:05 PM
Kena book awai la cek oiii. Acik siap ambik cuti, me time punya pasal
Weekend manjang fully boo ...

Akakkaakaka jgn kena kecam pulak acik ber me timeee me timee, me time dgn laki & anak2 je dibenarkan ehhhh ko , me time ngan bonda di rumah utan takpe, jangan me time dgn awang itam yg tukang urut acik ritu muda ke?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.190133 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top