CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Lepas Putus Tunang, Aishah Boleh Tuntut 8 Perkara Ini Di Mahkamah Syariah

2-8-2019 11:46 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 11521| Komen: 39|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Pertunangan Adalah Perjanjian Untuk Berkahwin Yang Sah!
Selepas kecoh pertunangan Aishah Azman dengan Syafie Naswip terputus, sampai jadi kes polis dan abang Aishah sendiri bagi amaran kepada "lelaki dua alam", muncul isu apa yang boleh dituntut kerana putus tunang. 

Kalau putus tunang, boleh tuntut ganti rugi di mahkamah syariah! Foto: Google


Memandangkan majlis pertunangan zaman sekarang kadang-kadang meriah seperti majlis kahwin, seorang peguam Syarie di Facebook menjelaskan ada perkara boleh dituntut pihak yang putus tunang. 

Putus tunang boleh tuntut ganti rugi ya! Foto: Facebook


Jangan main-main ya, bukan setakat cerai je boleh bawa ke mahkamah syariah, putus tunang pun sebenarnya boleh tuntut ganti rugi. Yerlah, duit dah berhabis banyak sekali terputus di tengah jalan sebab macam-macam alasan. 

Pertunangan adalah perjanjian sah untuk berkahwin. Foto: Facebook

Menurut catatan peguam ini, pertunangan adalah perjanjian untuk berkahwin. Malah, kalau dah bertunang haram orang lain nak cuba "masuk line". Maka, disebabkan ia perjanjian perkahwinan diiktiraf undang-undang Islam Malaysia, maka tuntutan boleh dibuat. 

Ada tiga perkara boleh dituntut iaitu; pemberian pertunangan (hadiah atau hantaran), memulangkan nilainya (duit) atau membayar kembali perbelanjaan majlis pertunangan itu. 
Tak boleh saman malu di mahkamah syariah. Foto: Facebook

Tetapi, dalam kes putus tunang, tak bolehlah saman malu. Kalau nak saman juga, kena buat di mahkamah sivil. Mahkamah syariah tak layan saman malu. 

Jadi, peguam itu menyenaraikan lapan perkara yang boleh dituntut Aishah iaitu:

i) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa hari pertunangan seperti jamuan makan dan khemah-khemah luar rumah

ii) Baju pengantin yang telah dibayar penuh olehnya termasuk dengan make up kepada butik

iii) Bayaran duit katering

iv) Kad-kad jemputan

v) Pengubahsuaian rumah (bilik tidur, bilik air, cat rumah dll)

vi) Pembelian katil pengantin

vii) Tempahan langsir dan cadar

viii) Deposit photographer
Aishah boleh tuntut 8 perkara ini. Foto: Facebook

Jadi, sesiapa yang ada pengalaman putus tunang atau baru hendak bertunang, ketahuilah hak anda. 

Tidaklah sedih teruk sebab tak jadi kahwin dan duit pun melayang!  - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 2-8-2019 11:55 AM
ler ada ke yg taktau boleh tuntut gantrugi
Quote Mleeen82 2-8-2019 12:00 PM
masalahnya yg putuskan tu sapa?
laki ke pmpuan?

Quote gebugebas 2-8-2019 12:02 PM
Klau pihak laki mntk ptus tunang sebab tnpa alasan munasabah boleh la nk tntut rugi atau malu
Quote cmf_blingblings 2-8-2019 12:04 PM
masalahnya siapa yg keluar duit belanja semua tu?
Quote msdummy.2018 2-8-2019 12:07 PM
biasanya org dh malas nk tuntut ganti rugi sb xnk pnjg2 kan cerita.....
Quote kualibesi 2-8-2019 12:08 PM
SIAPA YG PUTUSKAN? SIAPA YG KELUARKAN DUIT BELANJA ?
Quote meow_tompok 2-8-2019 12:12 PM
teringat thread mamat habis hantaran 15k, tapi tunang kantoi tidur dgn kawan baik sendiri
Quote mamaida28 2-8-2019 12:15 PM
lagipun majlis tunang kejap sgt, rasanya byk benda x buat lg..nak tuntut apa agaknya
Quote buragazz 2-8-2019 01:21 PM
Klu aku jadi SN memang lawan dah ko kata aku semburitan ko ingat aku takde perasaan..
Quote Victorioussss 2-8-2019 01:21 PM
Mleeen82: masalahnya yg putuskan tu sapa?laki ke pmpuan?


Khenss..y ompuan putuskn pastu gigih mak tuntut

Ikut adat, kalau pmluan y putusoan dia kene byr double kos brg kemas dan duit yang diberi masa tunang kalau ada

Inb4 posting kt fb mcm menangguk di air keruh atau batu api ke?
Quote buapakperut 2-8-2019 01:36 PM
lawyer ni tau ke sape yang nak putuskan pertunangan. main serkap je. ntah2 orang tu tak kenal die yang lebih
Quote boojaat 2-8-2019 01:57 PM
Jap2... Siapa yg putuskan aritu? Biasa laki2 yg kuar belanja utk tunang kan? Kalau time dulu ecah just cuci kaki, xkan nak tuntut pulak walaupun x kuar duit
Quote boojaat 2-8-2019 02:04 PM
Bila la SN ni nak kuarkan statement.. kalau diam lama sgt dik, nanti org cop u betul2 gay n kaki pukul... Walaupun polis dh bgtau si SN mengaku yg dia pukul, tapi i rasa x mungkin tumbok sampai lebam2... Entah2 pukul a.ka. tepis2 gitu2 jer...
Quote namieamuro 2-8-2019 02:09 PM
ekceli elok la highlight bende cenggini sbb tak sume pun celik psl tuntutan ni sume..iols xmo rujuk kes dik pie dgn ecah..drama deme tak abes lg

kite ni tak sume pun alert kalau putus bole tuntut sekian2..same jugak mcm kes org ke 3 ganggu rumahtangge bole didakwa sebenanye..tp yela, skadar tau je la..buatnye tidak..kite kene 'redha' je..usah dipjg chite lg..gitu

kang amik tindakan,kene kecam pulak sbb tak redha mcm hakak ecah janjimanismu 80k
Quote miminn 2-8-2019 02:12 PM
pernah berlaku kes pensyarah utm kena bayar ganti rugi sebab putus tunang. taksilap 1mil kot.
Quote ikanmasin 2-8-2019 02:18 PM
sll kalau yg putus tunang cara baik..takde lah kot
sesama nak tuntut apa2..tp mcm kes diaorg ni tak
pastilah kan ..
Quote awex^returns 2-8-2019 02:43 PM
dah ko yang gatal nak buat besar2.. pastu putus tunang nak mintak ganti rugi apa lah semua

Quote bungaros 2-8-2019 02:53 PM
boojaat replied at 2-8-2019 02:04 PM
Bila la SN ni nak kuarkan statement.. kalau diam lama sgt dik, nanti org cop u betul2 gay n kaki puk ...

Tak boleh lagi you.  Kes masih dlm siasatan. Org sekeliling dia pun kena zip mulut.  Biarlah apa org nak kata.  Bak kata dia, ayie nak jadi mcm Fattah Amin. Org kutuk ke,  maki ke ayie diam ja.
Back to topic. Belah sana nak tuntut gantirugi apanya. Sapa yg keluarkan duit
Quote merahrose 2-8-2019 02:53 PM
Untung la ecah...bleh saman blik Pie
Tp secara logik nya kndri brtunang laki xyh bg duit sbb tu sblh prmpuan shj..klau ikut mjlis hari tu mau xmau 10k++

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.048708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top