CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Askar Hilang: Akhirnya Mat Sabu Jumpa Keluarga Lans Koperal Moses Lepas Sebulan Dikritik

21-8-2019 10:26 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5523| Komen: 31|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akhirnya berjumpa dengan ahli keluarga Lans Koperal Moses Logers selepas hampir sebulan anggota tentera itu dilaporkan hilang bersama seorang lagi rakannya, Koperal Da ...
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akhirnya berjumpa dengan ahli keluarga Lans Koperal Moses Logers selepas hampir sebulan anggota tentera itu dilaporkan hilang bersama seorang lagi rakannya, Koperal David Edmund Rapi. 


Mereka berdua dilaporkan hilang semasa menjalani sebuah operasi dipanggil 'Ops Pejarak' di Pulau Perak, Kedah pada 19 Julai lepas.



Kredit foto: Carian Google

Kegagalan kementerian itu memberikan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikritik hebat oleh pelbagai pihak sehingga keluarga kedua-dua tentera dari Sarawak itu terpaksa mengadakan satu sidang akhbar di Kuching, baru-baru ini untuk meningkatkan operasi mencari.


Kredit foto: Borneo Post

Ketika kehilangan, kedua-dua anggota tentera itu tidak membawa sebarang peralatan kecuali telefon pintar. Keluarga David dan Moses terpaksa mengambil inisiatif dengan mengambil penerbangan ke Pulau Perak semata-mata untuk mendapatkan maklumat dan membawa pulang barangan milik anggota terbabit.


Kredit foto: Borneo Post

Mat Sabu yang berlepas ke Sibu untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Kem Rascom, Batu 10 mengambil kesempatan bertemu keluarga Moses untuk menzahirkan rasa simpatinya. 

Beliau dijangka akan bertemu keluarga David selepas itu.


Kredit foto: Facebook

Antara kritikan yang dilemparkan oleh masyarakat ialah kurangnya maklumat terkini, bilangan anggota dan peralatan mencari SAR yang sedikit. 

Malah, ramai juga yang membandingkan kekurangan operasi mencari dua tentera itu dengan operasi SAR seorang anak pelancong asing yang sesat di sebuah resort di Negeri Sembilan baru-baru ini. 

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan memberi jaminan bahawa operasi mencari di daratan akan diteruskan dan semoga mereka berdua dapat dijumpai dengan selamat. - CARI
4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-8-2019 10:46 AM
Sebab sabu sibuk buat lawatan sepenjawat dalam malaysia
Quote paiayam 21-8-2019 11:03 AM
Lembabnya beliau
Quote hatikudus 21-8-2019 11:07 AM
Bkn ke koon yew yin kata tentera makan tidoq ja takdak keja....yg hilang tu tgh tidoq melepak ke tgh buat keja?  Suruh dia join SAR cari mangsa2 ni...baru otak tu berguna sikit
Quote grouper 21-8-2019 11:10 AM
Ada kluar berita ke dua org ni hilang?
Quote palmolive 21-8-2019 11:13 AM
sibuk nak jaga cukong dari jaga anak buah..alahai
Quote Sang_Pencinta 21-8-2019 11:22 AM
paiayam replied at 21-8-2019 11:03 AM
Lembabnya beliau

Kan? Anak buah hilang macam nuat dumno je
Quote Loloq89 21-8-2019 11:23 AM
lembap
Quote Melorqe 21-8-2019 11:31 AM
apa kerja mat sabu ?
aku tengok fb dia asyik merasmi mesorat PAN saja
tu pun sebulan ada 3-4 events saja yg dia pegi

aku rasa dia ni yg makan tidoq.
fb dia ada 6 admin, berita repeat benda yg sama saja
bahasa pun takda standard
mcm mana la kawan2 aku boleh like fb dia tu
Quote paiayam 21-8-2019 11:54 AM
Sang_Pencinta replied at 21-8-2019 11:22 AM
Kan? Anak buah hilang macam nuat dumno je

Kann. Punya la dah berminggu anggota tu hilang. Astaga. Apaaa lahh. Sejenis leader takda empathy ke apa.
Quote sepiITUindah 21-8-2019 11:59 AM
mat sabu ni patut diganti dengan janna nick jer
Quote anastasia7 21-8-2019 12:07 PM
sepiITUindah replied at 21-8-2019 11:59 AM
mat sabu ni patut diganti dengan janna nick jer

Leftenan zana?

Baru ni tau ada askar hilang. Harap cepat jumpa dan selamat
Quote Skuau 21-8-2019 12:28 PM
grouper replied at 21-8-2019 11:10 AM
Ada kluar berita ke dua org ni hilang?

kat forum ni pon ada..
Quote jalfa 21-8-2019 12:28 PM
Harap family sound sikit si lembap ni...jgn asik berpolitik jew
Quote AnggurHitam 21-8-2019 12:40 PM
kalau foreigner ilang kemain laju
Quote monsterwife 21-8-2019 12:49 PM
Sape yg kutuk askar mkn tido tu tak nak bg statement ke
Quote monsterwife 21-8-2019 12:50 PM
Sape yg kutuk askar mkn tido tu tak nak bg statement ke
Quote monsterwife 21-8-2019 12:52 PM
General ATM buat apa?tak boleh ke hntr sape2 utk hntr brg @bersuara klau slow je action drpd menteri?
Quote MissVixen 21-8-2019 01:18 PM
Kesiannya. Kenapa berita kehilangan ni tak dihebohkan? Kisah si anne dan politik je banyak.
Semoga diorang dapat segera dijumpai dan masih selamat.
Quote arman98 21-8-2019 01:41 PM
MissVixen replied at 21-8-2019 01:18 PM
Kesiannya. Kenapa berita kehilangan ni tak dihebohkan? Kisah si anne dan politik je banyak.
Semoga  ...

most likely AWOL...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.143270 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top