CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu 'Heret' Dua Anak Terjun Tingkat 10 Pangsapuri

20-8-2019 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17290| Komen: 176

Description: Tiga beranak termasuk kanak-kanak berusia enam tahun terjun dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Taman Kepong, di Kuala Lumpur, semalam. BUDAK lelaki enam tahun maut, manakala ibu dan kakaknya ...
Tiga beranak termasuk kanak-kanak berusia enam tahun terjun dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Taman Kepong, di Kuala Lumpur, semalam.


Gambar Hiasan


Harian Metro melaporkan, kejadian 2.35 petang itu menyebabkan kanak-kanak lelaki terbabit maut, manakala ibu dan kakaknya cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, hasil siasatan mendapati ibu dan anak yang parah itu masing-masing berusia 34 tahun dan tujuh tahun.

Dua beranak itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Kata Shanmugamoorthy, ketiga-tiga mangsa bukan penduduk di pangsapuri berkenaan dan polis sedang menyiasat kejadian itu dari pelbagai aspek bagi mengenal pasti motif kejadian.


Foto: Harian Metro


Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana mencuba melakukan kesalahan membunuh diri. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 20-8-2019 02:49 PM
xde sape tau ke sbb pe terjun tu..dh la bkn dok kt situ..nape terjun kt umah org..
Quote kasibiman 20-8-2019 02:50 PM
Kesiannya. Kenepa la cenggitu sekali
Quote chula 20-8-2019 02:50 PM
lahhh dah kenapa pulak ni..
Quote insulin 20-8-2019 02:52 PM
Depression ke? Kenapa kanak2 tak bersalah tu diajak terjun sekali?
Quote kikuri 20-8-2019 02:57 PM
perlu ke heret anak sekali... sedihnya
Quote cap_ayam 20-8-2019 02:57 PM
Sedihnya.. anak2 kena heret sekali..
Quote NadaDeafah 20-8-2019 02:58 PM
ni mesti da pinjam duit dgn ahlong x mampu nak bayar.
Quote wajaman 20-8-2019 02:59 PM
alahai,6 ngan 7 tahun..baya anak2 aku
Quote lililen 20-8-2019 03:06 PM
kesian kat anak2 terbabit sama. apa la perasaan anak2 tu masa terjun tu kan,
Quote Modngengade 20-8-2019 03:06 PM
Edited by FanTasyCreaTioN at 21-8-2019 09:27 AM


ker jinjang diburu ahlong?
Quote R2D2 20-8-2019 03:11 PM
Belum ada details
Quote fa1982 20-8-2019 03:35 PM
Kenapa la cetek nau pikiornya
Quote koko2 20-8-2019 03:40 PM
insulin replied at 20-8-2019 02:52 PM
Depression ke? Kenapa kanak2 tak bersalah tu diajak terjun sekali?

Kalo tinggal Anak2 sapa nk bela??..
Ntah2 jdi mangsa rogol la.. Dera la.. Apa2 la..

Anak2 dibawa mati kecik ni kompem ke syurga
Quote mummy75 20-8-2019 03:40 PM
itu la namanya kasihnya ibu membawa ke sorga..ibu yg nak bunuh diri tp hangkot sekali anak2..agaknya memikir klu dia je yg mati kesian kt anak2 nya siapa yg nak jaga
Quote ikanmasin 20-8-2019 03:49 PM
sedihnya sbb kemurungan ke hutang atau ditinggalkan
suami ..tkt takde sapa jaga anak2 kot tu bawa bunuh diri
sekali ..anak2 tak bersalah kesian dioarg..
Quote chandrahusin 20-8-2019 04:00 PM
apa lah yg mak tu pujuk anak2 terjun bunuh diri sekali
agaknya mak pikir klu anak2 tinggal pun sapa nak jaga

mesti dh buntu.. kesian..
Quote nad014 20-8-2019 04:04 PM
kesiannya ...mesti anak terpinga2 tak pun meraung2 nangis sblm terjun tu
Quote tombolpintu 20-8-2019 04:05 PM
kesiannyaaa...
Quote gadis_tulip 20-8-2019 04:09 PM
Kesian nye budak2 tue yang taktau paper. Apo la punya emak nie. Heret masalah dengan anak2.

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056820 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top