CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teksi Tolak Gojek, Takut Saingan Atau Bela Nasib Anak Muda Yang Terhina?

21-8-2019 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2466| Komen: 19

Description: Syarikat pengendali teksi menggesa kerajaan agar tidak meluluskan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.
Syarikat pengendali teksi menggesa kerajaan agar tidak meluluskan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Lapor Harian Metro, Big Blue Capital (M) Sdn Bhd nyata kecewa dengan keputusan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang cuba membawa masuk Gojek ke negara ini.



Foto: The Coverage/Tech in Asia Indonesia

Pengasas dan Penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, kerajaan sepatutnya tidak melayan cadangan yang diusulkan Menteri Belia dan Sukan itu kerana ia hanya akan merendahkan martabat anak muda yang sepatutnya mempunyai pekerjaan lebih baik daripada Go-Jek.

Selain itu, beliau menyifatkan cadangan diutarakan Syed Saddiq menjurus kepada mengejar populariti.

“Anak muda perlu mendapat pekerjaan lebih baik. Dimanakah janji Syed Saddiq untuk membantu anak muda mendapat kerja dan bukannya dengan cara membawa Go-Jek?.


“Macam mana negara nak maju kalau anak muda diberi kerja membawa Go-Jek dan sampai bila mereka harus dipandang hina,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur, hari ini.

Shamsubahrin menekankan kesan buruk sekiranya kerajaan meluluskan Gojek seperti keselamatan pembonceng, masalah sosial selain kadar kemalangan tinggi membabitkan motosikal.

“Cadangan itu nanti akan menyebabkan pemandu e-Hailing dan teksi akan ‘mati’ kerana terpaksa bersaing dengan Go-Jek selain banyak isu lain masih belum selesai,” katanya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaishi 21-8-2019 05:52 PM
hwe 5762
driver india
baru td sondol kereta aku dekat depan pelita klcc
pastu angkat tangan n blah mcm tu je
bcalar siak!!!!! kemek !!!!

ni la perangai2 teksi yg suka tolak ehailing lain! attitude mcm hape! tu lah si botak yg selalu buat propa dan provok tu, tp driver2 kau semua kelaut!!!

aku nak repair nak cat balik dah berapa dah kos!!
Quote CiliPadiSedap 21-8-2019 07:20 PM
kaishi replied at 21-8-2019 05:52 PM
hwe 5762
driver india
baru td sondol kereta aku dekat depan pelita klcc

hwe ni teksi kan? bukan grab? atau kereta tu kereta awam? sorry blur.
Quote umbut 21-8-2019 07:25 PM
CiliPadiSedap replied at 21-8-2019 07:20 PM
hwe ni teksi kan? bukan grab? atau kereta tu kereta awam? sorry blur.

No plate teksi
Quote Lalalili66778 21-8-2019 07:52 PM
Bagi aku grab lagi ok walau sometime aku rasa agak mahal juga
Quote kivio 21-8-2019 08:04 PM
BBT ni apa je tak tolak?
lols
Quote diggerr 21-8-2019 09:18 PM
Teksi ni memang taknak  adapt dengan perubahan ke?
Quote armin 21-8-2019 09:19 PM
Apa2 yang menyenangkan hidup iols terima. Best masa gi indon naik gojek dgn grab motor pergi sana sini. Dah la murah gila, cepat sampai bila lalu traffic jam
Quote perembes 21-8-2019 10:03 PM
aku xsuka sbb stress mmndu didepn ada motor..  motor2 anggp nyawa diorg ada seblas..  cilok mncilok x takut kna sondol..  hrp gojek tu x dbnrkn...  
Quote ketambangkang 22-8-2019 08:20 AM
ank muda xleh kje camtu? dh tu anak muda layak jd ceo shj kah?
Quote TalibanRock 22-8-2019 08:44 AM
tingkatkan pengambilan kerja untuk anak muda. kurangkan pekerja tua xsedar diri nak mampus yg xbagi ape2 faedah kat syarikat selain menghabis boras ajo...hapuskan "REFER MANDARIN SPEAKER" fakyu cinabeng rasis...

terakhir sekali selamat jalan kerajaan sepenggal
Quote Loloq89 22-8-2019 08:45 AM
pegi mampos dgn teksi..

xyah dilayan puak ni
Quote Betara_Indera 22-8-2019 08:48 AM
abam biru ni mangkuk ayun betul la.. selamat la melingkup ko kalau tak bole adapt
Quote smurfetz 22-8-2019 09:25 AM
armin replied at 21-8-2019 09:19 PM
Apa2 yang menyenangkan hidup iols terima. Best masa gi indon naik gojek dgn grab motor pergi sana si ...

betul tu, iols pun terima aje apa2 yg menyenangkan hidup, ikut peredaran masa.

tapi ayat backup diri tak yg tahan, merendahkan martabat & dipandang hina lagi tuuu

penghantar makanan grab food/ food panda tu takde pulak korang bising2 pekerjaan yg merendahkan martabat diaorg .. sebab tak ganggu pendapatan korg kan kann kaaannn

selfish gila puak2 teksi ni

Quote msdummy.2018 22-8-2019 09:29 AM
kaishi replied at 21-8-2019 05:52 PM
hwe 5762
driver india
baru td sondol kereta aku dekat depan pelita klcc

aku syak ko mesti xsmpt nk turun and pung pang sb driver lari siap2 kan....
nk buat report pun susah sb xder proof kan?
Quote armin 22-8-2019 11:18 PM
smurfetz replied at 22-8-2019 09:25 AM
betul tu, iols pun terima aje apa2 yg menyenangkan hidup, ikut peredaran masa.

tapi ayat backu ...

Teksi kan. Kesian ni kesian jugak tapi sape suruh perangai cam hanat sebab selama ni monopoli kan. Ada pesaing je takut tapi tak nak tukar attitude tu
Quote videcloset 5-11-2019 04:28 PM
gojek tak sesuai kat msia ni. asyik hujan je and org yg bahaya ramai
Quote nusaraya 5-11-2019 05:34 PM
videcloset replied at 5-11-2019 04:28 PM
gojek tak sesuai kat msia ni. asyik hujan je and org yg bahaya ramai

Hahaha ...akhirnya Go-Jek boleh berniaga di Malaysia mulai 1 January 2020...

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/11/05/bike-hailing-pilot-project-to-begin-in-january#SE9zFqJmIHqvMqx8.99
Quote Simunggu 6-11-2019 08:51 AM
dunia sudah berubah..skg taksi dah unmanned guna dron...bersiap sedialah kita dgn perubahan...kalau tak kita jadi dinasor
Quote DayangKirana 6-11-2019 12:27 PM
pilot gojek start next year?
makin merempan ummah teksi..
harap takde ummah gojek kena ligan dengan taxi driver macam Grab kena mula2 dlu..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061939 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top