CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Biar Betik" - Suami Isteri Naik Kancil Melancong Sampai Ke Laos

5-12-2019 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10869| Komen: 86

Description: Siapa sangka suami isteri ini dapat mengembara dari Pulau Pinang hingga ke Laos dengan hanya menggunakan Perodua Kancil.Kenderaan tersebut difahamkan sudah pun berusia 25 tahun namun masih mampu menja ...
Siapa sangka suami isteri ini dapat mengembara dari Pulau Pinang hingga ke Laos dengan hanya menggunakan Perodua Kancil.

Kenderaan tersebut difahamkan sudah pun berusia 25 tahun namun masih mampu menjadi kenderaan buat Azman Ali, 46 bersama isterinya, Nurul Ramli, 38. 

Memetik laporan Harian Metro, sebelum ini Azman mempunyai pengalaman mengembara dengan menaiki motosikal kapcai.

Foto: Harian Metro
“Saya dan isteri kemudian membuat keputusan untuk menaiki Perodua Kancil dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang menuju ke Laos dengan meredah perjalanan lebih 5,000 kilometer sejak 1 Disember lalu.

“Kesempatan ini juga saya mahu buktikan kereta buatan Malaysia yang menggunakan kapasiti enjin kecil juga boleh meredah perjalanan jarak jauh tanpa sebarang masalah,” katanya. 

Katanya lagi, dia dan isteri memilih untuk memasak ketika berhenti rehat kerana ia lebih mudah dan menjimatkan. 

“Saya hanya memandu perlahan terutamanya selepas masuk ke sempadan Laos kerana jalan di negara berkenaan berlopak. Lebih mencabar jika pemanduan pada waktu malam.

“Disebabkan saya sendiri sudah beberapa kali ke Laos, jadi tiada masalah untuk mengetahui laluan mana yang perlu digunakan, namun masih menggunakan aplikasi navigasi untuk kepastian,” katanya lagi. 

Azman berkata dia dan isteri mengambil masa selama 17 hari untuk sampai ke destinasi. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 4-12-2019 08:12 PM
Wah mana isteri dia
Quote suterakaseh 4-12-2019 08:15 PM
wow! Berapa kali agaknya kena isi minyak
Quote harizs 4-12-2019 08:16 PM
Kereta kancil duit berkepuk
Quote sarah82 4-12-2019 08:23 PM
One fine day.. Aku boleh tunaikan juga impian aku travel guna camper van.
Quote MissVixen 4-12-2019 08:29 PM
Seronoknya. Travel jauh2 ni kalau kerja sendiri best. Ni mana nak minta cuti sampai seminggu lebih. Tunggu pencen, tua2 nanti badan pon dah kriuk2.
Mencabar dan menarik pergi laos ikut siam. Thailand banyak tempat cantik yang tersembunyi dan hotel pon murah. Dia jaga alam sekitar, hutan bakau, gunung2 walaupun terkenal sebagai negara pengeluar pertanian yang besar. Air terjun pon bersih.
Quote KIM.K 4-12-2019 08:52 PM
putericahaya999 replied at 4-12-2019 08:12 PM
Wah mana isteri dia

Tangkap gambar
Quote noraidil_06 4-12-2019 09:22 PM
Sy nak jln2 naik kereta camni, tidur mana sempat, mkn apa ade. Impian sgt ni.
My fren pernah pusing semenanjung dgn kancil n their 4 kids.
Quote Catpaw 4-12-2019 09:30 PM
sarah82 replied at 4-12-2019 08:23 PM
One fine day.. Aku boleh tunaikan juga impian aku travel guna camper van.

Nak ikut
Quote sarah82 4-12-2019 09:48 PM
Catpaw replied at 4-12-2019 09:30 PM
Nak ikut

Hahaha.. Boleh... Hari2 dok tgk video camper van mat saleh...
Quote wallflower 4-12-2019 09:52 PM
Tak berminat nak travel macam ni.
Quote zorrro_03 4-12-2019 10:01 PM
waaaa.  indah hidup dengan kebebasan begini.  utamakan halal haram.  semoga selamat dalam perjalanan bro.
Quote clarizsa 5-12-2019 02:10 AM
Baca pun dah penat
Quote Simunggu 5-12-2019 07:56 AM
wah seronoknya...tak kerja kah???
Quote vespa_oren 5-12-2019 08:07 AM
teringin nk bwa kelisa aku pusing semenanjung, tapi kne tukar auto dulu
thun lps smpai terengganu bwa, balik terus sakit saraf
Quote nononcrux 5-12-2019 08:16 AM
harizs replied at 4-12-2019 08:16 PM
Kereta kancil duit berkepuk

mungkin salah satu kereta kancil mudah dibaiki bila berlaku kerosakan.. minor problem tu sng nak fix but dia mesti dah tukar enjin yg lbh kurang baru siket pengunaan milage. tapi perjalanan jauh mesti sakit kaki tu even dah modified ke gear auto... hihi
Quote nononcrux 5-12-2019 08:19 AM
awal tahun g bagkok naik alza pon rasa mcm takda tulang badan ni.. bangkok tau bukan hatyai or crabi.
Quote MoonRise 5-12-2019 09:00 AM
noraidil_06 replied at 4-12-2019 09:22 PM
Sy nak jln2 naik kereta camni, tidur mana sempat, mkn apa ade. Impian sgt ni.
My fren pernah pusing ...

Bagus jugak nie.

Sebagai permulaan, kita start pusing2 satu Malaysia dulu.
Quote ifanonline 5-12-2019 09:07 AM
nak adventure mcm ni ok...cuma elak memandu waktu malam di negara yg kita tak biasa...kena cari tempat tidur yg bersesuaian dan selamat...
Quote haryatie 5-12-2019 09:22 AM
mcm best
jiwa kena kental ni
kalau mcm aku spesis penakut
x gerak ke mana laa
setakat dalam malaysia berani la jugak

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.131994 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top