CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Dihalau Dari Saf Depan, Mufti WP Ulas Surat Budak 8 Tahun Kepada AJK Surau

6-12-2019 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13873| Komen: 128

Description: “Kenapa semalam tok pengerusi halau saya dari saf pertama sampai saya kena duduk di saf nombor tiga?"
“Kenapa semalam tok pengerusi halau saya dari saf pertama sampai saya kena duduk di saf nombor tiga?"

Terkilan kerana dihalau dari menunaikan solat di saf hadapan, kanak-kanak berusia lapan tahun menulis sekeping nota kepada ahli jawatankuasa (AJK) sebuah masjid.


“Saya ingin bertanya, adakah hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan budak-budak kena duduk belakang ketika solat? Mesti tak ada kan," tulis Nadzrul Zarfan.


Foto: Twitter

Kanak-kanak itu juga mempersoalkan hak kanak-kanak untuk menunaikan solat di saf hadapan.

“Saya tidak setuju budak kecil kena duduk belakang sewaktu solat. Budak kecil juga ada hak untuk duduk depan!” tulisnya dalam nota yang kemudian tular di Twitter.

Seorang pengguna mendakwa dirinya ibu kepada Nadzrul kemudian tampil menjelaskan bahawa nota itu ditulis pada 2017 ketika kanak-kanak itu berusia lapan tahun.


Katanya, sejak menyerahkan surat itu kepada pihak masjid, Nadzrul tidak lagi dihalau untuk solat di saf belakang.


Foto: Twitter

Sementara itu, nota berkenaan turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memuji Nadzrul kerana ingin solat berjemaah di saf hadapan.







Foto: IG

“Tahniah sekali lagi pak cik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pak cik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat.

“Kalau jumpa pak cik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul,” katanya. - CARI
3

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrphilosophy 5-12-2019 06:56 PM
Aku suka budak ni. Dia tanya logik. Memang la aku pelik warga masjid ni. Buat undang undang sendiri. Baguk dik abg sokong ko
Quote thetimes 5-12-2019 06:58 PM
Jawab, jangan x jawab.
Quote noor2 5-12-2019 07:06 PM
Dengan nama atok sekali ko tulis nak.....
Quote miss_strangers 5-12-2019 07:06 PM
Yang halau Tu sejenis spesis penonggang agama...cer bagi tino, tercabut kopiah belake
Quote sarah82 5-12-2019 07:09 PM
Mau terkedu tok imam atau AJK masjid nak jawab..
Quote JunkMail 5-12-2019 07:09 PM
Sila jawab tok pengerusi. Jangan jawab .macam reply kat budak-budak pulak. Soalan dia serius tu siap nama penuh adik tu bagi.
Quote zawara 5-12-2019 07:12 PM
Bravo dikkkk!!! Nampak kematangan budak ni..tulis ayat penuh sebutir2 .. bukan budak tiktok/basikal lajak dan sebagainya
Quote MenteriWanita 5-12-2019 07:22 PM
Pengerusi dan AJK buat masjid/surau serupa bapak dia punya tempat itu biasa di negara kita Malaysia Darul Kelakar,

Bajet ada jawatan dah ahli syurga, sejenis bebal dari dulu, duit tabung masjid/surau tak pernah di audit dan letak kertas sebut harga di dinding untuk jemaah dan tetamu tahu kemana duit itu pergi kaedahnya,

Masjid/surau di Malaysia dia punya misteri kalah pusat illuminati di USA geng KKK sana, kalau bab menghalau budak2 dorang lah penjenayahnya, kalau bab punggut derma no 1, bila sound system rosak cepat2 minta duit kat pihak berwajib, karpet koyak laju minta orang derma,

Aku taulah sebab abang aku pengerusi, jangan korang berani nak sembang aku rekacerita.
Quote damian_lee 5-12-2019 07:23 PM
Mufti WP dah jawab tuu ....
Semoga bertambah ilmu kita
Quote violetungu 5-12-2019 07:25 PM
Budak tu bukan calang2 ek,dah pergi ke mekah n madinah.jawab jangan tak jawab tok imam ye
Quote LadyCarefree 5-12-2019 07:38 PM
noor2 replied at 5-12-2019 06:06 PM
Dengan nama atok sekali ko tulis nak.....


Nama moyang pon ada
Quote sonatalady 5-12-2019 07:41 PM
Bagus dik.sila jawap yg berkenaan.
Pernah g satu kuliah..ustaz ni citer...dia g masjid bg ceramah..kuliah..tegur bacaan imam.
Minggu depan dia dtg lg sekali..semua x nak jadi imam..x nak baca sbb kena tegur td.tolak anak muda jadi imam.
Tp bila  ustaz tu x dtg..berebut nak plak jadi imam..x dipandang anak muda td.
Belum kes imam x nak handle pengebumian anak kariah sbb x baik dgn sedara mara kariah.
Quote aHoi83 5-12-2019 07:43 PM
Bagus perkara ni viral. Semoga menjadi kesedaranutk mereka yg kurang ilmu.
Quote noor2 5-12-2019 07:49 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2019 07:38 PM
Nama moyang pon ada

Kannn. ..hehe....

Dengan nama sekolah pun terpampang. ..budak pandai ni....
Quote ikanmasin 5-12-2019 07:50 PM
bagus soalan adik ni..sila jawap tok pengerusi yer..
anak ni dah siap g mekah madinah jd tak bole lah
nak tipu dia ..benda baik eloklah share ramai2..
Quote babydoll 5-12-2019 07:54 PM
mak si nadzrul ni dah jwab kat twitter. katanya surat ni ditulis tahun 2017. dah sampai ke pihak ajk masjid. skrng dah dibenarkan solat kt saf depan.


i nampak mufti wilayah dr.zulkifli pun ada bagi penjelasan pasal soalan Nadzrul.
Quote Lengkong 5-12-2019 08:11 PM
Bagus adik bijak dan berani





Quote febreze 5-12-2019 08:25 PM
miss_strangers replied at 5-12-2019 07:06 PM
Yang halau Tu sejenis spesis penonggang agama...cer bagi tino, tercabut kopiah belake

ye aku setuju nokkk..nyampahh..
Quote syamzana 5-12-2019 08:32 PM
babydoll replied at 5-12-2019 07:54 PM
mak si nadzrul ni dah jwab kat twitter. katanya surat ni ditulis tahun 2017. dah sampai ke pihak ajk ...

kat mana nak tgk jawapan mufti tu?nak tahu jugak

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062230 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top