CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gajah Mabuk Di China Cuit Hati Netizen

26-3-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3016| Komen: 10|Original author: Raline

Description: Walaupun penduduk dunia kini tidak dibenarkan untuk berkumpul beramai-ramai dan terpaksa mengasingkan diri dari dunia luar, sekumpulan gajah telah mengambil peluang itu untuk berpesta. 14 ekor gaja ...
Walaupun penduduk dunia kini tidak dibenarkan untuk berkumpul beramai-ramai dan terpaksa mengasingkan diri dari dunia luar, sekumpulan gajah telah mengambil peluang itu untuk berpesta.

14 ekor gajah telah memecah masuk kawasan perkampungan di daerah Yunan China untuk mencari makanan. Mereka memasuki ladang teh untuk mencari jagung dan makanan-makanan lain, namun gajah-gajah itu akhirnya berseronok sehingga lupa diri.



Gambar yang tular di media sosial menunjukkan dua ekor gajah sedang terbaring tidak sedarkan diri di tengah-tengah ladang teh selepas meminum arak jagung.

30kg air jagung beralkohol dihabiskan oleh kumpulan gajah tersebut sehingga mereka mabuk, dan keadaan mereka itu mencuit hati netizen.



Dalam satu posting di Twitter, ahli pemuliharan Parveen Kaswan menulis bahawa gajah seperti kebanyakkan manusia terutamanya lelaki pertengahan umur yang ditinggalkan kekasih, mempunyai kecenderungan untuk mencari alkohol sebagai pengubat hati dan untuk membersihkan gading mereka.

When they were all sober. In tribal belts people hide country made alcohol but somehow elephants find it. They mark the houses also where they found that last time. If they see drunk people they get irritated also, since it was not shared with them. All credits in pics. 11/3/20 pic.twitter.com/ESYtPsrd68

— Parveen Kaswan (@ParveenKaswan) March 18, 2020

Mereka juga akan menandakan  tempat di mana mereka telah berjaya mendapatkan arak supaya mereka boleh kembali.

Kaswan juga menyatakan bahawa gajah akan berasa jengkel dengan orang yang mabuk kerana tidak berkongsikan alkohol dengan mereka. Gajah juga lebih cenderung untuk mencari buah-buahan seperti nanas dan nangka yang terlebih masak.

Di sebalik fakta menarik itu, Kaswan juga mendedahkan nasib sebenar gajah di China yang kini diancam kepupusan dan hanya terdapat sekitar 250 ekor di seluruh negara itu kerana penduduknya melancarkan perang terhadap haiwan liar itu selama 3000 tahun, di mana gajah telah menemui kekalahan.

Which makes the picture extra sweet. They are having kind of the last smile. (For more details one can read 'Elephants and Kings')

India has around 30,000. Who knows the future !!

— Parveen Kaswan (@ParveenKaswan) March 18, 2020

Sumber: Twitter, Parveen Kaswan

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 25-3-2021 09:45 PM
sementara itu di tanah air..ada ore mabuk...langgar mati ore.
Quote saviour_09 26-3-2021 08:38 AM
kesian ada kelakoorrr pun ada tengok budak2 ni
Quote Cieejiee 26-3-2021 09:11 AM
Kesian dan lucu juga
Quote che-cikL 26-3-2021 09:20 AM
Tak pe lah jugak, tertidur saja berjemaah pulak.. comei nampaknya. Warna pun bukan kelabu asap.

Mujur budak2 ni tak naik minyak, mengaruk kampung.
Quote airmineral 26-3-2021 09:48 AM
iols rasa kelakar pula
harap gajah tu xketagih la
{:cryrun
Quote Artemesiaa 26-3-2021 12:23 PM
Sama je macam orang kalau tengah mabuk tergolek tak kira tempat dah
Quote shark_eow7 26-3-2021 12:41 PM
comel je gajah ni tidur. kalau org yg terbongkang rasa nak maki..
Quote BoongaKertas 26-3-2021 03:34 PM
weh comellllll
Quote ina_na 26-3-2021 11:22 PM
Lapar sgt tu.. Tu yg keluar dr hutan tu..p bantai arak.. Dah dah berlayor.. Hehehe.. Nsb baik comeii
Quote Redoxon757 27-3-2021 02:43 AM
Ala nomeynyeee gajah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055353 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top