CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tolak Buat Reviu Game Judi - "Kau Tak Pakai Tudung Tu Tak Dosa Pula?”

15-4-2021 05:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7191| Komen: 20

Description: Nama remaja ini meledak menerusi TikTok pada tahun lalu sehingga dia memiliki 1.1 juta pengikut di aplikasi itu.
Nama remaja ini meledak menerusi TikTok pada tahun lalu sehingga dia memiliki 1.1 juta pengikut di aplikasi itu.


Kredit foto: IG Nurin


Malah, kisah Nurin Lofa Adriana Kirana, 17, yang menjana pendapatan menerusi reviu di TikTok dan Instagram sehingga mampu membeli kereta mewah pernah mendapat liputan mStar pada Februari lalu.

Terbaharu, dia yang mesra disapa Nurin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mendekatinya dengan memberi tawaran untuk melakukan reviu dalam bentuk video untuk tujuan promosi permainan judi dalam talian.



"Dia suruh saya buat reviu judi online. Secara baik-baik saya cakap terus terang, saya memang tak terima reviu seperti itu.


"Dia tak boleh terima saya tolak tawaran itu. Dia kata, kau tak pakai tudung tu tak dosa pula?" imbas Nurin ketika dihubungi mStar.

Tanpa berfikir panjang, Nurin terus menyekat akaun individu itu kerana enggan perbualan tersebut berlanjutan.

Menurut Nurin, ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran kerja yang bertentangan dengan prinsip dirinya, namun terkilan apabila keputusan dia menolak tawaran tidak diterima pihak berkenaan.



"Ada juga yang minta saya reviu bengkung. Saya memang tak ambil tawaran itu sebab tak nak pamer bentuk badan apabila memakainya.

"Kadang-kadang ada yang dah hantar barang dan mereka paksa saya pakai, jadi saya terpaksa refund balik," ujarnya.

Tambah Nurin, dia juga tak sanggup menerima tawaran kerja sedemikian kerana memikirkan soal keberkatan rezeki.

"Kita kena fikir, halal ke duit yang kita terima. Tak sampai hati nak bagi kepada keluarga," ujarnya.

Bercerita mengenai bulan Ramadan, Nurin mendedahkan dia gemar menjamu hidangan sardin sejak dulu lagi.



"Saya dari kecil suka makan sardin. Dulu kami susah, tak mampu beli ayam. Jadi mak saya beli sardin.

"Sampai sekarang saya suka, ia dah jadi kegemaran," ujarnya berseloroh.

Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh sehingga mampu membeli Toyota Velfire pada awal tahun ini, Nurin kini merancang untuk membeli tanah sebelum mendirikan rumah buat keluarganya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-4-2021 05:28 AM
Baru 17, tapi muka mcm pompuan lewat 30an
Quote songhara1226 15-4-2021 05:34 AM
Tapi betul lah, x pakai tudung memang dosa pon
Quote sarahmirza 15-4-2021 05:40 AM
Dah tak belajar lagi ke budak ni?
Harap dia tengah belajar menjahit, memasak, bertani etc yang berkemahiran untuk masa depan dia...
Quote mclaren 15-4-2021 05:43 AM
Edited by mclaren at 15-4-2021 08:51 AM

Tak pakai tudung dosa individu dia dgn tuhan.

Review game judi dan kalau ada muslimin yg teruja dek sbb review dia... rasa dah mcm ada 'share' gak utk dia nanti bila dah mati.
Quote kivio 15-4-2021 06:03 AM
terus menyekat akaun individu itu


Terus block, pasal kantoi and tak tau nak reply apa hehe
Betul la dia cakap tu.
Quote Carcosa 15-4-2021 06:13 AM
Tgk gambar tiktok tu, dgn gambar dia pakai mask, terdetik dlm hati, ehh cantik budaknya.
Sekali tgk gambar last pakai dress tu. Hmmmm... Takpelah. Gituu meols keladak di bulan Remdan
Quote buapakperut 15-4-2021 06:19 AM
pempuan ni selalu nampak ka ig, ingatkan dah tua ,ruanya budak lagi,perasan lawa lak tu.
Quote sarah82 15-4-2021 06:31 AM
La.. Aku ingat 20 an dah.. Putih dia pelik..
Quote eyansss 15-4-2021 06:34 AM
mclaren replied at 15-4-2021 05:43 AM
Tak oakai tiding dosa individu dia dgn tuhan.

Review game judi dan kalau ada muslimin yg teruja d ...

ramai yang being defensive, bila tak dapat apa dia nak, hentam pasal orang tu tak bertudung...  padahal dosa bertudung dengan dosa yang dia mintak buat tu tak sama kot...
Quote Belibis 15-4-2021 07:35 AM
Takkan bila dah buat satu dosa,terus jer nak sambung dengan dosa lain pulak.
Quote AyaqMeloSuam 15-4-2021 07:58 AM
sarah82: La.. Aku ingat 20 an dah.. Putih dia pelik..

Iollss pn nk ckp benda yg sma.. pelik nau cerah tu..
Quote bakingsoda 15-4-2021 08:04 AM
pandai jugak ye dia amik berat pasal keberkatan rezeki, siap tak sanggup review bengkung sbb biasa bila orang dah pakai bengkung bajunya pon jd ketat melekat tunjuk perut flat tapi lemak tersepit
Quote mdhelmi 15-4-2021 08:51 AM
kadang2 sbb komen pedas netizen
asalnya org tu niat nk berubah
x jadi nak berubah
Quote husna_amal 15-4-2021 09:27 AM
Untung budak zaman sekarang ada jalan buat duit banyak2.
Quote GigaMom 15-4-2021 09:52 AM
Ada retis buat review pinjaman peribadi dr along
Quote zarulnazmi 15-4-2021 09:59 AM
kivio replied at 15-4-2021 06:03 AM
Terus block, pasal kantoi and tak tau nak reply apa hehe
Betul la dia cakap tu.

Kantoi yang mana? Apa yang dia cakap yang awak kata betul?
Quote zarulnazmi 15-4-2021 10:01 AM
Belibis replied at 15-4-2021 07:35 AM
Takkan bila dah buat satu dosa,terus jer nak sambung dengan dosa lain pulak.

Tu la kan. Dah lah orang tu minta review judi, bila ditolak boleh pula orang tu sebut pasal dosa.

Quote Artemesiaa 15-4-2021 02:44 PM
Nampak berusia dari usia sebenar
Quote anony-mous 17-4-2021 12:19 AM
Carcosa: Tgk gambar tiktok tu, dgn gambar dia pakai mask, terdetik dlm hati, ehh cantik budaknya.Sekali tgk gambar last pakai dress tu. Hmmmm... Takpelah. G ...


I tgk gmbar pakai mask tu pon, i ckp, patut la ramai follower, cantik orgnya.

Tgk gmbar pakai dress tu, xpe lah dik, better keep ur mask on {:smile

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.382276 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top