CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nama Panggilan Punya Pasal, Remaja 14 Tahun Dipukul 5 Lelaki Depan Sekolah

17-4-2021 10:45 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5217| Komen: 19|Original author: oleh: natrahn

Description: Tular video seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dipukul di depan sebuah sekolah di kawasan Taman Daya, di Johor Bahru Khamis lepas (8 April).


Tular video seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dipukul di depan sebuah sekolah di kawasan Taman Daya, di Johor Bahru Khamis lepas (8 April).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata mereka yang berusia 15 hingga 17 tahun terbabit ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada hari yang sama.


Loading FB Post...

Dalam kejadian  tersebut, mangsa mendakwa dipukul lima remaja lelaki yang tidak dikenalinya ketika dia sedang berbual dengan rakan di depan sekolah berkenaan.


"Kejadian didakwa berlaku kerana rasa tidak puas hati seorang daripada lima remaja berkenaan terhadap pelajar itu yang dikatakan mengejek adik saudaranya," katanya dalam kenyataan malam ini.

Memetik laporan Bernama, Mohd Padzli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan ugutan jenayah.

Meninjau ruang komen, seorang pengguna telah menterjemahkan kandungan pergaduhan itu.




Kredit foto: Info Roadblock JPJ/POLIS

Rupa-rupanya, terdapat salah faham antara mangsa dan pemukulnya. Pasal nama panggilan pun boleh bawa geng untuk pukul pelajar sekolah. 

Kalau tukar nama panggilan guna tema lain mungkin boleh elakkan salah faham sebegini, kan? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 17-4-2021 10:59 AM
korang percaya tak....ada bdk LELAKI kat kampung aku...orng panggil dia 'AYAM'.....dia dh x marah..dh 'lali' ...kot.
Quote MissyMolly 17-4-2021 11:25 AM
Dapnya vade
Quote meisapoya 17-4-2021 11:31 AM
Lain kali jangan letak nama anak dengan nana2 yang boleh memalukan. Macam nama makanan, covid, etc. Tak memasal orang jadi confuse.
Quote sarah82 17-4-2021 11:55 AM
Vadai sedap..aiyooook.. X pasal dok lokap semlm dua
Quote shernazz 17-4-2021 12:38 PM
Ada abang kawan iols nama dia selva ganesh
Weols panggil dia seluar ganas
Naseb tak kena lepuk sebab abang dia blackbelt tu..
Hahahah
Quote imransulaiman 17-4-2021 12:53 PM
Ingatkan si mangsa panggil suspek tu pundek! {:thief
Quote Kurex 17-4-2021 01:41 PM
Bawak perangai nenek moyang dari negara leluhur tu ke sini kan?
Quote yusryimran 17-4-2021 03:49 PM
Kurex replied at 17-4-2021 01:41 PM
Bawak perangai nenek moyang dari negara leluhur tu ke sini kan?

gitulah katanya nok. kat opis lama mak pun ada spesis gini x boleh tersilap ckp mau kena serang....
Quote Adrif 17-4-2021 08:27 PM
Skuau replied at 17-4-2021 10:59 AM
korang percaya tak....ada bdk LELAKI kat kampung aku...orng panggil dia 'AYAM'.....dia dh x mar ...

masa aku belajar dulu, kalau kawasan kampung ada nama gelaran, tu petanda baik. maksudnya orang acknowledge kewujudan orang tersebut. tu ada nama pelik2 macam Li Gajah, Din Soya, Bidi Untut, Lan Kuning, Meor Cekodok, etc selalunya dikaitkan dengan kejadian, atau sifat badan orang tu.


kawan abang aku semua orang panggil dia Cendol, aku sampai sekarang tak tau nama sebenar dia

abang aku, dulu orang panggil Sultan, Tengku. sebab nama sama dengan sultan negeri. padahal susur galur takde royalty pun
Quote She-Ra 17-4-2021 09:00 PM
Bab nama gelaran ni dr dulu lg cuma org dulu lek lek je balas balik. Adil dan saksama semua ada nama gelaran gitu
Takat gado mulut je, takde sampai bertumbuk
Ada tu sampai sekarang nama gelaran melekar, org tu pn ok je menyahut
Cumanya kita takde la letak nama gelaran yg kasar atau mencarut.. tu je bezanya kot
Quote star_karat 17-4-2021 10:11 PM
Ada sorang aku kenal dari kecik panggil Mangkuk. Ni sampai dah tua pun kekal mangkuk. Member lama tetap panggil  nama tu. Nama betul Rosman. Kita kawan lama nak panggil rosman mcm tak kena pulak.Tempat kerja atau orang baru kenal jer panggil nama betul. Yang heran family adik beradik pun panggil mangkuk. Mak bapak dia jer panggil rosman. Bini panggil abang...
Quote ikanmasin 17-4-2021 10:30 PM
ramai2 berani lah kan..sedap sgt ko tampar anak org kan..siap rakam pl..elok lah tu dah kene viral siap polis amik kan..gurau2 gitu pun dah pg mengadu kat si abg.ko dgn abg ko dgn kawan ko sekali polis angkut..
Quote mawar_mustika 18-4-2021 02:48 PM
as long as nm panggilan tak pelik xperlulh nk sentap sangat
Quote epuepy 18-4-2021 02:58 PM
La. Si vadai ni kecik ati ke adik tu X kenal dia? Acah2 gangster la. Bile org x kenal, meh sini aku bagy ko kenal.
Quote kucingitam 19-4-2021 12:01 PM
ingatkan pasal belacan je boleh pancung memancung. pasal vadai pun boleh bawa gaduh.. tapi betul la budak tu tanya, kenapa nama vadai..
Quote cik_kuntum36 19-4-2021 12:36 PM
kesian kat mangsa tu... bebudak gitu la lgpun xla teruk sgt pun smpi nk kne pelempang... sesuka hati jek nk lempang anak org...
Quote mamaida28 19-4-2021 01:46 PM
saya dulu selalu kena ejek dgn nama panadol, org itam manis gak panggil saya mcm tu tp x kisahlah malas nak layan lelama diam sudah..

mcm jiran saya pulak nama snsk2  saya diejek2, tentulah anak2 saya marah tp time nama bapak dia kena buat bahan lawak terus bg tau mak ayah..ayahnya dtg serang saya tp saya balas balik dgn lembut. tau sakit bila kena buat bahan lawak tp tanya balik anak tu apa yg dia kata pada anak2 saya..terus diam..
Quote gideoncross 19-4-2021 04:39 PM
kucingitam replied at 19-4-2021 12:01 PM
ingatkan pasal belacan je boleh pancung memancung. pasal vadai pun boleh bawa gaduh.. tapi betul la  ...

Blacan dh ada successor skrg ni.
Quote eyansss 20-4-2021 01:54 AM
kawan dipanggil teko...  sebab masa orientasi dia garu celah kelangkang  dia n senior ternampak n sound : ko garu kote ke apa haaa...  mulai harini aku panggil ko kote...  cuma lama2 diorang terbalikkan kote jadi teko...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054461 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top