CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kedai RM2 Makin Banyak Petanda M40 Makin Struggle, Lama-lama Jadi B40 Lah

17-4-2021 02:43 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13307| Komen: 128|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Jika anda peka dengan persekitaran, pasti perasan dengan pertumbuhan kedai-kedai serbaneka bagaikan cendawan selepas hujan.


Jika anda peka dengan persekitaran, pasti perasan dengan pertumbuhan kedai-kedai serbaneka bagaikan cendawan selepas hujan.

Ramai menyatakan ianya petanda baik, bahawa rakyat makin bijak berbelanja dengan mengutamakan nilai wang berbanding barangan itu sendiri.

Namun, seorang pengguna Twitter membawakan naratif berbeza dengan mendakwa pertambahan kedai-kedai RM2 ini sebenarnya menunjukkan ekonomi kita yang semakin lemah.

Bertambahnya kedai murah membuktikan golongan B40 bertambah yang datangnya dari golongan M40 yang terpaksa berjimat cermat. Jika ianya berterusan, bermakna M40 akan makin pupus. Bahaya kan?



Foto :Twitter

Menurut Mat Rodi, kedai sebegini biasanya dijumpai di pekan-pekan kecil seperti Jengka, Jitra dan Batang Kali. Tetapi sejak kebelakangan ini, ianya semakin banyak dibuka di bandar-bandar besar seperti Kota Damansara, Shah Alam dan TTDI. Tidak lupa, ada yang menyewa di dalam pusat beli belah!

Jadi, apa impaknya?

"Apabila banyak M40 turun jadi B40, mereka tak lagi shopping barang di Tesco, sebaliknya tukar ke Eco-Shop. Memang bagus apabila orang ramai lebih savvy tapi hakikatnya ini petanda jelas M40 semakin struggling."


Foto : edubestari.com

Netizen berbeza pendapat, ada yang tidak memahami konteks sebenar masalah dan ada juga yang risau dengan akibat isu ini.


Foto : Twitter

Foto : FB

Jika M40 tersepit, maka lama kelamaan mereka akan menjadi golongan B40. Ia membawa maksud jurang kekayaan semakin lebar antara T20 dengan B40.


Foto : Twitter

Jadi, pada siapa yang M40 harapkan untuk mengekalkan kedudukan mereka? Adakah kita akan menjadi seperti negara-negar jiran yang jurang ekonomi semakin besar? - CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 17-4-2021 03:00 PM
Ai xkesah pn b40 ke,m40 ke,t20 ke..y penting berpada2 laa bila spend tuh..y b40 gigih spend mcm golongan m40 pun ada..atas kecerdikan masing2 menguruskan wang..

N lagi byk kedai rm2 ni,lagi bagus..berkualiti je brg2 kedai rm2 pun..n y penting,mcm2 adoooooo
Quote insulin 17-4-2021 03:03 PM
Indikasi?
Quote sarah82 17-4-2021 03:16 PM
Jitra? Muahahahahaha.. Wei.. Jitra baru ada kedai rm2 tu 2-3 tahun lepas...
Quote Skuau 17-4-2021 03:32 PM
tak gitula....ini akn 'menaikkan taraf' M40 ke T20....sb mereka 'SEMAKIN KEDEKUT'.....megi 3 paket rm2.10 pon mereka rembat.Bayangkan berapa bnyk mereka jimat untuk disimpan di dlm dompet,peti,saham,bank mereka.......
Quote Belibis 17-4-2021 03:34 PM
Kalau m40 dah downgrade jadi b40...adakah b40 dah turun jadi fakir hina di aidilfitri??
Quote chandrahusin 17-4-2021 03:48 PM
Entah2 M40 yg cr brg murah
Boleh simpan duit lagi byk
Beli jongkong emas berkilo
Lagi pun stkt beli stationary utk anak2 sekolah
Bebaloi lagi beli kat Eco semua tu
Kejap2 hilang je pun
Quote Supersirap 17-4-2021 03:54 PM
Banyak manfaat daripada kedai murah ni, jika ada duit lebih akan pergi ke kedai lain tetapi jika duit ada tetapi hanya untuk cukup-cukup (biasanya hujung-hujung bulan), memang kedai murah ini menjadi pilihan utama
Quote meisapoya 17-4-2021 03:59 PM
I suka je gi sini sebab murah & banyak juga boleh beli kat sini. Plastik sampah wangi, selipar jepun, cat teaser, etc. Tapi i x de la kerasukan mcm setengah orang tu sampai membeli entah apa2.

Tapi kedai gini ramai giler orang. Susah nak ada penjarakan sosial. Dah lama x jejak.
Quote anony-mous 17-4-2021 04:01 PM
Yg pasti income m40 terjejas teruk sejak wujud kedai 2.10 n shopee n kadar penggangguran makin tggi
Quote AbukRokok 17-4-2021 04:01 PM
97% love pkp

-kkm
-sinar bayaran

Quote Lagubestbest 17-4-2021 04:05 PM
betul la tu. duit byk pun kne fikir masa depan cmne jugak.
Quote jfq 17-4-2021 04:09 PM
Menunjukkan barang2 mmg boleh dijual dgn harga murah sebenarnya
Quote makadek 17-4-2021 04:10 PM
Takde maknya ..benda murah ni sapa je yg tk suka geng m40 t20 ni ada je kedekut pahit
Tang makan bole lah show off pot mahal2

Tang utk peniaga kecil2lan tekan selagi boleh
Puih
Quote adm7 17-4-2021 04:16 PM
Apa punya analogi laini soal pilihan/sikap pembeli.
Takda kena mengena soal income. M40/B40 pun rajin belanja kat kedai barangan mewah,minum dan makan di kedai hipster/makanan segera.
Banyak kedai mcm ni pun boleh jugak jd bukti rakyat malaysia gemar berbelanja dan tak terkesan dengan.
Wartawan/warga cari ni memang takda yg cerdik ke?
Goblok
Quote meah_kelabu 17-4-2021 04:37 PM
ade bnde worth beli mahal, beli la
ade bnde murah dan berbaloi, kite grab
xkisahla m ke b ke t dh boleh jimat npe nk membazir?
kain lap kedai eco dgn kain norweks tetap kain lap kan. yg penting bnde nk lap tu bersih
Quote emera 17-4-2021 04:45 PM
Amende yg masalahnye? Banyak kedai RM2 tu wujud sbb peniaga ni tau kedai mcm tu boleh buat untung. Bukan sbb ‘turun kasta’. Kalau pandai pilih, sgt untung beli kat kedai RM2 mcm pasu2, tanah, wet wipes. Banyak jugak brg tak berkualiti setanding harga laa mcm toys & bekas2 plastik organizer yg kecik2 tu. Plastiknya cepat pecah, relai & tajam. Aku selalu beli brg2 kebun, wet wipes & sabun. Wet wipes guna utk lap2 habuk & kesan kotor je. Yg geng T20 pergi memborong kat situ, tak bermakna diorg turun jadik M20 tp lebih kpd berjimat. Dah ada harga murah, buat apa beli yg mahal2. Duit belen, pi makan sedap2 .
Quote ultra78 17-4-2021 04:51 PM
Mr DIY tu utk golongan B40 ye? Baru aku tahu.
Quote cmf_premierleag 17-4-2021 04:51 PM
sblm ni aku ingatkn kedai2 brg murah ni tmpt tokey cuci duit saje
Quote bambimo 17-4-2021 04:55 PM
Color 24 dulu anak orka je yg boleh beli..
La color 24, selamba je jual rm2, stationaries kalo hilang pun xralat

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.086703 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top