CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik! Dia Pijak-pijak Je Roti Kering Tu Sebelum Dibungkus

18-9-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8125| Komen: 46

Description: Video tular yang memaparkan proses pembuatan roti kering yang dihasilkan dengan kotor dan tidak mengikut aspek kebersihan ditetapkan baru-baru ini dipercayai berlaku di India.
Video tular yang memaparkan proses pembuatan roti kering yang dihasilkan dengan kotor dan tidak mengikut aspek kebersihan ditetapkan baru-baru ini dipercayai berlaku di India.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi kenyataan berkata, pihaknya menyiasat berkaitan penularan video tersebut yang telah tersebar luas menerusi media sosial.




"Hasil siasatan mendapati video pembuatan roti kering tersebut dipercayai berlaku di India.

"Ini berikutan penemuan video terbabit menerusi laporan The Daily India News di Facebook yang menunjukkan pihak The Daily India News menyelar perbuatan tersebut, selain itu perbuatan pelaku di dalam video terbabit turut menyebabkan ramai orang marah dan tular di media sosial India," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Baru-baru ini, sebuah video pembuatan roti kering yang didakwa dihasilkan dengan cara yang kotor di sebuah kilang tular di media sosial.




Video tersebut turut memaparkan beberapa pekerja memijak roti kering selain ada yang meletakkan roti itu di mulut sehingga mendapat kecaman netizen yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu dalam video terbabit serta menyiasat lokasi kilang.


Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 18-9-2021 01:47 PM
x pernah teringin nak p India..
terus kembang tekak...
Quote Artemesiaa 18-9-2021 01:49 PM
Euwww roti kering berperisa kaki rupanya
Quote genUmi 18-9-2021 01:50 PM
diperkaya dengan mineral semula jadi
Quote espri6006 18-9-2021 01:54 PM
everything is suck kalau India mari, filem Bollywood pun lama dah tak layan walaupun tiada kaitan. Begitu juga keluaran india tempatan lama dah tak beli sebab selalu terbayangkan produk2 macam viral tu ..sama juga Kari keluaran babas pon...entah lah jadi paranoid pulak
Quote hanihan16 18-9-2021 01:56 PM
yihhhh apa tujuan dipijak at the first place?
Quote darkness 18-9-2021 01:59 PM
Punyalah
Quote namr 18-9-2021 02:00 PM
Emmm dapnya
Quote edayildiz 18-9-2021 02:07 PM
euwww org sana xgeli ke?
Quote mclaren 18-9-2021 02:26 PM
Dengar cara cakap pun macam lain bunyi daripada orang India sini walaupun tak faham haram sepatah.

Ni macam sengaja nak sabotaj owner kilang kot? Siap jilat2 tunjuk depan kamera? Or bengang kat customers kot?
Quote sarah82 18-9-2021 03:07 PM
Yerkkkkkkkkkkk
Quote Mini.Me 18-9-2021 03:11 PM
Baru 2 3 hari lepas tengok video buat pratha atas lantai...ni roti kering plak...jijiknyerr...
Theyols mogok balas dendam tak dapat gaji ke ape gayanye tu
Quote Jitu 18-9-2021 03:15 PM
kat india kan biasa je benda2 mcm ni
tengok masa buat jaggery mcm mana pastu street food pun
Quote Tokeybundle 18-9-2021 03:20 PM
Seb baik dia x kepit roti tu celah ketiak.hadoooiiii....pengotor pny manusia
Quote Xim 18-9-2021 03:32 PM
Siap jilat wei....melugai....
Quote Firenzza 18-9-2021 04:07 PM
edayildiz replied at 18-9-2021 02:07 PM
euwww org sana xgeli ke?

Mamak kt sini pun sama jugak sis....x caye? Masuk le dapur diorg
Quote seribulan 18-9-2021 04:25 PM
Firenzza replied at 18-9-2021 03:07 PM
Mamak kt sini pun sama jugak sis....x caye? Masuk le dapur diorg

Dulu kecoh kes pijak2 ni...kilang murukku kat Ipoh...tular gambo...huhu...
Quote edayildiz 18-9-2021 04:48 PM
Firenzza replied at 18-9-2021 04:07 PM
Mamak kt sini pun sama jugak sis....x caye? Masuk le dapur diorg

yeke..euww .nasi kandar kt penang yg famous2 tu kt kedai mamak la khenzz..baru nk try nasi kandar
Quote AyaqMeloSuam 18-9-2021 08:04 PM
Negara paling aku xmo jejak.. yindia.. ada cerita ttg yindia yg mmg dceritakan olh 2 org yg betul2 aku kenal smsa p yindia.. 1 kwn aku dia jelajah yindia slama sebulan . 1 lg kwn aku dia p yindia seminggu sb cnference. Jijik sia..
Quote ultra78 18-9-2021 08:06 PM
Teringat kisah sos kaki ni

[youtube]zB36FAU8m2A[/youtube]


Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059593 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top