CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Tak Percaya TikToker Bunuh Diri Ketika Live, Nampak Macam Kaki Ditarik

21-9-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3270| Komen: 7

Description: Baru-baru ini, tular kisah kisah seorang pemuda yang juga TikTokers terkenal dipercayai mengakhiri hidupnya ketika sesi live di platform itu.
Baru-baru ini, tular kisah kisah seorang pemuda yang juga TikToker terkenal dipercayai mengakhiri hidupnya ketika sesi live di platform itu.

Memetik laporan Tribunnews, lelaki berusia 29 tahun berasal dari Jatinegara, Jakarta Timur Indonesia itu dipercayai membunuh diri dengan mengikat kain pada pintu di kediamannya. 



Kredit foto: TribunNews

Insiden ngeri itu disedari rakan mangsa yang menonton sesi live berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis. 

Setibanya ke lokasi kejadian, polis mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa. 

Bagaimanapun, keterangan polis itu dibantah peguam mewakili keluarga mangsa kerana mereka seakan-akan tidak percaya bahawa mangsa nekad membunuh diri.

Malah, mereka yakin kematian mangsa mempunyai unsur jenayah.


Peguam juga berpendapat bahawa ketika kejadian, mangsa tidak tinggal bersendirian sebaliknya terdapat individu lain di rumah tersebut. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa menunjukkan tingkah laku pelik sebelum membunuh diri. 


Kredit foto: TribunNews

Lebih menimbulkan keraguan adalah video live yang dikongsikan hanya berdurasi 15 saat sahaja.

"Dari awal kami sudah curiga kerana dalam video tersebut kelihatan kaki mangsa ditarik. Dari cermin terlihat seperti ada orang yang menarik kakinya. 

"Dipercayai ada individu memadam aplikasi TikTok, video dan chat di telefon mangsa. Ada beberapa perkara lain yang dipadam sebelum diserahkan kepada polis."

Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian TikTokers terkenal itu dan seramai enam saksi dipanggil bagi membantu siasatan. 

Polis juga merampas beberapa barangan bukti seperti minuman keras, ubat-ubatan, kerusi plastik, kain berwarna coklat, tripod dan telefon pintar milik mangsa. 

Keluarga mangsa memaklumkan mereka nekad mencari dalang di sebalik kematian mangsa dan mengenal pasti motif pembunuhan itu.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 21-9-2021 03:25 PM
Cerdik benor pembunuh buat live masa bunuh...mungkin psiko laa...semoga ada keadilan untuknya kalo betol kena bunuh
Quote ninja9 21-9-2021 03:35 PM
Mungkinkah buat live kerana pembunuh upahan nak tunjuk kepada orang yang suruh dia dah buat kerja?
Quote meisapoya 21-9-2021 04:57 PM
Gila. Ni mesti baru tengok Mouse.
Quote kechikchomel 21-9-2021 08:08 PM
meisapoya: Gila. Ni mesti baru tengok Mouse.


Iolss tgk Mouse berapa episod je. Pastu give up dah. Pening kepala tengok!
{:smile
Quote missus_meow 21-9-2021 08:22 PM
harap dpt taulah sbb sebenar ...
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 02:06 AM
Kalau itu halnya
Moga diselidik betul2
Quote miss_perfect 22-9-2021 02:09 AM
Kes kat negara seberang pun dah serupa macam drama jenayah kat US. Scary betul

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.067267 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top