CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Cek Berjumlah RM2 Juta Diterima Zahid Hamidi Untuk Sumbangan Amal – Peguam

21-9-2021 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4904| Komen: 40

Description: Pihak pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiga keping cek berjumlah RM2 juta yang diterima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Tetuan Lewis & Co. adalah untuk tuj ...
Pihak pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiga keping cek berjumlah RM2 juta yang diterima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Tetuan Lewis & Co. adalah untuk tujuan sumbangan amal.


Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, yang mewakili Ahmad Zahid berkata dua keping cek adalah sumbangan amal jariah manakala sekeping lagi untuk sumbangan politik.

Dalam hujahannya, peguam itu berkata dalam keterangan saksi ke-38 iaitu Pengarah Profound Radiance Sdn. Bhd., Azlan Shah Jaffril mengatakan beliau tidak pernah memaklumkan bayaran tiga cek adalah sebagai ganjaran bagi melantik syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) Pakistan dan Nepal.

Foto: Kosmo

“Berdasarkan keterangan Azlan Shah, terdapat dua cek mengandungi butiran charity (kebajikan) manakala sekeping pula ‘political donation for TPM’ (derma politik untuk Timbalan Perdana Menteri). Saksi itu juga memaklumkan tiada mengarahnya untuk menulis perkara dalam cek berkenaan,” kata Hisyam.

Justeru itu, pihak pembelaan berkata, tiga pertuduhan iaitu melibatkan pertuduhan ke-16, 17 dan 18 tidak kukuh dipertuduhkan terhadap anak guamnya.

Sebelum ini, berdasarkan tiga pertuduhan itu, Ahmad Zahid dituduh menerima tiga cek berjumlah RM300,000, RM1 juta dan RM700,000 pada 3 Ogos 2017 daripada Azlan Shah selaku Pengarah Profound Radiance Sdn. Bhd.

Ia sebagai suapan bagi melantik syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan OSC Pakistan dan Nepal.

Ahmad Zahid, 68, kini dibicarakan atas pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 21-9-2021 06:11 PM
Ye lah tu...... Not buying though.
Quote JohnyEnglish 21-9-2021 06:51 PM
Sumbangan amal,pgi mekah tiap tahun.inilah dia calon ahli surga tuan2 sekalian.
Quote syaz_lina 21-9-2021 06:53 PM
Amal apa ko buat sampai terima derma juta2?? To hell la weh dasar penyamun tarbus
Quote xy_daen 21-9-2021 06:57 PM
Kalau camtu semua politicians dan Jusa2 dah boleh buat benda yang sama lah... Luluskan projek dan terima derma melalui badan kebajikan daripada penerima projek...

Tak salah kan.. Kan... Kan...
Quote xy_daen 21-9-2021 06:59 PM
Harap laki @Friska boleh start dulu mewakili Juca C minus ittew...
Quote azimodin 21-9-2021 08:15 PM
Politician senang2 pakai tiket derma walaupon terang2 shady transactions. Dah la kaya, dapat derma banyak pulak tu. Yg menderma pon bodoh. punya la banyak anak2 miskin yg x sambung belajar sebab xmampu, xnak pulak bagi fund juta2.
Quote kelapaparut 21-9-2021 08:17 PM
kalu ikutkan kes c wak jahat ni plg senang skali duit masuk terus ke yayasan dia xde lengkok2 mcm kes 1mdb najib, tp peguambela die goreng bagai nak rak nak sucikan wak jahat niehh
Quote bungarose 21-9-2021 08:41 PM
Kaya dunya
Dari maner entah sumber uwangnyer
Quote kaseh80 21-9-2021 08:41 PM
Kenapa bagi derma pada yg dah kaya raya
Baik terus derma kat org miskin
Quote OyaTonggek 21-9-2021 10:33 PM
kelapaparut replied at 21-9-2021 12:17 PM
kalu ikutkan kes c wak jahat ni plg senang skali duit masuk terus ke yayasan dia xde lengkok2 mcm ke ...

wak jahit jahat....
Quote jas7512 21-9-2021 11:07 PM
Hrp kau mereput masuk neraka...x rela i org mcm ni x dpt balasann kat akhirat
Quote rashiman 21-9-2021 11:16 PM
Buat apa nak kecoh2 kat sini, serah aje kpd para Hakim yg menentukan Sama Ada yg diterima itu duit rasuah atau derma.
Kalau rasuah, merengkoklah dipenjara, kalau derma adalah peluang bertanding dlm pru-15 dan peluang jadi PM.
Quote 266799eMkaY 22-9-2021 12:19 AM
Hmmmmm.
Quote addved 22-9-2021 12:41 AM
Jawab la anda kat akhirat nanti...
Quote axl_bach 22-9-2021 12:57 AM
Apa isu kat sini?  Peguam bela dia dh tentulah akan justify utk bela dia.... Bkn hakim yg bagi keputusan kata kes ni duit yg diterima tu sumbangan amal bukan rasuah... Tgu jer kes berakhir
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 02:56 AM
Mana bangkem?
Tolong bekap Ponorogo.
Quote dodolgemok 22-9-2021 08:35 AM
Huntong jdi politishit ni, dpt sumbanga berjuta berbilion masuk personal account terus.
Quote dodolgemok 22-9-2021 08:38 AM
axl_bach replied at 22-9-2021 12:57 AM
Apa isu kat sini?  Peguam bela dia dh tentulah akan justify utk bela dia.... Bkn hakim yg bagi keput ...

Dh nama pon porem, tentu lah acik2 bawang nak membawang smbil maki wak jahit ni. Kau gi rilek sana jah fokus bwk embulan, nak emo sini pulak dh kenapa sis?
Quote Sham143 22-9-2021 09:07 AM
Edited by Sham143 at 22-9-2021 09:31 AM

Tu sbb pemimpin2 ..... tk berani nk declare harta2 mereka.. Kalau jadi PM lagi la bertambah kaya raya & byk masyukk... Jelas perjuangan mereka yg dilaung2kan selama ini kononnya utk membela bangsa dn agama, hanyalah lakonan shj semata2.. utk mengaburi mata rakyat supaya mengundi & memilih mereka sbgai pemimpin.. Sebenarnya mereka2 ini hanya berminat nk kumpul harta kekayaan saja..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067972 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top