CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipanggil Binatang, Bayi Dihina- Suami Isteri Kena Halau Dari Restoran Sebab Susukan Anak

22-9-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5175| Komen: 30

Description: Seorang wanita terkejut dan tidak menyangka dia diusir dari sebuah restoran hanya kerana menyusukan bayinya.
Seorang wanita terkejut dan tidak menyangka dia diusir dari sebuah restoran hanya kerana menyusukan bayinya.

Kejadian itu berlaku di Restoran Greek Islands di Anacortes, Washington, di mana Ruby Meeden dan suaminya, Aaron telah merancang untuk bertemu dengan keluarga mereka dan menikmati makan malam.


Sementara menunggu ahli keluarga yang lain tiba, anak lelaki mereka, Rhett, yang berusia tiga hari, merengek kelaparan dan Ruby mula menyusukannya.

Foto: Komo

"Ketika menyusukan Rhett, saya menutupnya dengan kain dan kami duduk menghadap dinding," kata Ruby.

Namun, tidak semena-mena pemilik restoran menghampiri meja mereka dan menghalau tiga beranak itu pergi tanpa memberi apa-apa penjelasan, dan hanya memberitahu agar jangan kembali lagi ke restorannya.


Selepas episod memalukan itu, Aaron meninggalkan ulasan di dalam talian (online) atas pengalaman buruk mereka di restoran berkenaan.

Pemilik restoran itu membalas ulasan Aaron dan menggelar isterinya sebagai 'haiwan' selain turut menghina bayi mereka.

"Jangan datang ke restoran saya untuk menyusukan bayi anda," balasnya.

Setelah hantaran tersebut menjadi viral, sekumpulan ibu yang berang menganjurkan demonstrasi di luar restoran berkenaan kerana tindakannya yang memalukan dan bersifat diskriminasi. -CARI

Sumber: India.com

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 22-9-2021 08:42 AM
Owner tu igt depa gelandangan kot tumpang mnyusu baby dlm premis kot?
Quote AyaqMeloSuam 22-9-2021 08:43 AM
AyaqMeloSuam: Owner tu igt depa gelandangan kot tumpang mnyusu baby dlm premis kot?

Takpun owner tu lahir dr lembu. Trus jd manusia {:run
Quote Dwdrum 22-9-2021 08:44 AM
Baby baru 3 hari sudah berani bawa keluar sekarang.... Mesti yang halau cranky oldman...
Quote sukacactus 22-9-2021 08:53 AM
Mesti ada salah paham ni
Tokey tu mesti igt sengaja guna kedai dia utk menyusu
Kan diorang tgh tunggu family members lain kan, mesti xorder apa2 lg masa tu
Quote Suchi 22-9-2021 08:55 AM
Kat barat ni aneh sikit pakai seksi tersembul tek or nampak puting ke apa takde hal tp menyusukan bayi kat public walau cover dgn kain rasa kotor sangat.
Dah mmg Tuhan jadi kan tek tu utk susukan baby pun.
Ummah malaysia pun ramai tak suka org susukan baby di tempat awam walaupun ko guna baju nursing yg tak nampak pun bhgn kulit ko ke apa.
Sian plak mak2 ni bukannya nursing room ada kat semua tempat.
Kalau kat shopping mall kemain hujung2 dunia je dia letak.
Quote yondu 22-9-2021 09:00 AM
cabaran bfeed anak. belum campur dkt tmpt kerja lagi. wlaupun pam susu dkt meja sndiri, tetap la rakan skerja ckp kita mengular. dpt pula bs yg takmo handle susu badan. suami x supportive. anak nipple confuse.i mmg respek org yg menyusukan badan sehabis baik. Kalau nampak in public pun, i akan tegur tny, u nak kain @ nak cr bfeed room ke.
sb pernah nmpk dlm tesco, mak dia ni pakai tudung, baju butang2, dia buka je salah 1 butang lepastu bfeed anak dia. i yg dok sblh terkejut nmpk tetek dia. ye i tau nak bfeed anak, tp xde cover camtu i plak yg malu. hahahahhaha.bila offer kain, dia takmo.i tunjukkn tmpt mnyusu baby, dia ckp dia ok mnyusu anak camtu. ehhh i plak over risau psl tek org.hrhrhrhrhr
Quote Suchi 22-9-2021 09:02 AM
Dwdrum replied at 22-9-2021 08:44 AM
Baby baru 3 hari sudah berani bawa keluar sekarang.... Mesti yang halau cranky oldman...

Omputeh takde pantang2 kan, rasa sihat lepas kuar sepital selamba je kan depa dah kuar jln2 bawak baby.

Ummah nusantara yg duk oversea pun buat menda sama gak hahah
Ada sorang influencer indon ni kawen ngn org Turkey.
Dia baru kuar sepital lepas beranak aman2 je dia lepak tepi tasik bawak baby dia.
Nampak sihat dan ceria je dia hahha kalau kat indon takleh g mana la kau 44 hari.
Cam biasa netizen indon ada la juga bising, dorang kata ni kalau kt indon mesti org tua akan bising hihi
Quote naina 22-9-2021 09:06 AM
Dwdrum replied at 22-9-2021 08:44 AM
Baby baru 3 hari sudah berani bawa keluar sekarang.... Mesti yang halau cranky oldman...

Omputih mana kisah pantang2 ni..
Orang melayu je lah pantang jalan kepit keluar g sepital cek kuning. 3 hari Woo..badan masih berbisa.
Quote naina 22-9-2021 09:08 AM
Agaknya owner tu takda anak kot
So dia dengki dan tak suka orang bawa baby apatah lagi susukan baby kat kedai dia
Ini masalah hati
Quote bottombikini 22-9-2021 09:10 AM
omputeh pun pandai malu tutup dgn kain

yg melayu berkerak di sini bangga menayang nenen menyusukan anak in public
human right katanyehh
Quote Dwdrum 22-9-2021 09:20 AM
Suchi replied at 21-9-2021 05:02 PM
Omputeh takde pantang2 kan, rasa sihat lepas kuar sepital selamba je kan depa dah kuar jln2 bawak  ...

Tiada pantang... Memang boleh saja keluar exercise jalan jalan ke park itu semua... Tetapi sekarang better avoid bawa anak ke public seperti mall... Restaurant... Atau gathering....
Ini anak baru keluar nest sudah bawa untuk gathering di restaurant.. Jika park lain sikit.  
Quote Dwdrum 22-9-2021 09:23 AM
naina replied at 21-9-2021 05:06 PM
Omputih mana kisah pantang2 ni..
Orang melayu je lah pantang jalan kepit keluar g sepital cek kun ...

Anak 3 hari itu perlu consent mak bapa....sini lepas beranak 2 weeks sudah masuk kerja.... I kena 1st baby... Fikir kerja  banyak masuk juga... Last last mother in law suruh balik rumah dia... Mahu handle baby tidak pandai lagi... Kena masuk kerja pula...
Quote KamikuP 22-9-2021 09:28 AM
Yg halau family ni mesti tak penah hisap tek.. jeles kat baby kott..ekekeke
Quote Dwdrum 22-9-2021 09:29 AM
bottombikini replied at 21-9-2021 05:10 PM
omputeh pun pandai malu tutup dgn kain

yg melayu berkerak di sini bangga menayang nenen menyusuka ...

Melayu tidak pernah nampak unless bukan di public.... Di indon even di public  depa tarik baju  depan lelaki like nothing tiada cover... I pula yang ter kejut daring sangat depa...i yang perempuan rasa tolong malu untuk depa.... Hehehe
Quote Mini.Me 22-9-2021 09:42 AM
yondu replied at 22-9-2021 09:00 AM
cabaran bfeed anak. belum campur dkt tmpt kerja lagi. wlaupun pam susu dkt meja sndiri, tetap la rak ...

Haiyoo org gitu pon ada ke? Pakai tudung molek dah tutup rambut...lain ko tayang adoii
Quote Chah21 22-9-2021 09:48 AM
yondu replied at 22-9-2021 09:00 AM
cabaran bfeed anak. belum campur dkt tmpt kerja lagi. wlaupun pam susu dkt meja sndiri, tetap la rak ...

Aduh malunya.. walaupun bkn kita punya.. klu i pulak pernah nmpk baby tu dh tunjuk late cue dh nak susu.. tp ibunya beratur beli botol susu n susu tin ,dengar dia jawab kt suami dia ,dia malu menyusu anak
Quote Suchi 22-9-2021 09:49 AM
Dwdrum replied at 22-9-2021 09:20 AM
Tiada pantang... Memang boleh saja keluar exercise jalan jalan ke park itu semua... Tetapi sekaran ...

Iols rasa dia ni pun cam baru  je kot kuar sepital.
Tak sesuai bawak tempat ramai org.Lagipun kecik sgt 3 hari tu, perut si mak tu pun time ni biasanya masih bengkak lagi rahim blm kecut kalo yg berjahit kat bawah pun tak selesa nak kuar jln2.
Iols masa beranak czer amik masa rahim tu nak ngecut dah mcm mengandung lagi plak dah tu bergoyang2 seolah2 bergerak ke sana sini.

Kiranya kat sana takde cuti bersalin la ye sampai 2-3 bulan tu?
Quote naina 22-9-2021 10:22 AM
Dwdrum replied at 22-9-2021 09:23 AM
Anak 3 hari itu perlu consent mak bapa....sini lepas beranak 2 weeks sudah masuk kerja.... I kena  ...

YaAwlohh. Sistem maternity leave tiada kah dinegara barat? Disini 2 bulan cuti dengan gaji pun masih ramai protes mintak 3 bulan minimum cuti. Sambung 6 bulan tanpa gaji. Baby bawah 3 bulan sangat fragile dan emosi ibu juga begitu..
Quote yondu 22-9-2021 10:34 AM
Mini.Me replied at 22-9-2021 09:42 AM
Haiyoo org gitu pon ada ke? Pakai tudung molek dah tutup rambut...lain ko tayang adoii

hahahha tu la i terkejut. nampak tek tersembul. i pula terjeling2 pndg sbb eh eh eh tek sis nmpk la,suh pergi nursing room takmo.hrhrhrhhr

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.166602 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top