CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Takut Kena Cerai Sebab Tak Nak Simpan Gigi Orang Mati

22-9-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2405| Komen: 7

Description: Setiap keluarga ada cara tersendiri untuk berkabung atau memperingati pemergian insan yang mereka sayang.
Setiap keluarga ada cara tersendiri untuk berkabung atau memperingati pemergian insan yang mereka sayang.

Antaranya, menyimpan abu atau potret di mati sebagai tanda kita sentiasa mengingati mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.


Tapi bagi seorang wanita ini, dia amat terkejut apabila mengetahui amalan pelik keluarga suaminya iaitu menyimpan gigi orang mati dalam poket.

Foto: Agensi
Ritual pelik itu membuatkan wanita yang tidak dinamakan itu, menolak amalan tersebut yang dianggap sebagai menakutkan.

Wanita itu mendedahkan perkara tersebut dalam laman forum Reddit dan meminta pendapat ramai untuk menangani senario itu.

"Keluarga suami saya mempunyai ritual menakutkan apabila melibatkan soal kematian dan pengkebumian.


"Mereka dari Wales tetapi saya tidak fikir ia merupakan budaya di sana dan saya tidak menemukan amalan itu dilakukan oleh penduduk lain," katanya menggunakan nama DeathTeethStory.

Katanya sebelum ahli keluarga suaminya dikebumikan, setiap seorang daripada mereka akan mengambil gigi si mati sebagai tanda kenangan.

"Mereka juga akan menyimpan gigi itu dalam poket. Malah mereka ada sistem untuk memilih gigi si mati," jelasnya.

Wanita itu mengetahui ritual tersebut selepas menghadiri pengkebumian nenek suaminya baru-baru ini.

"Suami saya sangat marah kerana saya tidak mahu terlibat dalam ritual itu.

"Pada waktu itu, saya fikir soal tidak mahu membawa gigi si mati. Kemudian saya terfikir bahawa saya akan menerima nasib yang sama apabila mati nanti.

"Suami bertanya kepada saya sama ada saya mahu menafikan hak anak-anak untuk menyimpan satu kenangan buat mereka setelah saya mati?"

"Bagi saya, ritual ini amat gila. Saya tidak mahu gigi saya diberikan kepada orang lain selepas mati.

"Berdasarkan perbualan terakhir kami, saya rasa suami saya mahu bercerai," katanya. -CARI

Sumber: Daily Star/mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kyozsamurai 22-9-2021 08:56 AM
elok2 si mati ada gigi abis kena cabut
Quote Supersirap 22-9-2021 09:00 AM
ok la tu daripada simpan mayat
Quote naina 22-9-2021 09:10 AM
Dah mati semua anggota kena la tanam sekali

Quote Mini.Me 22-9-2021 09:46 AM
Patut laa ada hantu gigi hahaa...dah kalo yg mati tu gigi abis luruh dulu da masa hidup diorang nak amik simpan ape plak? Jari?
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 12:35 AM
Tooth fairy will come and get it
Quote Guli 23-9-2021 08:53 PM
Hanya kerana Gigi
Quote ctkaty 27-9-2021 04:56 AM
Apa benda ni main gigi pulak.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045632 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top