kazaraf Publish time 19-5-2010 10:26 AM

Lebuh raya baru atasi kesesakan teruk MRR2

SHAH ALAM 18 Mei - Kerajaan sedang mengkaji dan menilai cadangan untuk membina sebuah lebuh raya baru dari Sungai Besi ke persimpangan kawasan Setiawangsa bagi mengatasi masalah kesesakan teruk di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang kini menampung kira-kira 200,000 kenderaan setiap hari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bagi tujuan itu kementeriannya memerlukan tempoh kira-kira tiga bulan bagi membuat kajian menentukan jajaran yang sesuai sebelum sebarang keputusan diambil untuk melaksanakan projek tersebut.
Pada waktu yang sama, jelasnya, soal kewangan turut diberi perhatian kerana sebarang caj yang mungkin dikenakan tidak sepatutnya membebankan pengguna atau pemilik kenderaan.

''Ini antara perkara yang dilihat walaupun dari sudut trafik tidak ada masalah untuk diluluskan cadangan itu kerana MRR2 sebenarnya dibina untuk menampung 100,000 hingga 120,000 kenderaan sehari tetapi kini jumlahnya sudah meningkat dua kali ganda.

''Sekiranya kajian itu positif kementerian akan mengemukakan cadangan pembinaan lebuh raya tersebut kepada kerajaan untuk pelaksanaan dan kemungkinan besar syarikat yang ditawarkan untuk membinanya boleh diketahui hujung tahun ini," ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) di Tol Plaza Alam Impian di sini hari ini.

Shaziman memberitahu, pembinaan lebuh raya bukan lagi hanya untuk memudahkan orang ramai bergerak ke sesuatu tempat seperti dahulu tetapi kini nilai tambah daripada projek tersebut seperti kemajuan kawasan perumahan, perindustrian serta mewujudkan satu persekitaran baru.

Beliau berkata, pendekatan itulah yang diambil oleh kementeriannya dalam mengkaji semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) dan dirangka sehingga tahun 2025 agar keperluannya bersesuaian dengan keadaan lalu lintas dan sosio-ekonomi pada masa tersebut.

======================================


harap2 ia akan menjadi kenyataan. tang mana laluan dorg nk buat tu aku xleh imagine lak. gegege

Bolayan Publish time 19-5-2010 10:30 AM

SHAH ALAM 18 Mei - Kerajaan sedang mengkaji dan menilai cadangan untuk membina sebuah lebuh raya baru dari Sungai Besi ke persimpangan kawasan Setiawangsa bagi mengatasi masalah kesesakan teruk di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang kini menampung kira-kira 200,000 kenderaan setiap hari.



lobang mana pulok kat Sg.BEsi yg dah sedia maklom sesak tohhh yg nak di korek plak buat exit .. adehhhh :doh3::doh3:

kalau aku laa, biar ikut jalan jauh sikit tapi tak yem ...

atahanje Publish time 19-5-2010 10:33 AM

aku hari2 lalu mrr2, tua kat atas jalan je la

owenkatz Publish time 19-5-2010 10:36 AM

semuanya reactive aje.
cuba la proactive sikit, asyik2 macam kes tikus baiki labu jek.

ooo, jam, lets built a highway. oohh, another massive jam, lets build another highway. sampai bila pun masalah traffic kat KL ni tak settle.

atira Publish time 19-5-2010 10:40 AM

MRR2 tu mmg hazab...
sib baik la aku dah tak perlu melalui semua itu....
mmg perlu ada jalan alternatif sbb penggunaan MRR2 tu dah maksimum

kazaraf Publish time 19-5-2010 10:41 AM

semuanya reactive aje.
cuba la proactive sikit, asyik2 macam kes tikus baiki labu jek.

ooo, jam, ...
owenkatz Post at 19-5-2010 10:36 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

so apa cth proactive tuh. aku x terpikir la weh..
xkan buat lrt spjg mrr2 kot???

eco_internet Publish time 19-5-2010 10:44 AM

asik sibuk nak wat highway je...bila la nak improve public transportation? kalau la kita ada jaringan LRT yg bagus dan efisen, masalah kesesakan musti dpt diatasi..

atira Publish time 19-5-2010 10:45 AM

bila duke di buka... aku perasan cam ok sikit la MRR2... ke perasaan aku je...
sebab dulu2 lagi gila punye hazab

carly_lah Publish time 19-5-2010 10:49 AM

mujur le aku ni jenis menggunakan perkhidmatan awam p kerje balik kerja.. jd x tau ler sejauh mana jem nye pepagi kt highway mrr2 nie...

kazaraf Publish time 19-5-2010 10:52 AM

mujur le aku ni jenis menggunakan perkhidmatan awam p kerje balik kerja.. jd x tau ler sejauh mana j ...
carly_lah Post at 19-5-2010 10:49 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

jem kt mrr2 masa die x tentu. kdg2 pagi ok jek. tp ada hari lain x ok..
srupa gk dgn waktu ptg. ada hari jem teruk. ada hari jem bese2 y x tensenkn org.

ttapi. hari y paling wajib jem teruk adalah = Sabtu - 10pagi smapi ke ptg.
eggege

myazura Publish time 19-5-2010 10:53 AM

asik sibuk nak wat highway je...bila la nak improve public transportation? kalau la kita ada jaringa ...
eco_internet Post at 19-5-2010 10:44 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    yes! mantapkan public transport...baru boleh kurangkan load on the road!

mzan Publish time 19-5-2010 10:56 AM

semuanya reactive aje.
cuba la proactive sikit, asyik2 macam kes tikus baiki labu jek.

ooo, jam, ...
owenkatz Post at 19-5-2010 10:36 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Yelah, bile proactive, dikatanya membazir, x perlu dan mmbebankan. Pmbinaan federal highway dulu pun mndapat tentangan tetapi hari ini ia sgt diperlukan, smpikan higway lain dibina utk menampung kesesakan di Federal

carly_lah Publish time 19-5-2010 10:58 AM

Reply 10# kazaraf
tapi betul ler.. sabtu mmg jem teruk... walaupun sekali sekala je guna mmr2 nie...

darkharis Publish time 19-5-2010 10:58 AM

Post Last Edit by darkharis at 19-5-2010 10:59

emmm public transport.... manusia kalau boleh nak public transport t betul2 depan berhenti depan pintu.... sbb tu jalan ke kl tu still jem gak... walau skrg ni ada tambah gerabak....

byk faktor sbb org tak suka naik public transport....

rasanya ada dgr higway dr sg long/cheras nak ke gombak/sg buloh.... yang tu ka di maksudkan?

along3746 Publish time 19-5-2010 11:00 AM

banyak sangat taman perumahan dgn simpang masuk sepanjang MRR2, tu yg jem giler tu..

MengkuduMasam Publish time 19-5-2010 11:00 AM

buat highway.. tapi simpang bodo mcm kat pandan tu.. kompem laa jem gile...dah laa kete mmg sedia byk

3 lane... trus pi 2 lane....

harimau76 Publish time 19-5-2010 11:08 AM

haku pun hari-hari guna MRR2 ni...tak kira la camner pun, tp kalau nak buat highway baru ker atau guna alternative lain biar ler cepat skit..dah tak tertahan haku menanggung jem kat tas mrr2 iteww...

kabukiman Publish time 19-5-2010 11:10 AM

Replykazaraf
tapi betul ler.. sabtu mmg jem teruk... walaupun sekali sekala je guna mmr2 nie...
carly_lah Post at 19-5-2010 10:58 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    sis kabu siap pindah keluar dari ketenangan kemansah tohhh sbb tak tahan the $_#{P< MRR2... prfftthhhhhhh jer lah :re:

revolusi_30 Publish time 19-5-2010 01:24 PM

Bukankah MMR2 Ni Kecacatan kekal............Tak Boleh Dibaiki...HuHU

thylord Publish time 19-5-2010 01:30 PM

kat Pandan Indah tu dah start nak buat new flyover ka?? hari2 lalu tapi tak pernah nak tgk notis yg dorang pasang..
Pages: [1] 2 3
View full version: Lebuh raya baru atasi kesesakan teruk MRR2


ADVERTISEMENT