CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26162|Reply: 163

Misha Omar VS Budiey [“Janganlah kurang ajar” – Misha]

[Copy link]
Post time 16-3-2009 03:15 AM | Show all posts |Read mode
“Janganlah kurang ajar” – Misha

Misha dah naik angin! Itu yang boleh disimpulkan apabila penyanyiBunga-Bunga Cinta ini berang membaca tulisan dalam sebuah blog yangtelah mencercanya.

Blog yang dimiliki oleh seorang penulis hiburan itu mendakwa kononnyaMisha Omar, 27, sombong, berlagak diva dan sudah lupa asal usul.

Penulis itu juga mendakwa kononnya Misha sudah tidak pandai bercakaploghat Kelantan lagi. Lebih dari itu penulis berkenaan cuba melaga diadengan penyanyi Siti Sarah dengan mendakwa Misha sengaja mentertawakanSarah ketika penyanyi genit itu membuat persembahan dalam program akhirMy Star LG pada 22 Februari lalu.

Menurut Misha, penulis blog itu sebenarnya berniat jahat dan mahumenjatuhkan maruah dia sebagai penyanyi. Puncanya apabila kakak Mishaiaitu Mimi melarang penulis blog itu yang mahu merakamkan gambar Mishamahu memakai baju di belakang pentas dalam sebuah program anjuranstesen radio Hot FM bulan lalu.

Akibat perkara itu, penulis berkenaan turut menyerang secara peribadidengan mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan di samping cubamelaga-lagakan orang.

“Saya kecewa dengan tuduhan penulis blog yang tak bertanggungjawab itu.Jangan nak cabar kesabaran saya,” katanya ketika dihubungi petangSelasa lalu.

Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Misha meluahkan rasa kesalnya.

Panas! Tiba-tiba ada penulis blog buat tuduhan yang bukan-bukan kepada Misha. Apa ceritanya?

Penulis blog itu memang tak bertanggungjawab. Dia tak pernah kenalrapat dengan saya. Tiba-tiba dia buat tuduhan sesuka hati. Apa motifdia yang sebenar saya pun tak tahu.

Apa puncanya?

Entahlah! Dia ada masalah peribadi saya rasa. Sebab itulah dia serangsaya dalam blog dia dengan tiada perasaan tanggungjawab. Tak silap sayadalam satu konsert anjuran stesen radio Hot FM, penganjur bagi bajumereka untuk saya pakai. Masa di belakang pentas, saya nak pakai bajutu. Yalah kena hormatlah permintaan penganjur. Tiba-tiba dia masuk bawakamera dan cuba nak rakam gambar saya secara curi. Nasib baik kakaksaya, Mimi nampak dan minta dia tidak buat macam tu.

Masa itu keadaan Misha macam mana? Tidak berbaju ke?

Saya pakai baju kemeja. Cuma nak sarungkan baju T yang diberi penganjursaja. Tapi kalau nak ambil gambar pun beritahulah dulu supaya kitaboleh bersedia. Saya takut bila gambar tu tersebar dalam Internet,orang buat macam-macam tuduhan yang tak elok. Sedangkan orang tak tahu.Sebab tulah saya takut ini berlaku. Lepas kakak saya melarang penulisblog itu merakamkan gambar, dia cakap sorry dan terus pergi. Tak sangkapula sehari lepas tu dia tulis dalam blog hina saya macam-macam.

Dia kata apa dalam blog dia?

Penulis tu menceritakan pengalaman dia turut serta dalam konsert tu.Ketika nak ulas mengenai persembahan saya, dia memberitahu dalam blogyang dia tak dapat beri komen sebab dia sudah buang gambar sayagara-gara sikap saya yang berlagak di atas pentas. Malah dia tuduhpersembahan saya busuk macam budu dan petai. Bagus ke tulisan macam tu?Elok ke buat macam tu?

Bagaimana kes dengan Siti Sarah pula?

Masa konsert akhir My Starz LG saya ada buat persembahan. Siti Sarahpun ada. Ketika duduk menyaksikan artis menyanyi, saya beradaberdekatan dengan beberapa wartawan hiburan. Dia orang (wartawanhiburan) memang rapat dengan saya. Jadi kami ketawa dan gelak-gelak ladi situ. Kebetulan penulis blog tu datang belakang kami tengok kitaorang ketawa. Dia pun tak tahu apa sebab kami ketawa tapi sedihnya diasanggup tulis saya ketawakan persembahan Siti Sarah. Kenapa dia tulismacam tu? Kenapa tak tulis wartawan pun ketawakan Siti Sarah kalaulahbetul apa yang dia fikirkan dalam kepalanya itu? Ini tidak, kaitkannama saya seorang saja.

Adakan dia bermotifkan sesuatu?

Saya rasa motif dia nak memburukkan saya. Dalam masa yang sama cuba nakmelaga-lagakan saya dengan Siti Sarah. Itu sikap yang kurang ajar. Diatahu suatu ketika dulu saya dengan Sarah pernah ada krisis. Tapisekarang dah okey. Mungkin dia cuba nak laga-lagakan kami semula.

Siti Sarah ada cakap apa-apa?

Buat masa ni tak! Tapi saya takut la nanti Sarah fikir yang bukan-bukanpula gara-gara tulisan berniat jahat penulis dia tu. Saya fikir selainnak aibkan saya, sekali gus cuba melaga-lagakan orang. Janganlah kurangajar.

Kononnya Misha berlagak “diva”. Macam mana pula tu?

Kalau nak jadi “diva”, dah lama dah saya buat macam tu. Bukannya harini. Sekarang dah tak ada makna nak “diva-diva” lagi. Itu semua orangyang tak senang dengan kita sebab itulah dia buat tuduhan yang takmasuk akal.

Misha pernah bersua muka dengan penulis blog tu selepas kejadian berkenaan?

Belum lagi. Tapi saya harap sangat nak jumpa dengan dia. Bukan nakserang tapi saya nak tanya apa yang dia tak puas hati sangat dengansaya. Kalau saya pernah buat silap dengan dia, tolong jelaskan supayasaya tahu dan saya boleh minta maaf.

Apa nasihat Misha kepada penulis blog tu?

Nak tulis sesuatu biarlah profesional sikit. Buat kerja biar ada etika.Jangan sampai saya ambil tindakan lain yang boleh menyusahkan dia. Sayacuma nak bagi amaran, lepas ini jangan buat macam tu lagi. Kesabaransaya ada batasnya. Harap dia faham maksud saya ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 03:27 AM | Show all posts
ade aku kisah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:42 AM | Show all posts

Reply #1 khairilhusni's post

budiey da delete kewr posting ittew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 03:46 AM | Show all posts
aku cari2 gak.. tak jumpa lg. tp rasanya pernah terbaca tulisan budiey ttg misha tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:50 AM | Show all posts
tu laaa, baru nk bace psl tu

die da delete agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:04 AM | Show all posts
semak mata pi blog dia...banyak sangat iklan... citer hampeh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 06:59 AM | Show all posts
Budiey ni yg bakal bini dia yg gedabak tu kan??? org Kelantan gak kan??? alahai...muka dia sendiri dah muka mangga...ada hati nak kata org sana sini..org tak tau bersyukur...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:04 AM | Show all posts
budiey ni bukan ke dah kahwin
tapi apesal perangai macam jantan patah je kuat sentap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 07:16 AM | Show all posts
kesian misha...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:19 AM | Show all posts
aku sempat baca yg budiey tulis pasal misha tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:19 AM | Show all posts
anybody cares dengan penjelasan dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:20 AM | Show all posts
Budiey ni bukan wartawan pun... tak diiktiraf oleh Kementerian dan tak pernah ada pass media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan. Dulu dia main redah je mana-mana funtion hiburan kononnya dia minat bidang kewartawanan. Sampai funtion tu pakai pakaian kemas, dia & suku sakat dia pakai T shirt ke. Sampai ada segelintir wartawan yang bengang sebab sikap main belasahnya...

Nak jadi wartawan, kena ada ilmu dan ada etika kewartawan atau lebih tepatnya kena belajar dari yang berilmu. Takat tangkap gambar, buat artikel sampah... semua orang boleh buat... pas tu bergambar dengan artis tu kononnya dia popular...

Harap-harap dia sedar diri lepas ni dan tak terlalu pro pada seseorang artis je..!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:22 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 16-3-2009 07:19
aku sempat baca yg budiey tulis pasal misha tuh.

trok ke ape yg die tulis tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:24 AM | Show all posts

Reply #1 khairilhusni's post

paan muker e budiey...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:26 AM | Show all posts

Reply #11 chempaka_ku's post

kalo x care watpe nak komenkan? apalah kamu ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:26 AM | Show all posts

Reply #2 ahmad_dhani91's post

x kisah tapi nak komen jugak kan Dhani? :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 07:27 AM | Show all posts

Reply #1 khairilhusni's post

x baca blog Budiey yang semak tu, tapi kalo memang betul dia tulis camtu bagus juga Misha buat explanation, nampak keji sungguh perbuatan Budiey ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 07:45 AM | Show all posts

Reply #13 ida88's post

tak tahulah nak kata teruk ker tak, tapi mungkin bagi misha a bit harsh jugak la. sebab memang berapi-api jugaklah dia tulis dlm tu. dia tak mention secara direct nama misha, tapi dia kasiklah hint tak makan budu tu, semua org tahukan siapa.

tapi still tak blih lawan bahasa kak azwana kita
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:00 AM | Show all posts
sendiri buat sendiri tanggung.... LU PIKIR LA SENDIRI
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:01 AM | Show all posts
wateverlah.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.072358 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list