CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47349|Reply: 177

Penyanyi era 70-an kekal penjara 19 tahun rogol anak

[Copy link]
Post time 23-3-2010 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Siapakah penyanyi ini ?
PUTRAJAYA: Seorang bekas penyanyi, yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan pada tahun 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya sembilan tahun lalu. Ia berikutan kegagalannya dalam rayuan akhir di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 2005. Hakim tiga panel terdiri daripada Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membuat keputusan itu selepas tidak bersetuju dengan hujah yang dikemukakan peguamnya, T Suresh mengenai pencanggahan keterangan mangsa di mahkamah dan keterangannya kepada pakar psikiatrik. Hakim Suriyadi berkata, adalah normal bagi seseorang kanak-kanak untuk memberikan keterangan berbeza kerana perbezaan keterangan, kadang-kadang bukan melemahkan tetapi menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memberi keterangan yang betul. Beliau berkata, sekiranya kanak-kanak bercakap sesuatu perkara yang sama daripada A sehingga Z, ia ada yang tidak kena, kerana kanak-kanak itu mungkin telah dilatih untuk menyatakan sedemikian. Penghibur 59 tahun itu, yang menguruskan gerai makanan, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 29 2005 terhadap tuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu berumur 11 tahun dan 10 bulan, di rumah penyanyi itu di Sentul, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang, 26 September 2001. Dia juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara pada 25 Ogos 2008. Menurut keterangan kes, mangsa tinggal bersama neneknya di Shah Alam dan kembali ke rumah ibu bapanya di Sentul ketika cuti persekolahan. Pada hari kejadian, bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa balik ke rumah neneknya di Shah Alam untuk memulakan penggal persekolahan pada keesokan hari tetapi kereta bapanya rosak di pertengahan jalan menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpatah balik ke Sentul. Mangsa dirogol pada petang berkenaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 06:50 PM | Show all posts
mmg patut duk dlm penjara..
jahat sgt.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:56 PM | Show all posts
kat kl bersepah pelacur RM10.00 leh dapat..
apa dibaham anak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:58 PM | Show all posts
bapak yg xleh harap...asik nak wat anak jer...jga xtau
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:00 PM | Show all posts
buat malu kaum dan agama aje..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:04 PM | Show all posts
bapak jahanam...tula pasal sebat smpi mampus...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2010 07:06 PM | Show all posts
ngeri ada bapak mcm nih............nauzubillah...........
akak mcm dpt agak sape..............
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:08 PM | Show all posts
siape nih??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 07:23 PM | Show all posts
si sani tu larr tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:28 PM | Show all posts
"KUALA LUMPUR: “Hidupku amat tertekan sekali, lebih-lebih lagi diriku sudah rosak selepas dirogol ayah sendiri” adalah nota yang ditulis anak perempuan penyanyi M Sani dan dijumpai ibu saudaranya.

Ibu saudara mangsa ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen, memberitahu dia menjumpai nota itu ketika mengemas bilik yang digunakan oleh mangsa.

Menurutnya, ketika cuti sekolah, mangsa tidur di rumahnya beberapa hari dan apabila mangsa kembali ke rumah neneknya di Shah Alam, dia menemui nota itu.

“Saya jumpa sehelai kertas dan apabila saya buka kertas itu saya membaca karangan yang ditulis mangsa.


“Selepas membacanya saya terkejut dan berdebar lantas saya telefon mangsa untuk bertanyakan hal itu dan membawanya keluar makan keesokan hari,” katanya.

Dia memberitahu, dia tahu tulisan di atas nota itu tulisan mangsa kerana mangsa sering datang ke rumah dan membuat contengan kertas selain dia sendiri memeriksa buku latihan mangsa.

M Sani yang hadir memakai kemeja biru dan berseluar warna gelap diwakili peguam Kuldip Singh dan T Suresh.

T SURESH: Kertas itu ada lagi ke?

IBU SAUDARA: Maaf saya dah buang.

T SURESH: Selepas menjumpai nota itu, apa yang kamu lakukan?

IBU SAUDARA: Saya telefon dia dan bawa dia keluar makan keesokan harinya. Selepas makan saya bertanyakan mengenai nota itu. Mangsa terperanjat dan bertanyakan nota apa dan saya memberitahu dia mengenai penemuan nota dia tulis berhubung dia dirogol oleh ayah sendiri. Dia terus menangis dan saya memujuk dia supaya berterus terang dan dia menceritakan segalanya.

T SURESH: Adakah dia beritahu bila kejadian itu?

IBU SAUDARA: Dia beritahu saya secara am, tidak secara terperinci. Ketika itu dia merayu supaya tidak memecahkan rahsia itu pada emak, nenek dan datuk. Saya nasihat dia supaya tidak pergi ke rumah bapanya kerana takut perkara itu akan berulang.

T SURESH: Pada 22 November 2001, apa berlaku?

IBU SAUDARA: Saya ambil keputusan untuk menceritakan perkara ini kepada ibu mangsa tetapi saya tidak menceritakan hal dia dirogol. Saya katakan ‘tengok-tengokkan mangsa sikit. Dia selalu mengadu ayah dia selalu peluk dan cium dia’.

M Sani atau nama sebenarnya, Md Sani Abu Yamin, 50, didakwa merogol anaknya di sebuah rumah di Sentul Pasar, jam 5.30 petang, pada 26 September tahun lalu. Ketika itu, mangsa berusia 11 tahun.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu berirama Hindustan dan asli ketika waktu gemilangnya pada era 70-an, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

M Sani juga menghadapi dua tuduhan lain atas dakwaan merogol anak teman wanitanya di tempat yang sama antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam, pada April 2000 dan Disember 2000.

Bagaimanapun, bagi dua tuduhan itu, M Sani dibebas tanpa dilepaskan pada 20 November lalu, selepas mangsa dan ibunya gagal dikesan.

Sementara itu, ibu mangsa ketika memberi keterangan mengakui pada 22 November 2001 dia menerima panggilan telefon daripada adiknya iaitu ibu saudara mangsa.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim, dia berkata adiknya meminta supaya tidak membenarkan lagi M Sani mengambil mangsa tinggal bersamanya.

YUSAINI: Ada dia beritahu mengapa dia meminta begitu?

IBU: Dia memberitahu ayah mangsa selalu peluk, cium dan buat lebih daripada itu, jadi saya tak benarkan M Sani mengambil mangsa lagi.

YUSAINI: Selepas dia beritahu ada puan bertanya kepada mangsa sendiri?

IBU: Saya tidak bertanya pada hari yang sama tetapi saya bertanya pada keesokkan harinya iaitu pada 23 November 2001, kira-kira jam 12 tengah hari.

YUSAINI: Masa itu apa yang puan tanya?

IBU: Betul ke ayah cium adik (mangsa) dan dia mengatakan ya. Saya mengatakan mungkin dia cium kerana sayangkan mangsa namun dia kata tidak dan memberitahu saya, ayahnya peluk, cium dan memegang kemaluannya. Selepas itu saya tidak bertanya lagi. Selepas buka puasa, sekali lagi saya bertanya kepada mangsa apa lagi yang dilakukan ayahnya. Mangsa memberitahu yang ayahnya merogol dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:29 PM | Show all posts
Syd...yg ni ke M. Sani tu..maap kalau silap org....

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:33 PM | Show all posts
mcm setanz kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:43 PM | Show all posts
jadi betul la orgnya...cehh.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:54 PM | Show all posts
aku mmg geram btl dgn bapak yg rogol anak ni..
pelacur kat KL ni berlambak kalau kau dah gersang sgt..
tergamak rogol anak sendiri:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 08:03 PM | Show all posts
nauzubillah.... mcmana sampai tergamak buat hal ni ngan darah daging sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 08:04 PM | Show all posts
haruan makan anak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 08:07 PM | Show all posts
napsu iblyss:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 08:08 PM | Show all posts
binatang camni patut digantung:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 08:11 PM | Show all posts
Ngeri nye baca psl ni...duk ngan ayah sendiri pn x selamat. Apa nk jd ngan setengah2 manusia ni, dh jahil tentang apa yg halal n haram..moga Allah lindungi kita semua..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 08:13 PM | Show all posts
Syd...yg ni ke M. Sani tu..maap kalau silap org....


mea Post at 23-3-2010 19:29



ini olang manyakkkkk bodo:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.169760 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list