CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: okkut

Artis Remaja Kena Tipu Beli Henpon!!!

[Copy link]
Post time 17-7-2010 11:50 PM | Show all posts


Taman Connought
Cheras, Kuala Lumpur
17 Jul 2010
12 tgh

2 telefon bimbit - sebuah i-Phone dan sebuah Nokia dengan hanya RM1000 sahaja.

Harga gila, runtuh dan merudum itu sebenarnya adalah harga untuk dua buah telefon bimbit tiruan...



Malangnya, ramai pengguna tertipu dan ditipu , di mana penjual berselindun di sebalik Karnival Telefon Bimbit yang sebenarnya, mereka kebanyakannya menjual telefon tiruan, palsu dan 'tidak cukup sifat' tetapi mendakwa sebagai tulen.



Dan nasib menyebelahi artis wanita remaja ini, yang berusia 17 tahun, kerana ketika dia hendak membayar untuk telefon bimbit 'tiruan' yang tidak diketahuinya, karnival itu diserbu pihak berkuasa...

Semalam, Shahila Shariff, 17 tahun, singgah di Karnival 'Penipu' ini yang terletak hadapan sebuah pasaraya besar di Taman Connounght Cheras.



Dia bersama ibunya, Noriah Mat Isa, 42 tahun, kemudian dipujuk dan diyakinkan oleh salah seorang penjual, bahawa telefon bimbit yang dijual adalah tulen.

Selepas tawar menawar, dua telefon bimbit itu berharga RM1000, yang mana harga sebenar adalah kira-kira RM3000.

Shahila atau Heela, membayar deposit RM200 dan berjanji datang keesokannya untuk membayar baki RM800 dan mengambil telefon bimbit itu.

Dan, kira-kira jam 12 tengahari tadi, Shahila datang bersama ibunya ke tempat semalam.

Saya sempat menegur ibu Shahila dan bertanyakan tujuan kedatangannya.

Sebenarnya, ketika mereka datang, Karnival itu sedang diperiksa dalam operasi mengejut oleh sepasukan anggota penguatkuasa KPDNN-KK Kuala Lumpur termasuk gerai yang mengambil deposit dari Shahila semalam.

Akhirnya, didapati benar, telefon bimbit yang dipesan Shahila disahkan sebagai tiruan.

Wang RM200 dikembalikan, malah telfon bimbit itu turut dirampas.

Akhirnya, sejumlah 139 telefon bimbit tiruan bernilai lebih RM100,000 dirampas.



Jenama paling popular ialah i-Phone - dan sebenarnya i-Phone yang dijual, tidak pernahpun dikeluarkan model itu oleh pengeluar asalnya, sebaliknya i-Phone ciptaan dari China yang disahkan sebagai palsu, tiruan dan dibawa masuk secara tidak sah.

Sebenarnyam sejak Februari lalu, 34 serbuan dilakukan di karnival telefon bimbit seluruh Kuala Lumpur membabitkan rampasan kira-kira RM300,000.

Dengan harga yang ditawarkan benar-benar tidak logik, membuatkan pengguna terpedaya dan membeli barangan yang sebenarnya tiruan.

Persoalannya, siapakah penganjur dan pihak yang meluluskan karnival-karnival penipu sebegitu, walaupun telah banyak pengguna tertipu.

Perlukah KPDNKK terpaksa membuang banyak masa melakukan serbuan dan pemeriksaan sebegitu, sedangkan pihak yang meluluskannya hanya berdiam diri dan terus meluluskan karnival sebegitu?

Terbukti, langsung tiada penyelarasan dan kepekaan sesuatu pihak dalam agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang mengundang lebih banyak masalah kepada pengguna.


Nota:
Shahila Shariff, 17 tahun, artis remaja yang baru merakamkan album single pertamanya berjudul 'Heela' dan dijangka keluar tidak lama lagi.

Heela merupakan pelakon teater kanak-kanak seperti 'Gamat the Musical' sebagai Ketua Obor-obor dan Kita The Musical.

Filem pertamanya akan ditayangkan bulan hadapan berjudul 'Aku Tak Bodoh' .

Filem kedua lakonannya 'Momok Jangan Panggil Aku' arahan M.Jamil akan memulakan pengambaran 24 Jul depan.

kredit to ondscene..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2010 12:00 AM | Show all posts
siyes..xkenal sapa minah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 12:03 AM | Show all posts
aku pon tak kenal.. tak kenal maka tak cinta....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 11:31 AM | Show all posts
wat malu je la pompuan ni..yg ko g beli kat situ pehal??beli kat center la kalo nak yg ori...ni cam nak cari glemer je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 11:56 AM | Show all posts
xkenal pun
kesian
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 01:16 PM | Show all posts
beli tepun pn kecoh..org lain bli tepun dua rat je xriuh pn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2010 01:20 PM | Show all posts
retis baru kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 01:54 PM | Show all posts
kesian......senang2 jer kena kapurrrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2010 01:59 PM | Show all posts
mudahnya tertipu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 02:01 PM | Show all posts
x kenal
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 02:12 PM | Show all posts
retis ker dier nih..ker setakat org yang lalu lalang kat belakang jek...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 03:51 PM | Show all posts
retis kee minah sengal tu kat s'pore pun iphone 3g masih mahal.
baca lah review kat blog2 berkaitan electronic stuff melambak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 04:17 PM | Show all posts
retis ke? ada hikmah sheols kena tipu, baru boleh glemer citer choyy gini pun leh masuk biter
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 04:49 PM | Show all posts
dia ni ke yang berlakon ngan Aeril Peterporn tu? dah nama nya artis, kita semua tak kenal artis ni kat M'sia...so mesti dtg dari Indon Minah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 05:34 PM | Show all posts
alahai....kalau nak beli barang2 macam ni kena la alert harga pasaran macamne.
nak2 lg apple,barang yang paling susah turun harga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 07:32 PM | Show all posts
tak kenal la artis ni...ini bukan kategori suam kuku dah ni. Artis ni dah masuk kategori sejuk beku..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2010 07:40 PM | Show all posts
Tu la masalahnye dgn reporter kat m'sia ni.Baru belakon jadi pak pacak tu pun sebagai Obor-Obor dah dilabel sebagai ARTIS
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 08:09 PM | Show all posts
tu la..aku pn tgk gak kat tv3 smlm..ntah sapa2..stakat berlakon 1 cite dah mengaku artis..forumer kat cni pn ramai ckp tak knal dia..bleh tak sapa2 yg arif kat sini bg definisi artis tu camne? meluat aku tgk..brlakon jd hulubalang 1 scene je pun artis la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 08:23 PM | Show all posts
kalau ikut definisi, artis tuh pelukis kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 08:27 PM | Show all posts
kene tifu sbb bodoh... kesian!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059266 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list