CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11837|Reply: 130

[Tempatan] [VIDEO] Penolong jurutera MBSA hilang kaki angkara hospital cuai

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Penolong jurutera MBSA hilang kaki angkara hospital cuai

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... kara-hospital-cuai/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
15 April 2024, 1:19 pm

  



Isman ketika hadir di Mahkamah Sivil Shah Alam hari ini bagi tuntutan saman terhadap rangkaian hospital termuka yang menyebabkannya kehilangan kedua-dua kaki, lima tahun lalu. -Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – “Saya masuk sebab apendiks tetapi sebab mereka cuai, kaki saya hilang,”

Itu kekecewaan jelas terpancar pada seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Isman Ibrahim, 41, yang menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas mendakwa menjadi mangsa kesilapan doktor bedah sebuah rangkaian hospital terkemuka di negara ini.

Kata Isman, insiden menyayat hati itu berlaku selepas dia menjalani pembedahan di hospital tersebut selepas pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati menghidap apendiks pada Jun 2019.

“Prosedur pembedahan itu tidak berjalan dengan baik apabila doktor yang membedah saya disyaki telah menebuk dan mengikat saluran darah utama sehingga menyebabkan kedua-dua kaki saya menjadi hitam atau gangrene.

“Hospital tersebut kemudiannya telah memindahkan ke sebuah hospital swasta lain. Hasilnya pemeriksaan lanjut kemudiannya menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Menurut anak kelapan daripada 11 beradik itu, perkara tersebut diketahui apabila perbualan yang dirakamnya dengan salah seorang pakar bius yang terlibat dalam pembedahan tersebut memaklumkan 90 peratus kemungkinan disebabkan cuai tercucuk pada salur darah itu.

Ujar Isman, pemotongan kedua-dua kaki dibuat pada paras paha selain perlu menjalani pembedahan pintasan saluran darah kekal bagi memastikan bahagian kekal dua kakinya boleh bergerak.

“Semasa semua ini terjadi, isteri saya tengah mengandung anak keempat kami. Hati siapa tidak sedih apabila melihat diri sudah tidak seperti dulu.

“Selama 10 hari terpaksa sorokkan nasib menimpa saya daripada tiga anaknya yang lain sebelum mereka yang hadir di kemudiannya turut menangis melihat keadaan terbaru ayah mereka,” katanya.

Menurutnya, susulan kecuaian pakar bedah hospital berkenaan juga mengakibatnya mengalami sakit saraf yang amat sangat selama tiga jam selang dua hari.

“Tidur saya tidak lagi sempurna sejak lima tahun lalu. Setiap selang dua hari bermula pukul 2 pagi saya akan mengalami kesakitan. Bahagian alat kelamin saya juga terganggu dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat.

“Saya nekad bawa kes ini ke mahkamah untuk menunjukkan dan membongkar isu kecuaian pihak hospital. Saya pasti banyak kes didiamkan dan berharap mereka yang senasib tampil ke depan,” katanya.

Dalam pada itu, Peguam Firhat Muhd. Fikri mewakili Isman memaklumkan prosiding yang berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Hazizah Kassim hari ini sepatutnya adalah bagi perbicaraan namun pihaknya akan memfailkan semula tuntutan saman seperti dipersetujui anak guamnya.

“Tuntutan saman awal kita adalah RM55 juta dan pemfailan semula bagi memastikan kebajikan anak guamnya terjamin. Ini termasuk dalam mendapat kos sebenar bagi kaki palsu daripada beberapa pengeluar.

“Kita mahu anak guam menjadi senormal yang boleh bagi dia menjalani kehidupannya. Pemfailan semula tuntutan akan dibuat dalam tempoh sebulan ini,” katanya.

Pada prosiding tersebut, rangkaian hospital tersebut sebagai defendan diwakili Peguam T. Tharumarajah. -KOSMO!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sedihnya. Hospital mana tu? Nk tau jgk kot boleh elak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga menang saman. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Good Luck..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuntutan 55j nk dpt byk tu mmg tidak lar.
Kurang² pampasan 5j mcm kes budak pompuan lumpuh saman duktur² & gomen dulu nih.
Nevertheless, duit jota² pn xmampu nk compensate nikmat cukop anggota bdan.
Moga menang saman & dipermudahkn urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:53 PM | Show all posts
Hospital mana ni? Semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dlm cite kdrama je benda2 ni berlaku...harap menang pampasan juta2 n nak tgk gak sape doktor tu..adakah masih jadi doktor bedah org lain?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran rumah sebelah meols kat kampung pun kes sama jugak, ntah apa urat yg doktor usik, terus tempang chuols. Tak pasal2 jadi OKU. Nak saman org kampung b40, pakat redha je lah satu family.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 03:11 PM | Show all posts
Moga dipermudah semuanya n jadi pengajaran kepada yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:50 PM | Show all posts
Semoga beliau saman juta2 bukan sekadar pampasan atas kehilangan anggota badan tapi sebagai peringatan dan amaran untuk doktor dan staf hospital berkenaan supaya buat kerja dengan cermat dan teliti.
Baru ni pun adik sorang staf dimasukkan dalam wad hospital swasta dan tanpa mengetahui punca sakit demam kena makan pil antibiotik. Bila ahli keluarga beliau yg juga seorang Jururawat di hospital kerajaan tanya tentang prosedur, rupanya ujian darah pun tak buat. Hospital swasta berkenaan target nak caj pesakit masuk wad lebih lama. Jadi lambatkan proses rawatan. Elok sampai maksimum..baru discaj.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpatinya. Moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes doktor bius wanita rasanya yg mahkamah arahkan bayar saman berjuta kepada keluarga patient walaupun doktor tu dah cuba nak selamatkan nyawa pesakit tu. Patient tu sebelum ni dapat rawatan dari hospital lain tapi dihantar ke ER hospital tempat doktor tu bertugas bila berlaku kecemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:11 PM | Show all posts
allshares replied at 15-4-2024 02:18 PM
Ya Allah sedihnya. Hospital mana tu? Nk tau jgk kot boleh elak.

hospital swasta di seksyen 20, shah alam. boleh google lah hospital mana. huhu. adik kawan opis iols ni. kesian sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:12 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 15-4-2024 02:34 PM
Tuntutan 55j nk dpt byk tu mmg tidak lar.
Kurang² pampasan 5j mcm kes budak pompuan lumpuh saman du ...

hospital tu nak setel tepi. offer beberapa puluh ribu jer. exact figure iols x nak revel lah. member tu hilang kaki kot. gila.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:17 PM | Show all posts
farhani87 replied at 15-4-2024 04:11 PM
hospital swasta di seksyen 20, shah alam. boleh google lah hospital mana. huhu. adik kawan opis io ...

kei pee ..... ker?
OMG
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:17 PM | Show all posts
grouper replied at 15-4-2024 03:04 PM
Ingat dlm cite kdrama je benda2 ni berlaku...harap menang pampasan juta2 n nak tgk gak sape doktor t ...

masih lagi. dr jawatan tinggi juga. banyak title kat depan nama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 04:21 PM | Show all posts

yezza
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:21 PM | Show all posts
sedihnyaa.. rasanya hospital swasta nie
sbb ada ayat dia "Hospital tersebut kemudiannya telah memindahkan ke sebuah hospital swasta lain. Hasilnya pemeriksaan lanjut kemudiannya menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Shah Alam hari ini".
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:22 PM | Show all posts
farhani87 replied at 15-4-2024 04:11 PM
hospital swasta di seksyen 20, shah alam. boleh google lah hospital mana. huhu. adik kawan opis io ...

igtkan hosp swasta yg x terkenal.. rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-4-2024 08:24 AM

Sebab tu aku jahat dan cerewet di hospital. Swasta pon sama.

Ko ingat suma doktor ngan nurses tu pandai walaupun meka patutnya trained medical pros?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072688 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list