CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4040|Reply: 16

PESTA JOM MAKAN BUAH PUTRAJAYA 2012

[Copy link]
Post time 5-12-2012 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Pesta Jom Makan Buah di Putrajaya Jumaat ini

JERANTUT 4 Dis. - Penggemar durian bakal menikmati raja buah itu sepuas-puasnya sempena Pesta Jom Makan Buah yang akan berlangsung di Putrajaya selama lima hari bermula Jumaat ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, sebanyak 200 tan durian terutama jenis musang king (D 197) akan dijual dengan harga istimewa pada pesta tersebut.

"Kita menyediakan 60 gerai yang akan memasarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan orang ramai boleh menikmatinya dengan harga istimewa berbanding harga biasa," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat FAMA Jerantut, di sini.

Beliau berkata, penganjuran pesta itu merupakan satu langkah diambil oleh FAMA untuk memastikan hasil titik peluh petani dan peladang boleh dipasarkan kepada orang ramai.

"Untuk makluman semua, pengeluaran buah-buahan bermusim seperti durian, cempedak, dokong, manggis dan rambutan pada November dan Disember kali ini sangat banyak dan ia perlu dipasarkan segera agar tidak berlaku lambakan," ujarnya. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... t-ini#ixzz2EBegsDbT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2012 10:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum DIMARMALAM

Putrajaya tu di mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 10:20 PM | Show all posts
apa lagi warga kota, kalau nak sendawa deroyan pi beramai2...tahun ni deroyan melambak2, murah2 pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 09:32 AM | Show all posts
Dimarmalam posted on 5-12-2012 10:20 PM
apa lagi warga kota, kalau nak sendawa deroyan pi beramai2...tahun ni deroyan melambak2, murah2 pula ...

selalunya kat DEPAN TAMAN WARISAN tu kut. ke ada khemah2 yang Perbadanan PUTRAJAYA
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 10:01 AM | Show all posts
in sha Allah..natk pegila laa.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 09:46 PM | Show all posts
pinatbate posted on 5-12-2012 10:19 PM
Assalamualaikum DIMARMALAM

Putrajaya tu di mana?

waalaikumusalam kak pinat...
tak tau la lokasi dia, baca kat paper kata kat putrajaya
teringin nak rasa doyan musang king...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2012 09:47 PM | Show all posts
dilaOHdila posted on 6-12-2012 09:32 AM
selalunya kat DEPAN TAMAN WARISAN tu kut. ke ada khemah2 yang Perbadanan PUTRAJAYA

Dila mesti tau
Bangi dengan putrajaya kan dekat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 10:01 AM | Show all posts
Dimarmalam posted on 6-12-2012 09:46 PM
waalaikumusalam kak pinat...
tak tau la lokasi dia, baca kat paper kata kat putrajaya
teringin n ...

dekat Presint 2 tapak pasar tani
bukan kat Tmn Warisan Pertanian tau
sbb tiap2 tahun buat kat situ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 04:14 PM | Show all posts
first time nk pg pesta buah nie.. kalo mkn buah biasa dia kira mcmane? byr mkn smpai kenyang @ timbang, byr n mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 12:47 PM | Show all posts
Sape dah pergi? Any review?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 11:43 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 9-12-2012 12:47 PM
Sape dah pergi? Any review?

ingat petang ni baru nak terjah
nak cari doyan nak buat kuah cicah ngan roti .. yummyy

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 02:48 PM | Show all posts
tengahari tadi sempat terjah sekejap
sbb teringin sangat nak mkan cendol durian Borhan
mmg sedap

kalau nak makan doyan bayaran dia RM15 tuk dewasa, kanak2 RM5, warga emas RM10
ada khemah kat tgh2 tu khas tuk makan doyan sahaja

keliling tu ada gerai2 jual buah ngan makanan
tadi adalah nampak doyan dari pahang 1kg-RM8
mcm manggis tadi 3kg RM10

selain tu ada gak jual pokok2 bunga
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 06:48 PM | Show all posts
mamasaffiya posted on 10-12-2012 02:48 PM
tengahari tadi sempat terjah sekejap
sbb teringin sangat nak mkan cendol durian Borhan
mmg sedap  ...

Esok aku nak pergi, macam menarik pula ye rm15 sekepala. Tapi cendol durian Borhan tu aku biasa makan, raasanya dia ada kedai di jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang tapi cendolnya biasa-biasa saja.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 10:20 AM | Show all posts
dr.R posted on 10-12-2012 06:48 PM
Esok aku nak pergi, macam menarik pula ye rm15 sekepala. Tapi cendol durian Borhan tu aku biasa ma ...

aah cendol Borhan tu area Kuala Selangor-Tg karang
biasa2 ker? hehehe sy rasa sedap je

g lah .. tak rugi
kalau nak makan doyan tu dorg ada sediakan khemah

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 10:18 PM | Show all posts


cuba sebut nama2 durian yang pelik.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 11:37 AM | Show all posts
mamasaffiya posted on 11-12-2012 10:20 AM
aah cendol Borhan tu area Kuala Selangor-Tg karang
biasa2 ker? hehehe sy rasa sedap je

Dah selamat pun sampai pagi semalam, ramainya orang mungkin sebab semalam Selangor cuti agaknya. Ajak family makan buffet durian, murah rm15 sekepala dan warga emas rm10 sekepala tapi jenis durian D24 je. Aku tak join sebab aku tak kuat makan durian ni, jadi aku beli asing durian Musang King rm12 dan join buat kecoh kat tempat orang makan buffet tu dengan anak buah aku yang kecil-kecil.

Dah sakan melantak durian baru minum kat stall cendol kat Borhan tu, boleh tahan cendolnya kat sini sebab duriannya banyak tapi kalau kat Kuala Selangor tu alahai ciput je. Kalau ke Kuala Selangor aku biasanya makan cendol bakar susur keluar LATAR tu, siap ada drive thru lagi sekarang ni dan boleh refill percuma. Tapi bukanlah  cendol tu di bakar, tapi nama pemiliknya encik Bakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 12:45 PM | Show all posts
apa lagi warga kota, kalau nak sendawa deroyan pi beramai2...tahun ni deroyan melambak2, murah2 pulak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.615546 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list