CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: berun

Preity Zinta sunyi? siapa nak teman dia?

[Copy link]
Post time 20-4-2014 09:16 PM | Show all posts
munchkin posted on 18-4-2014 04:59 PM
comel dia ni. bukan dulu ada berita cam sombong ke? atau aku salah orang.

sombong nak mapus minah nih dulu............... dia tak suka lelaki katanya,........ sebab dia jenis pembersih, tak suka berkongsi segala..... kalu ada suami katanya mesti kena share bilik la apa la................... so dia takkan ada lelaki katanya laaa..............

ha baru skrg nak merungut sunyi bagai............... mmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 09:43 PM | Show all posts
Risma posted on 20-4-2014 09:16 PM
sombong nak mapus minah nih dulu............... dia tak suka lelaki katanya,........ sebab dia jen ...

I see. Ocd rupanya. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:29 PM | Show all posts
munchkin posted on 20-4-2014 09:43 PM
I see. Ocd rupanya. Hehehe

ni salah satu artikel lama pasal peel pembersihnye itu:

Bollywood : PREITY superstar pembersih
Harian Metro Online, 6 April 2006

SIAPA sangka wanita glamor kini tersenarai bintang gred A di Bollywood, seorang pembersih dan tetap mencuri masa membersihkan rumahnya terutama bilik air dan tandas.

Memang pantang bagi Preity Zinta, balik kerja rumahnya bersepah, berbau dan berhabuk. Bukan saja keluarganya begitu memahami sikapnya itu malah jiran tetangga juga tahu yang dia seorang pembersih.

Ada juga bagusnya apabila seorang superstar pembersih kerana sikap baiknya itu turut dicontohi jirannya. Malah khabarnya, ketika Preity berpindah ke kediaman baru, jiran sekeliling menghadiahkannya penyapu.

“Dalam banyak sudut dalam rumah, saya paling benci kalau bilik air dan tandas kotor. Ada yang menganggap mudah mengenai bilik air tetapi bagi saya kebersihan bilik air mencerminkan peribadi penghuni rumah itu.

“Selepas menggunakannya, saya akan pastikan bilik air dan tandas bersih, tak kira apapun keadaan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa saja dalam rumah itu sekiranya saya dapati bilik air dan tandas kotor.

“Saya juga tidak suka berkongsi bilik air dengan sesiapa. Kalau terpaksa juga saya akan pastikan yang dia tidak memakai kasut supaya tidak mengotorkan lantai.

“Bagi saya, sambil mandi saya mencari ketenangan dalam bilik air. Saya percaya itulah masa yang sesuai untuk memanjakan diri sendiri. Sambil berendam air sabun berjam-jam dalam tab mandi, saya akan membaca majalah.

“Tetapi tak pernah pula saya bermain buih sabun dan minum champagne dalam tab air itu. Dalam filem bolehlah,” katanya.

Oleh kerana menjadikan bilik air tempatnya menenangkan fikiran, Preity kini membina bilik air besar dalam bilik tidurnya. Aktres yang terkenal dengan sepasang lesung pipit yang cantik itu juga alah habuk.

Disebabkan itu, dia sanggup membeli pembersih hampagas yang mahal agar pembantu rumahnya dapat sentiasa membersihkan rumahnya.

“Saya beli pembersih hampagas bermutu tinggi sehingga habuk haluspun boleh menyedutnya. Saya juga suka mereka yang menjaga kebersihan tangan dan kaki.

“Memang saya tak boleh dekat dengan mereka yang pengotor. Bukan menghina tetapi sikap semula jadi saya sudah begitu.

“Sebelum bersolek saya juga akan pastikan jurusolek dan pendandan rambut membersihkan tangan mereka dulu sebelum menyentuh wajah dan rambut saya.

“Kotak tisu sentiasa di sisi kalau saya selesema. Saya tidak akan menggunakan tangan menyapu hidung kerana mungkin tangan saya tersentuh benda kotor dan bersalam dengan orang,” katanya.

Preity juga tidak suka orang sesuka hati meletakkan kaki di atas cadar atau bantalnya. Dek kerana terlalu pembersih, anjing kesayangannya pun menjadi mangsa.

“Kalau anjing saya balik dari berjalan-jalan saya akan bersihkan mukanya dengan sejenis tisu dan mencuci kukunya. Kedua-dua ekor anjing saya dari jenis bulldog Inggeris jadi wajahnya banyak kedut.

“Antara kedutan itu pun saya akan mencucinya selalu supaya kekotoran tidak melekat. Ia sudah menjadi rutin buat anjing-anjing itu,” katanya.

Hendak tahu dari siapa Preity mewarisi sikap pembersih itu? Dari neneknya. Masa kecil dia juga sering bertanya kenapa neneknya begitu cerewet sekali mengenai kebersihan kerana ada kala dia berasa rimas.

“Apabila dah dewasa saya tahu kenapa dan saya juga jadi pembersih sepertinya. Bagi saya kebersihan satu cara menjaga kesihatan kita.

“Sebab itu juga saya mengambil bahagian yang aktif dalam Kempen Kebersihan Mumbai yang baru dilancarkan baru-baru ini. Saya terpanggil untuk menyertai kempen itu kerana selepas Mumbai dilanda banjir pada Julai tahun lalu, saya jatuh sakit.

“Doktor mengatakan saya sakit kerana kesan lumpur daripada banjir yang menyebabkan habuk berterbangan,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:31 PM | Show all posts
ada byk lagi artikel pasal peel dia yg tak suka berkongsi.............

dia tak  suka berkongsi katil cadar bantalnya dengan org lain........ so camne nak ada teman hidup kalu camtu sekali.....

tapi memang ada org macam ni..... so tak leh nak salahkan dia Last edited by Risma on 20-4-2014 10:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:37 PM | Show all posts
Risma posted on 20-4-2014 10:29 PM
ni salah satu artikel lama pasal peel pembersihnye itu:

Bollywood : PREITY superstar pembersih
...

Heheheh...ada je orang ocd kat malaysia ni. Cma tak rmai je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:15 PM | Show all posts
tua dah makcik ni.muka penuaan....tgk citer dia ishq in paris......shape muka dia dah hilang

mukanya petak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2014 08:21 AM | Show all posts
comei cam muda remaja..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058647 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list