CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_conan

Hafiz Suip bakal buka cafe

[Copy link]
Post time 30-5-2014 04:37 PM | Show all posts
betul kat atmosphere tu, dia carik umah sewa utk staff itu ari kat equine
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 06:36 PM | Show all posts
Congrats Hafiz...semoga berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 01:22 PM | Show all posts
toxicated posted on 30-5-2014 03:45 PM
Selain apis..hairul azreen bukak hospital studio kt atmosphere tu gak.dh jd port retis lak situ. Pan ...

Hairul Azreen sediakan set hospital           Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto RIDUAN RIZAL AHMAD

Bilik pesakit di Hello Studio milik pelakon Hairul Azreen.

SIAPA sangka satu ketika dahulu, sewaktu orang lain yang seusia dengannya sedang berbangga dengan kerjaya profesional masing-masing, Hairul Azreen Idris, 24, yang tidak punya pekerjaan tetap, pernah dicemuh dan dikutuk.
Dilihat sebagai seorang lelaki yang tidak pandai merancang masa depan dan cuma tahu mahu jadi pelakon sahaja, Hairul bagaimanapun membuktikan bahawa kritikan itu membawa kepada siapa dirinya sekarang.
Mampu tersenyum bangga dengan penubuhan Hello Studio yang telah sebulan beroperasi di Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor, Hairul tidak hanya mahu bergantung kepada pendapatannya dalam bidang lakonan.
"Saya sudah lama simpan hasrat untuk memiliki sebuah studio. Kebetulan rezeki berpihak pada saya semasa menjuarai program Fear Factor musim pertama tempoh hari. Jadi duit itu saya jadikan modal untuk membuka studio ini.
"Kalau ikutkan sebenarnya jumlah itu tak cukup maka saya perlu usaha sendiri cari duit untuk menambah duit modal. Tak sia-sia selepas beberapa bulan kemudian, semua urusan dan proses membuka studio ini akhirnya membuahkan hasil," katanya.
Pelakon drama Mahabbah Cinta dan Setia Hujung Nyawa itu mengaku, sebelum ini dia tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam dunia perniagaan meski di kalangan tiga abangnya memiliki perniagaan masing-masing.
Sering mengikut dan membantu abangnya secara sambilan sebagai 'budak suruhan', Hairul bagaimanapun tidak menyangka rezekinya untuk memiliki perniagaan sendiri datang pada usia yang masih muda.
"Dulu saya macam budak tak ada arah tujuan. Apabila saya suarakan hasrat nak jadi pelakon, baik kawan dan keluarga, semuanya macam membantah. Mereka tak suka saya berlakon. Mungkin kerana memikirkan kerjaya ini tidak menjamin masa depan.
"Apabila sudah jadi pelakon, keluarga pun tak tahu yang saya simpan duit semata-mata nak buka studio ini. Azam saya cuma satu mahu buktikan pada orang yang kutuk saya dulu yang pelakon juga mampu punya perniagaan sendiri.
"Selepas mempunyai perniagaan ini saya pula rasa tak percaya. Sampaikan pernah saya katakan pada ayah saya 'ayah, betul ke saya dah jadi ahli perniagaan ini?" katanya lagi.

Hairul juga menyediakan kemudahan bilik rehat untuk pelakon yang datang ke studio miliknya ketika penggambaran dijalankan.

Sentuhan Hanis Zalikha
Dibawa masuk ke studio berkonsep hospital miliknya kata Hairul, dia sememangnya telah lama berangan-angan untuk memiliki 'hospital' sendiri yang memudahkan mana-mana produksi tempatan menyewa dan menggunapakai kemudahan yang disediakan olehnya.
Melihat kepada minimal lokasi seumpamanya sedangkan permintaan untuk menggunakan lokasi hospital sangat tinggi di kalangan pembikin drama dan filem, Hairul berusaha merealisasikan perkara itu untuk tujuan tersebut.
"Saya terpanggil dengan idea ni semasa terlibat dengan penggambaran drama Misiku Kuza. Alhamdulillah, setakat sebulan beroperasi sudah ada syarikat produksi yang menyewa dan menggunapakai studio ini termasuk pengarah Ahmad Idham.
"Setakat ini juga saya menerima respons yang baik daripada mereka yang menggunakan khidmat studio saya. Paling mereka suka, saya menyediakan bilik rehat dan ruang menunggu untuk artis yang dilengkapi dengan kemudahan televisyen, permainan Play Station, peti sejuk, meja solek, sofa termasuk makanan dan minuman ringan. Pendek kata, kemudahan yang saya sediakan sangat selesa.
"Semua ini disediakan pun kerana sebagai pelakon, saya faham apa yang diinginkan dan keselesaan semua tenaga kerja produksi, bukan sahaja pelakon.
"Bahkan saya turut menyediakan pakaian seragam doktor dan jururawat bagi kemudahan bahagian wardrobe," kata duta produk kesihatan Aura Beauty Perfect 26 ini lagi.
Dari segi dekorasi dan susun atur studio tersebut, Hairul tanpa segan memberitahu bahawa semua idea itu datangnya daripada sahabat baiknya, Hanis Zalikha.
Tahu bahawa pelakon, pengacara dan penulis blog terkenal itu berbakat besar dalam bidang tatarias dan memiliki idea yang kreatif, Hairul mengaku membayar sejumlah bayaran kepada Hanis untuk membantunya menata rias setiap ruang di 'hospital' tersebut.
Menurut Hairul, studio tersebut disewa kepada syarikat produksi yang berminat pada kadar RM800 ke atas untuk sehari.
Turut dilengkapi di studio itu termasuk bilik doktor, bilik pesakit, bilik kecemasan dan kelengkapan hospital yang berkaitan.
Dalam pada itu, kata Hairul, dia juga merancang untuk mengembangkan rangkaian studionya itu untuk konsep ruang lain seperti pejabat dan sebagainya yang juga akan disewakan kepada syarikat produksi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140406/hi_06/Hairul-Azreen-sediakan-set-hospital#ixzz37EF2iy6o
©  Utusan Melayu (M) Bhd


mcm2 idea bisnes ni rupanya, sampaikan yg xterfikir pun ada


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 01:36 PM | Show all posts
Hari tu pergi laksa sarawak dah abis
So beli chicken roll dia, boleh tahan rasa dan harga too,
Next time nak try laksa sarawak,  
Tapi tempat dia sunyi amat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 02:05 PM | Show all posts
sape2 da pnh makan blh laa review
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 02:21 PM | Show all posts
Jangan lingkup selepas dua tiga bulan sebab ditipu dah le .... kesian dengan artis2 yang tak ada otak dan masa berniaga ni .... hidup2 ditipu orang rakan kongsi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2014 01:25 PM | Show all posts


hafizsuip   Balik kampong!!!oooo ooooo oooo  11h  


awalnya Hafiz nak balik kampung?...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 01:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 01:44 PM | Show all posts
shuk_one posted on 12-7-2014 01:36 PM
Hari tu pergi laksa sarawak dah abis
So beli chicken roll dia, boleh tahan rasa dan harga too,
Ne ...

haha...sunyi kan....

dah lah paling ujung......

haritu park kereta dpn pintu masuk atmosphere..gigihlah menapak gi kedai dia..



Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 01:46 PM | Show all posts
nurelle posted on 21-7-2014 01:44 PM
haha...sunyi kan....

dah lah paling ujung......

sedap tak makanan dia?...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:14 PM | Show all posts
achik2009 posted on 21-7-2014 01:46 PM
sedap tak makanan dia?...

aritu nak try laksa sarawak dia..tapi dabes..so i try aglio olio dia..

spaghetti keras sikit tapi pedas masin cukup rasa lah..patu dia ada walnut..lain dari yg i penah rasa..

huhuhu..

overall...kalau nak try saje2...boleh r..

harga lak..erm...standard cafe..rm25 - rm30 something per pax kalau campur air..


if nak dtg lagi..........tak kot..



sekian..review saya...

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:36 PM | Show all posts
nurelle posted on 21-7-2014 02:14 PM
aritu nak try laksa sarawak dia..tapi dabes..so i try aglio olio dia..

spaghetti keras sikit ta ...

ye ke?...tapi bab spaghetti keras tu mcm pernah tgk org komen kat IG dia sblm ni...aritu Michael Ang ada gi makan kat kedai dia...Michael pulak komen spaghetti dia putus2...tapi rasa sedap katanya...hopefully dia take note lah semua komen2 tu utk improvement...

btw...pasal apa tak nak gi lagi?...mahal ek?...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:47 PM | Show all posts
achik2009 posted on 21-7-2014 02:36 PM
ye ke?...tapi bab spaghetti keras tu mcm pernah tgk org komen kat IG dia sblm ni...aritu Michael A ...

mahal tu 1 hal..

sebab spaghetti iols aritu dia x masak bebetul..so..x nak gi lagi..

maybe spaghetti bukan "makanan" chef dia kot..

so...kalau terrrrrr-pegi lagi pun..kena try menu lain lah..even......menu dia x byk sgt option pun sebenarnya...haha




Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:05 PM | Show all posts
nurelle posted on 21-7-2014 02:47 PM
mahal tu 1 hal..

sebab spaghetti iols aritu dia x masak bebetul..so..x nak gi lagi..

spaghetti beliau masak secara al dente kot sis?
kalau italian memang sangat hadap tentang masak pasta secara al dente ini.
oleh itu masak pasta yg betul adalah secara al dente sis.

kalau spaghetti orang hidang lembek maknanya cook itu masak secara pprt.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:09 PM | Show all posts
wahhh,boleh g nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:18 PM | Show all posts
Changa posted on 21-7-2014 03:05 PM
spaghetti beliau masak secara al dente kot sis?
kalau italian memang sangat hadap tentang masak p ...

ohh..xtau lah pulak dia pakai cara al pe sis..

cuma selalunya mkn spaghetti lembut je..sedang2 nak gigit..

tapi bila try kat sana..keras..so rasa minyak zaitun dia x sebati ngn spaghetti..so syg lah..sebab pedas dia dah sedap..



spaghetti lembik secara pprt..x pnah pulak rasa camne..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 02:18 PM | Show all posts


hafizsuip   Thymes cafe dah ada mee jawa...jom try...repost from @thymescafe  51min


tlg upkan thread ni jap...kot2 ada yg berminat nak keje kat café Hafiz...hehe...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071325 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list