CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

  [Copy link]
Post time 25-8-2014 03:44 PM | Show all posts
MAS crew
1) Wan Amran Wan Hussin (Captain)
2) Choo Jin Leong, Eugene (Captain)
3) Ahmad Hakimi Hanapi (First Officer)
4) Muhamad Firdaus Abdul Rahim (First Officer)
5) Mohd Ghafar Abu Baka (In-Flight Supervisor)
6) Dora Shahilai Kassim (Chief Stewardess)
7) Azrina Yakop (Chief Stewardess)
8) Lee Hui Pin (Stewardess)
9) Mastura Mustafa (Stewardess)
10) Chong Yee Pheng (Stewardess)
11) Shaikh Mohd Noor Mahmood (Steward)
12) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (Stewardess)
13) Sanjid Singh Sandhu (Steward)
14) Nur Shazana Mohamed Salleh (Stewardess)
15) Angeline Premila Rajandaran (Stewardess)

Passengers
1) Mabel Anthonysamy Ms
2) Muhammad Afruz Tambi Mr
3) Marsha Azmeena Tambi Ms
4) Muhammad Afzal Tambi Mr
5) Shaliza Zaini Dewa Ms
6) Foo Ming Lee Mr
7) Ariza Gazalee Ms
8) Kaela Maya Jay Goes Mstr
9) Tambi Jiee Mr
10) Subashni Retnam Mrs
11) Karamjit Singh Karnail Singh Mr
12) Benjamin LeeJianhan Mstr
13) Lee Kiah Yeen Ms
14) Liew Yau Chee Mr
15) Md Salim/Mohd Ali Mr
16) Meling Anak Mula
17) Elisabeth Lye Ti Ng Ms
18) Ng Qing Zheng Mr
19) Ng Shiing Mrs
20) Parlan Hasni Hardi
21) Datin Kaushalya Jairamdas Punjabi
22) Siti Amirah Parawira Mr
23) Mathew Ezekial Sivagnanam Mstr
24) Paul Rajasingam Sivagnanam Mr
25) Muhammad Afif Tambi Mr
26) Tan Siew Poh Mdm
27) Elaine Teoh Miss
28) Rahimmah Noor


So, pandai2 sendiri la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 04:03 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 25-8-2014 03:41 PM
duduk dgn bapak kandung kat ipoh. atuk dia, iaitu bapak arwah mastura ada bagitau, lepas kejadian  ...

kesian la pulak kat atuk dia. eh .. mastura ni yang kebumi kat Paroi tu kan? so bapak dia org Paroi .. and now Muhriz duk dgn bapak kandung kat Ipoh? jauh jgk tu atuk dgn cucu.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:06 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 25-8-2014 03:40 PM
MH17: Socso payments for 15 crewmembers’s next-of-kin

KUALA LUMPUR: The Social Security Organisa ...

sebenarnya mmg ada skim perlindungan ni tau under socso. sbb kawan aku .. suami dia meninggal masa tgh cuti pun dpt pampasan berupa wang saraan tiap2 bulan tuk anak yang dibawah umur 21 tahun ke lebih kurang macam tu. sorang anak tu socso bayar lebih kurang RM2000 sebulan. kira ok la kan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:09 PM | Show all posts

Agar adik Muhriz dan adik2 yg masih kecil ini, bertabah ya sayang, ramai yg mendoakan kalian,
Ya Allah mohon rahmat syurga buat mereka yg telah pergi dan adik2 ini Ya Allah, gantikan kasih sayang dan kerinduan mereka kpd ibu dan bapa mereka dgn gantian kasih sayang dan kehidupan yg lebih baik, amin.

'kerana kau Maha adil dan Maha Mengetahui setiap yg terbaik utk insan pilihan MU (umat umat MU)'
utk adik Muhriz, ibu akan senantiasa berada di sisi adik siang dan malam, setiap masa dan ketika ...
Kepada penjaga adik Muhriz kelak berikanlah kasih sayang dan perhatian yg sepenuhnya kpd anak ni, lebih2 lagi sekarang ....



Suami enggan lihat gambar
Sementara itu, suami Mastura, Mohamed Affendi Khairuddin, 43, berkata, ketika berada di Amsterdam, dia diberi peluang untuk melihat gambar mayat Mastura, bagaimanapun dia enggan berbuat demikian.
Menurutnya, dia tidak sanggup melihat bagaimana keadaan arwah isterinya kerana enggan membayangkan wajah terakhirnya.
“Saya bersyukur kerana Mastura antara jenazah yang berjaya ditemui. Saya sudah tenang sekarang kerana majlis pengebumian sudah selesai,” katanya yang tiba dari Amsterdam pagi kelmarin.
Guru agama itu berkahwin dengan Mastura kira-kira dua tahun lalu, selepas Allahyarham berpisah dengan suami pertama.
Bekas suami Mastura, Marzaidi Mohamad, 45, pula berkata, dia juga kini berada dalam keadaan lebih tenang selepas urusan pengebumian berjalan lancar.
Malah, dia percaya anak mereka, Muhriz akan lebih memahami pemergian ibunya selepas ini, apabila melihat sendiri upacara pengebumian semalam.
Dalam pada itu, rakan sekerja Mastura, Zubairi Ghazali, 44, berkata, dia terharu dengan pengiktirafan diberikan kerajaan terhadap Allahyarham.
Dia yang pernah bertugas sebanyak dua kali bersama Mastura amat menghargai segala usaha dilakukan kerajaan, lebih-lebih lagi apabila jenazah sahabatnya itu berjaya dibawa pulang untuk disemadikan.
“Saya dan rakan-rakan turut berpuas hati dengan perhatian diberikan kerajaan kepada mangsa MH17. Harapan saya, kerajaan dapat menuntut bela kematian atas rakan-rakan dan penumpang yang terkorban,” katanya yang bertugas selama 25 tahun dengan MAS sebagai pramugara.

Kerajaan negeri bantu anak Mastura
Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi perhatian terhadap hal ehwal kebajikan anak tunggal Mastura, Muhriz.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan akan melihat segala keperluan untuk memastikan bantuan sewajarnya dapat diberikan selepas kanak-kanak itu kehilangan ibu.
“Kita akan melihat kebajikan anak beliau. Mana yang patut kita tolong, kita akan tolong,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengebumian Mastura di Tanah Perkuburan Islam Paroi, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:18 PM | Show all posts
pittjie posted on 25-8-2014 04:03 PM
kesian la pulak kat atuk dia. eh .. mastura ni yang kebumi kat Paroi tu kan? so bapak dia org Paro ...

yep. orang paroi tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:32 PM | Show all posts
edoraixora posted on 25-8-2014 03:13 PM
PUTRAJAYA 25 Ogos - Satu jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 telah dibawa pulang Sabtu lalu, ...


So meaning

jumaat = 20
sabtu = 1
ahad = 3

Total 24?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2014 04:36 PM | Show all posts
Esperanza posted on 25-8-2014 03:37 PM
Pulak dahh.. 24 org dah ke

Baru td aku tgk tv ckp 23 org

entahlah....aku pn x tau
tadi terbace kt utusan muktakhir pasal tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:36 PM | Show all posts
betul la yg ada satu jenazah bawa pulang sabtu tu...
sapa tah yg bgtau dlm thread ni..
so total dah 24..
ok no hal la nak privacy ka apa..tak ada org nak marah pun..
cuma kita nak tau total brapa..
kita nak semua dikenalpasti dan dibawa balik bersemadi di sini

=============

edit : forumer @meklin yg bgtau sabtu tu ada satu jenazah sampai....
Last edited by MsCinderella on 25-8-2014 04:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 04:36 PM | Show all posts
juliez posted on 25-8-2014 04:32 PM
So meaning

jumaat = 20

ye betull..coming soon, 30 hb...

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:36 PM | Show all posts
juliez posted on 25-8-2014 04:32 PM
So meaning

jumaat = 20

kalo ikut artikel tu, cenggitu lah
mungkin yg sorang tu, keluarganye mahukan privasi kot


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:40 PM | Show all posts
krew2 MH tu depa meninggal ketika berkhidmat/sedang bekerja..
bagi layanan terbaik utk jaga nama malaysia..
sepatutnya ada respect skit la pd krew2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:42 PM | Show all posts
cheewong posted on 25-8-2014 04:36 PM
ye betull..coming soon, 30 hb...


Hopefully ada yg rajin buat gambarajah or chart siapa yg dah balik.. Siapa yg belum
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:44 PM | Show all posts
Isnin, 25 Ogos 2014 @ 4:36 PM  

MH17: 24 jenazah sudah dibawa pulang ke tanah air - Rohani
PUTRAJAYA: Dua puluh empat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia sehingga semalam dengan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata 20 jenazah tiba di Malaysia pada 22 Ogos, satu jenazah pada Sabtu (23 Ogos) dan tiga semalam.

Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah membabitkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan diberi penghormatan mengikut adat istiadat tentera di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang.

Semalam, jenazah penyelia penerbangan kabin MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing turut diberi penghormatan dalam istiadat serupa.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini, Rohani berkata kerajaan perlu menghormati permintaan mana-mana waris yang mahu identiti mangsa dan kepulangan jenazah dirahsiakan.

"Syukur kerana urusan istiadat penghormatan dan pengebumian jenazah berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak khususnya anggota keluarga," katanya.

Rohani berkata kebanyakan kaum keluarga menerima nasihat supaya keranda mangsa tidak dibuka.

"Emosi keluarga juga semakin baik. Kaunseling juga masih diberikan kepada yang memerlukan termasuk kepada waris mangsa yang telah dikebumikan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada perhimpunan itu, Rohani berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab menguruskan anggota keluarga, mereka perlu bijak mengendalikan keadaan.

"Tugas untuk bertanya satu persatu waris, bagaimana jenazah hendak diuruskan, di mana hendak dikebumikan, nak terlibat istiadat atau tidak. Pelbagai persoalan bertalu-talu yang kita tidak dapat jawab, tapi kita bersungguh-sungguh membantu," katanya.

Mengakui dirinya seorang yang mudah mengalirkan air mata, apa lagi apabila perlu berdepan dengan anggota keluarga mangsa, beliau tetap komited meneruskan tugas supaya proses menyampaikan berita itu dapat dijalankan dengan baik.

Rohani berkata sijil kematian kru dan penumpang bagi jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia, telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai. Ia ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu.

- BERNAMA




  


Last edited by edoraixora on 25-8-2014 04:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:44 PM | Show all posts
edoraixora posted on 25-8-2014 04:36 PM
kalo ikut artikel tu, cenggitu lah
mungkin yg sorang tu, keluarganye mahukan privasi kot


So betul la yg sorang tu datin balik naik private jet ye.. I missed this one. Tak baca lg news pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:46 PM | Show all posts
juliez posted on 25-8-2014 04:44 PM
So betul la yg sorang tu datin balik naik private jet ye.. I missed this one. Tak baca lg news p ...

berita panjang sket kt post sebelum post u ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:47 PM | Show all posts
Mungkin kanak2 lain hanya teruskan kehidupan seperti biasa, tapi adik ni terpaksa start a new life n berjauhan dgn atuknya ..
new friend and new school, new living area ....
quite a hard journey, insyALLAH Allah akan memberkati Mu dan melindungi MU
kesian pd atuk dan cucunya terpaksa berpisah ...

sedih jugak part, muhriz kata mastura, ibu pandai masak, sering masak makanan kegemaranya.

sabar dan tabahnya


An uploaded picture of a sombre Muhriz with hands gently holding on to Mastura’s casket was shared many times on the Internet, with many commentators sympathising with the young boy, and urging him to be strong.Mastura’s former husband Marzaidi Mohammad said Muhriz was slowly accepting the death of his mother, although his son was fraught with sleepless nights for more than a week after the MH17 tragedy.He added that their son was now in school and lived with his paternal grandparents in Rapat Setia in Ipoh. Marzaidi, a financial consultant in Kuala Lumpur, said prayers helped Muhriz immensely.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 04:54 PM | Show all posts
Kalau dah the father ambik tp duduk dgn paternal grandparents jugak kat ipoh instead of duduk dgn the father baiklah maternal grandparents je yang jaga sebab dah biasakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:56 PM | Show all posts
Kittie posted on 25-8-2014 03:44 PM
MAS crew
1) Wan Amran Wan Hussin (Captain)
2) Choo Jin Leong, Eugene (Captain)

tak pandai..
kalau semua dah balik baru leh teka..
sapa dua org tu???
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:03 PM | Show all posts



http://www.beritasemasa.com.my/b ... tafa-pramugari-mh17
Ya…Allah kau tabahkan hati adik Muhriz Marzaidi, kuatkan semangatnya dalam menerima ketentuanMu bagi meneruskan hidupnya. Nasihat Berita Semasa kepada anak Mastura Mustafa ini. Jadilah seorang anak yang soleh untuk kedua ibubapamu agar kamu dapat diketemukan dengan ibuMu di Jannah nanti.Buat keluarga, bimbing adik Muhriz Marzaidi, untuk menerima takdir pemergian Mastura Mustafa ini dengan redha.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:07 PM | Show all posts
tasha posted on 25-8-2014 03:15 PM
i dulu duk areas situ.. ntah2 kita bernebor kot?

saya 2/7....selorong ngan umah arwah abg ghaffar ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.566782 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list