CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2811|Reply: 8

adakah suami anda adalah abang keguguran?

[Copy link]
Post time 4-1-2015 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Secara lazimnya, keguguran biasanya dikaitkan dengan masalah kaum wanita. Tetapi pada hakikatnya ia juga berhubungan rapat dengan kaum lelaki.
        Sebilangan kaum wanita yang mengalami keguguran mungkin akan menderita dalam keguguran secara berulang dan dipersalahkan oleh ahli keluarganya. Selepas membuat pemeriksaan, mereka barulah menyedari bahawa masalah keguguran adalah disebabkan oleh kaum lelaki.
        Golongan kaum lelaki yang perlu bertanggungjawab dalam keguguran biasanya mempunyai sperma yang telah dirosakkan oleh faktor-faktor tertentu. Fungsi sperma dalam persenyawaan masih berupaya berjalan dengan lancar tetapi akan menyebabkan perkembangan embrio terbantut. Sebab utama ialah DNA sperma mereka telah dirosakkan oleh beberapa faktor seperti radiasi computer,merokok atau penyakit seperti Varicocele dan lain-lain lagi,akhirnya perkembangan embrio terbantut dan keguguran terjadi.
        Sebenarnya, sperma berhubungan rapat dengan tumbesaran dan perkembangan embrio serta keguguran alami. Sperma selain daripada berperanan dalam persenyawaan dengan ovum (dianggap sebagai fungsi tahap awal) ,ia juga berpengaruh terhadap seluruh proses perkembangan embrio (dianggap sebagai fungsi tahap akhir).
        Sekiranya DNA sperma dimudaratkan, fungsi mengandung dan persenyawaan antara sperma dan ovum tidak akan banyak dipengaruh. Namun demikian, sekiranya DNA sperma menjadi abnormal pada peringkat pertengahan kehamilan, maka tumbesaran embrio terbantut ekoran dengan keguguran.
        Jika seseorang wanita sering mengalami keguguran alami secara berulang atau penghentian perkembangan embrio,malah tidak terdapat sebarang masalah dalam pemeriksaan badan. Maka suaminya perlulah membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan masalah kesihatan diri.
        Di samping itu,lelaki yang lanjut usia juga berisiko tinggi dalam menyebabkan isteri mengalami keguguran berulang.
        Berpandukan kajian yang dilakukan oleh pakar terhadap golongan lelaki yang berada dalam lingkungan umur melebihi 60 tahun dan umur 25 tahun, menunjukkan bahawa kedua-dua golongan ini tidak mempunyai perbezaan yang besar dalam kualiti air mani.
        Kepadatan sperma golongan lelaki tua adalah lebih tinggi tetapi motiliti lebih rendah berbanding dengan lelaki muda.
        Motiliti merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan kehamilan seseorang wanita. Walaupun demikian, motiliti sperma yang rendah tidak bermakna peluang kehamilan adalah tipis, tetapi mempunyai kesan buruk seperti embrio berisiko tinggi dalam menghadapi masalah perkembangan terbantut,keguguran,kelahiran pra-matang dan lain-lain komplikasi. ini akan menjejaskan peluang melahirkan bakal bayi yang sihat dan cerdas.
        Selain itu, jika seseorang lelaki tidak berejakulasi dalam tempoh yang panjang akan menyebabkan kepadatan sperma meningkat dan motiliti menjadi kian rendah serta peratusan kematian sperma bertambah.
        Jadi, jika seseorang wanita sering mengalami keguguran berulang, sebagai suami haruslah menyedari bahawa adakah masalah kesihatan diri merupakan faktor yang menyebabkan penderitaan keguguran dan bukan hanya mempersalahkan isteri.  
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web:  https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni kena tunggu org da kawen komen
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 04:00 PM | Show all posts
ada jugak faktor datang dari lelaki yek tq info
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 04:58 PM | Show all posts
wah...bagus info macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 04:59 PM | Show all posts
Edited by DayangKirana at 14-1-2015 05:02 PM

selalunya, kalau berlalu keguguran, orang akan tuding jari kat wife.. alasan yang selalu kita dengar, rahim tak kuat, makan tak jaga, badan tak cukup rehat.. kalau jumpa GP pun, selalu benda mcm ni yang kita dengar.. so, GP akan bagi multi vit as a supplement so that body and rahim cukup bersedia dan kandungan cukup sihat.. and, suruh wifey jangan aktif sangat bergerak..duduk diam2..

jarang sangat nak point dekat husband..apatah lagi nak suruh husband check if he is the reason behind this. kalau jumpe Gynae pun, may be sebab miscarriage tu sudah terlalu kerap... orang2 kita masih belum advanced or should I say berkesedaran bab2 macam nie.. tu sebab wifey selalu tertekan. tekanan nak preggie, tanggapan from others lagi..kesian.. and guys pulak, sorry to say la, sangat sensitif bila nak disuruh check sperm quality nie.. sangat2 tercabar kelakiannya bila his sperm quality dipersoalkan..

i'm saying this based on experienced.. just my 2 cents..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 05:17 PM | Show all posts
selain lelaki. ada satu reason lgi yaitu sihir. Klo org tu dengki, dia sihirkan kandungan iteww agar gugur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke fakta ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 09:51 AM | Show all posts

Fakta ini adalah betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2015 10:17 AM | Show all posts
ada beberapa faktor yg org terlepas pandang:
pakai seluar dalam dan seluar jeans ketat, naik motor tangki besar menyebabkan anu dan tabung sperm tersepit...tabung sperm dijadikan luar dari anggota badan sbb sperm xbole tahan suhu badan dan akan mati atau x cergas kalo sentiasa melekat dgn kulit anggota
juga dinasihatkan malam x perlu pakai seluar dalam untuk bg sperm ruang bernafas

dan 1 info ni mungkin agak lain sikit
dr lect kimia aku dulu bgtau, lelaki kalo bole elakkan pakai seluar dalam warna MERAH!
warna2 yg ada pada pakaian semuanya adalah pigmen warna yg mana setiap warna ada sebatian kimia tertentu
warna MERAH mempunyai sebatian kimia yg bole menyebabkan sperm x aktif...tp setakat pakai seminggu sekali dua xde efek pon

samada minor atau major impact x dpt nk dipastikan tp lebih baik elakkan

*eh dah macam bilik Tanya Lelaki pulak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.730038 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list