CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6141|Reply: 34

[Edisi Relevant Ke?] Liyana Jasmay Tidak Tergugat Kehadiran Pelakon Baharu

[Copy link]
Post time 19-2-2015 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Liyana Jasmay tidak berasa tergugat dengan kehadiran pendatang baharu dalam bidang lakonan kerana percaya rezeki cukup luas untuk setiap orang.


Liyana, 26, berkata, sebagai seorang pelakon berpengalaman dia positif dengan kehadiran pelakon baharu kerana ia mampu merancakkan lagi industri di negara ini.


"Sepatutnya kehadiran pendatang baharu dalam industri kita pandang dari sudut positif kerana rezeki itu akan ada untuk semua orang.

"Pada saya lebih meriah industri hiburan kita dengan wajah baharu dan pelakon yang sudah lama dalam industri tidak perlu rasa tergugat," katanya kepada mStar Online.


Pelakon itu bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Isyarat Cinta arahan Bade Azmi yang turut menampilkan Adi Putra dan Fizo Omar.



Liyana bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Isyarat Cinta.


Isyarat Cinta mengisahkan percintaan pemuda bisu dan pekak dengan gadis buta itu bakal berada dipawagam bermula 19 Mac depan.


Malah kata Liyana, pada tahap sekarang populariti bukan lagi menjadi keutamaannya kerana ingin lebih memfokuskan kepada karya terbaik selain ingin mengorak langkah sebagai pengarah dan penerbit berjaya.


"Saya bermula dalam industri sejak berusia sembilan tahun dan telah merasai pelbagai pahit manis sebagai anak seni. Populariti atau ingin bersaing dengan orang lain bukan lagi keutamaan saya.


"Paling penting sekarang saya mahu menjadi lebih matang dan memperbaiki diri agar dapat memberikan terbaik dalam projek yang saya lakukan," katanya.


Dalam pada itu, bercakap mengenai penglibatannya menerusi filem Isyarat Cinta, Liyana menjelaskan mengakui bukan mudah untuk membawakan watak sebagai seorang gadis buta dan itu adalah cabaran terbesar buat dirinya.


Bagaimanapun kata Liyana, sebelum memasuki set penggambaran dia sempat mempelajari sistem Braille di Youtube selain meninjau untuk menyelami kehidupan golongan tersebut.


"Persediaan itu pada saya sangat penting dalam menjayakan sesuatu watak dan tidak terkecuali untuk Isyarat Cinta yang memperlihatkan saya membawa peranan sebagai gadis buta.


"Saya belajar Braille dan melihat sendiri kehidupan golongan ini untuk menyelami watak saya dalam filem berkenaan dan berharap penonton dapat merasainya," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 12:08 PM | Show all posts
hahahhhahahahaha pls la
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga anak jelah...:zz:zz
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey la..at least cerita pasal career bukan pasal mengidam nak peknen lagi or anak dah tumbuh gigi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:33 PM | Show all posts
aku..tak pernah fkirkan cinta...sekadar mengusik kamu..tiada cinta yang datang padaku

hey!hey!hey!hey!

aku tak percaya cinta!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:49 PM | Show all posts
relevan lagi ke dia nih... jaga anok udoh le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ok je berlakon. X kayu. Welcome back liyana! Muka sheols iras2 adik ipar fs yg twin tu. Korg perasan x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka takde market. Jaga anak sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni blakon best...tp personalitt dia tu yg out sikit... tu yg naik sekejap je pastu cepat suam...

Amani, lisa, tizz tu sebaya2 dia jugak tp pandai carry diri dgn personaliti yg matured
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:47 PM | Show all posts
apasal asal berita pasal LJ ni je iols rasa macam ni

ok nexttttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:07 PM | Show all posts
hahahahaa.. glemer ke sheolsss..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:14 PM | Show all posts
sheols ni mmg ada bakat..tapi kadang2 mcm ade benda tak kena la..
tak tau la nak describe camne..tapi mmg terhibur tgk dia berlakon..

cuma dia ni kalu nak speaking..tak perlu la gulung lidah sgt..cakap besa2 sudah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
LJ ni mmg talented ...so dia x kisah pun psl retis2 baru dr kampung or yg stay kat flat pprt KL...
.sbb family sheols kaya and ada production house sendiri and dia ada good networking dgn byk stesen tv...so senang nk jual drama2 kompeni dia
So sukati LJ la nak panggil sapa pun belakon
LJ x rasa tergugat dan tak rasa insecure pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:31 PM | Show all posts
Dari belum kawin , sampai dah kawin dan beranak lakunan masih gedik okeh!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls suka je lakonan dia..personal life dia, just put aside
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 05:07 PM | Show all posts
lek ar rezeki memasing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon fail.. Penyanyi lg la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 05:48 PM | Show all posts
dia ni jalan kengkang
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
wpun lj ni gedik tp aku suka lakonan dia tak la kayu mcm plakon2 baru skang ni..tak phm aku nengok depa blakon kat segala mcm TV skang nih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka jek klu lakonan LJ yg mbawa watak gedik. lakonan sheols pun ok. Even aku karatz TZ.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.067221 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list