Kritik Persembahan Sufi Tak Cukup Rock, Che Ta Dikecam88
SEMALAM menyaksikan sembilan pelajar Akademi Fantasia 2015 (AF2015) mempamerkan persembahan bertenaga masing-masing mengikut tema rock seperti yang ditetapkan oleh tenaga pengajar mereka.
Seperti biasa, persembahan mereka akan dinilai oleh juri tetap, Dato Ramli MS dan Rozita Che Wan (Che Ta) selain juri jemputan Ella dan Awie yang menceriakan konsert mingguan minggu ini. Namun yang tak sedapnya, kebanyakan netizen mengecam komen Che Ta yang menggelarkan nyanyian Sufi terlalu lembut dan belum mencapai tahap rock yang diinginkan. Sufi AF2015
Menurut mereka lagu Mentari Di Ufuk Timur nyanyian asal kumpulan Search itu merupakan lagu ketuhanan yang bersifatslow rock. Tetapi Che Ta menyifatkan persembahan Sufi sebagai kurangumph dan rock. Hmm, betul juga cakap dorang, takkan kalau rock je mesti kenaheadbanging kan. Rock tu ada macam-macam jenis, ada slow rock,rock ballad, nu rock.. Lepas ni mungkin sebelum beri sebarang komen, Che Ta boleh kaji terlebih dulu lagu yang perlu dipersembahkan oleh setiap pelajar AF pada saban minggu. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
|