CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2173|Reply: 9

Ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayag makin berleluasa

 Close [Copy link]
Post time 30-10-2015 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by civic2016 at 30-10-2015 12:19 PM

Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari kelantan-hatyai-krabi-hatyai-penang-perak-kl-johor dan pulang ke kelantan.
Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.
Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Tapi dari saiz badan, nampak macam budak2 sekolah menengah saja. Sampai satu tempat disimbahnya cecair ke cermin depan keretA.
Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka tunggu kami ditepi jalan. Kami dikejar lagi. Disimbah sekali lagi. Suami sudah mula berang dan ingin mengambil alih memandu. Tetapi kakak tidak benarkan. Risau kalau diikut darah muda lelaki.
Mereka kejar lagi. Risau dengan keselamatan, aku menelefon 999.
Dalam ketar suara aku, suara dihujung talian berkata 'bertenang puan. Nanti puan berhenti di balai polis berdekatan'.
Tapi ini kali pertama aku lalui jalan ini. Mana tahu dimana balai polis. Kalau apa-apa terjadi sebelum sampai di balai polis??
Mereka terus mengejar. Takut memang takut. Tak Tahu apa yang mereka mahu.
Kami sampai di lampu isyarat. Alamak lampu merah!. Mereka sempat mengejar kami. Lalu disepaknya kedua-dua belah kereta kami. Gila!
Mereka memecut laju kedepan, tapi berhenti disatu tempat. Siap sengih lagi. Kami dapat no plat salah sebuah motor itu, JNT 6305.
Kami teruskan perjalanan dan berhenti di balai polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes saya. Saya disambungkan kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang.
Panjang perbualan kami. Namun antaranya berbunyi begini.
S: jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya,jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.
P: saya tahu apa yang saya kena buat puan.
S: tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?
P: saya tahu apa yang saya kena buat tuan.
S:........tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.
P: keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.
S.??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.
P: oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.
S: (speechless).
Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.
P: ehhh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.
S. Baiklah


Kalaulah Ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayag makin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully macamni pun kau takleh settlekan segera, tak yah cerita kes-kes besar lain. Kalau dibangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.
Beribu batu perjalanan kami, dibumi Malaysia juga keselamatan kami diancam.#syukurmalaysiamasihaman.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 12:17 PM | Show all posts
salah bod nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:20 PM | Show all posts
mana retisnya dekkk?? salah parking nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 12:24 PM | Show all posts
izabellemylia replied at 30-10-2015 12:20 PM
mana retisnya dekkk?? salah parking nih..

mana po ni baru betul??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:31 PM | Show all posts

mohon mod tolong tt ni..
@lonely_surina, @teky, @xpdckelate, @annehuda   

thank you mod..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:32 PM | Show all posts
salah parking ke?
apapun kutip tacang dulu..rezeki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 12:34 PM | Show all posts
....tumpang gak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:38 PM | Show all posts
sapa artis yg naik moto tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 12:54 PM | Show all posts
citer polis evo ke gerak khas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:56 PM | Show all posts
filem ke ni? HAHAHSAHAHA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.078478 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list