CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Microsoft Surface 3 Diumumkan

2-4-2015 06:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4370| Komen: 0

Description: Microsoft Surface adalah tablet hibrid yang dihasilkan oleh Microsoft bagi memerangi tablet yang dilihat mengancam jualan komputer riba. Ia menggunakan sistem operasi Windows RT dan ini menyebabkan ba ...
Microsoft Surface 3 Diumumkan – Harga Bermula Dari Rm 1879



Microsoft Surface adalah tablet hibrid yang dihasilkan oleh Microsoft bagi memerangi tablet yang dilihat mengancam jualan komputer riba. Ia menggunakan sistem operasi Windows RT dan ini menyebabkan banyak program penting yang anda gunakan pada komputer Windows penuh tidak boleh digunakan pada Surface. Dalamulasan Surface 2 yang kami tulis tahun lalu, kami menyatakan bagaimana peranti ini mengecewakan kerana tidak mempunyai aplikasi yang cukup untuk menjadikannya berbaloi untuk dimiliki.

Hari ini Microsoft mengumumkan Surface 3, pengganti kepada Surface 2. Kali ini ia menggunakan sistem operasi Windows 8.1. Skrin dikekalkan 10.8″ HD Penuh (3:2) , pemproses Intel Atom X-7 Z8700 empat teras, RAM 2/4 GB dan muatan dalaman 64/128 Gigabyte. Selain itu ia turut dilengkapi port USB 3.0, mini DisplayPort, pembaca kad MikroSD dan port Mini USB. Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 3.5 Megapixel pada bahagian hadapan. Seperti Surface Pro 3, Surface 3 menyokong Surface Pen namun ianya dijual berasingan.

Harga jualan bermula dari RM1879 untuk model RAM 2 GB dengan muatan dalaman 64 GB. Untuk versi RAM 4 GB dan muatan dalaman 128 GB pula ia dijual pada harga RM2249. Surface 3 akan mula dijual 5 Mei ini tetapi pra-tempahan boleh dilakukan pada 13 April di kedai-kedai terpilih.


kredit:www.amanz.my




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039999 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top