CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pelakon Malaysia, Emily Chan Duta Bersama Lee Min Ho

16-4-2015 05:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7138| Komen: 0

Description: KUALA LUMPUR - Sejak tercetus kisah percintaan bintang idol yang hangat masa kini iaitu Lee Min Ho bersama cinta hati barunya iaitu Suzy. Yeah...sudah semestinya ianya adalah topik hangat masa kini se ...



KUALA LUMPUR - Sejak tercetus kisah percintaan bintang idol yang hangat masa kini iaitu Lee Min Ho bersama cinta hati barunya iaitu Suzy. Yeah...sudah semestinya ianya adalah topik hangat masa kini sebab bukan senang peminat dapat mendengar keterbukaan pasangan idol yang bercinta tampil dengan berani secara umum di khalayak ramai. 




Oke, bukan itu yang ingin kita perkatakan sekarang. Terkini, Lee Min Ho akan bakal bertendang kembali ke Malaysia dan kali ini beliau sebagai duta baru 11street, Korean online portal yang dibuka di NU Sentral Mall Kuala Lumpur. Bukan itu saja, pelakon Malaysia iaitu Emily Chan adalah merupakan pasangan duta beliau. Dan dikabarkan Emily Chan sekarang berada di Korea untuk sesi pengambaraan iklan 11street yang akan dilancarkan bersamaan pelancaran butik 11street pada 24 April 2015.

11street yang berpangkalan di Korea, dibuka pada tahun 2008 and mempunyai 400,000 penjual yang bernaung dibawah 11street memberikan perkhidmatan online kepada 30 juta pengguna seluruh dunia. 11street juga mempunyai pangkalan di Turkey dan juga Indonesia dan Malaysia adalah merupakan pangkalan terbaru mereka.  

CEO 11street, En. Kim Hoseok berkata pada sesi pelancaran tersebut, mereka akan memperkenalkan 11street sebagai 'e-mall' di Malaysia yang membawakan pelbagai product paling terkini yang kebanyakkannya adalah dari Korea dengan harga tawaran harga yang pastinya rendah dan berpatutan.


Anda ingin bertemu dengan Lee Min Ho?

Sebanyak 40 exclusive pass akan diberikan kepada pembeli yang mendaftar 'online' dimana pembeli bertuah akan berpeluang untuk mendapatkan 'autograph' dan bergambar bersama dengan Lee Min Ho. Peminat yang ingin turut serta dalam sesi 'meet and greet' kenalah melayari facebook mereka (https://www.facebook.com/11street.my) untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh 11street.

11street main page, anda boleh layari link ini : http://www.11street.my/browsing/Main/categoryShowMain.do?gclid=CMH779Sv-sQCFQWSjgoddaQA7Q


11street akan dilancarkan secara umum dengan penampilan kedua-dua Duta mereka iaitu Lee Min Ho dan Emily Chan pada 24 April 2015 bertempat di NU Sentral yang akan bermula pada 5 petang.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melihat secara dekat buah hati Suzy ini, anda boleh datang ke pelancaran tersebut dan sambil itu boleh juga meninjau product mereka yang dipaparkan dibutik tersebut kerana akan diadakan juga 'lucky draw' sekiranya anda membeli product mereka.

Jumpa anda semua disana...


Press Release disediakan oleh : 11street
Editor : isabel



7

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.033135 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top